Tuesday, December 29, 2009

Cucuku Imran Hafiez

Inilah wajah comel cucuku yang ketujuh Imran Hafiez yang lahir pada 12 Nov.2009 di Damai Hospital Taman Malawati,KL. hari khamis. Rupa siapa agaknya. Aku tengok kejap2 ada rupa Afif Wahdi anak Diat, kejap2 rupa Ikhwan Najmi anak Suria. Tak ada pulak rupa abang dia Iman Daniel dan tak ada langsung rupa mak dia Intan. Abang dia memang sebijik rupa papa dia Lokman. Tunggu dia besar sikitlah baru tau rupa siapa.


Wah E Am dah pandai bagi adik susu ye... pandai E Am , dah boleh ada adiklah tu...


Ini ada rupa Diat masa kecil


Belum sebulan dah tembam dan montel. Pipi tu bukan main montel lagi
Tapi tepala taya botak le tok..itulah atok suruh taya botak tepala...


Korek idong ke?
Apasal mata tu kecik sebelah?


Besarnya biji mata


Oi dah pandai senyum.. tapi taya tak ada letung pipit le tok..Abang Adik tu ada.




Monday, December 28, 2009

Hati seorang Atok...

Lama benar aku tak mengupdatekan blogku ini. Bukan lupa tapi macam tak ada masa. Yalah dah jadi warga emas ni semuanya jadi lambat , cepat letih. Aku dah hidup selama 62 tahun. Alhamdulillah Tuhan kurniakan badan yang sehat ( boleh makan namanya sehatlah tu) , ada anak 4 orang , dua lelaki dua perempuan ( ada orang tak ada anak, atau ada anak semua lelaki/semua perempuan ) ada cucu 7 orang walaupun yg wedok cuma sorang, ( tak apalah sebab ada orang anak belum kawin atau dah kawin tak ada cucu) .

Apa yang aku nak katakan ialah aku sangat bersyukur di atas segala kurniaan Allah SWT ke atas diri aku ( jika aku bandingkan dengan orang lain) Walaupun aku kehilangan orang yang aku sayangi (dan lebih2 lagi aku anak yatim piatu pulak ....rindunya aku pd mak aku...) tapi Tuhan telah gantikan yang hilang itu dengan segalanya itu. Allah maha adil dan setiap sesuatu yang ditakdirkan itu ada hikmah di sebaliknya.

Rasanya semua berlalu begitu pantas. Awal bulan Nov. aku dapat sorang cucu lagi Imran Hafiez ( nama yg klasik ) anak Intan. Sebulan aku dok rumah temankan Intan. Sekarang ni orang bersalin aku rasa tak susah sangat nak jaga sebab macam2 ubat ada.Jadi aku hanya pastikan dia tak makan pedas dan air batu. Imran pun tak banyak ragam, tak pernah kembung perut sbb ada minyak Yuyi. Jadi tak banyak masalah.

Lepas sebulan kami balik Melaka dan lepas tu balik UK. Sebenarnya ari Sabtu 26Dis tu aku dah balik Melaka. Tapi Diat ajak pulak dok Bangi. Jadi sekarang aku di Bangilah.

Aku bercadang minggu naik sekolah aku dok rumah suria pulak sbb nak tengok E Am pakai unifom sekolah... selama ni g Tadika dia ok. Tapi kali ni dia kena berdikari.... macamana nak beli makanan di kantin , pandai ke dia beli sendiri makanan tu , macamana kalau nak buang air (beso ke kecik ) dan macam-macam lagilah. ......Atok pulak yg risau... Tak apalah nanti lama2 tentu pandai dia.

Memang ... jadi mak jadi atok ni macam2 yg aku risaukan. Aku rasa tangjwb aku pd anak2 tak habis lagi walaupun mereka dah dewasa. Ni tengah2 memblog ni aku teringat cucu aku Imran.. mukanya dah bulat montel , bontot dah pejal. Aku selalu pelok dan tepok2 bontot dia. Memang aku rindu kat dia.. tapi apa daya atok, atok kena balik tengok rumah dan kucing2 yg ada kat rumah tu.

Iman Daniel jaga adik baik2 ya, jangan nakal2....nanti atok potong.......potong...potong.

Monday, November 23, 2009

Yang aku suka .......

Sekarang dah nak masuk bulan Disember.. kejap aje dah nak abis tahun 2009 ni . Tahun ni aku dapat sorang lagi cucu lelaki bermakna cucu aku dah 7 orang . 6 lelaki 1 perempuan. Dan tahun ni juga aku dapat lagi sorang menantu yang khabarnya dah pun mengandung. Bermakna tahun depan sorang lagi cucu. Harap2 pempuan .. Muda2han.

Bulan Nov. dan Dis. ni biasanya musim hujan. Kain baju lambat kering. Walaubagaimana pun hujan2 pun banyak orang buat kenduri kawin, sebab cuti sekolah. Jadi yang aku nak cerita ni pasal kenduri kawinlah... Nak kendali kenduri kawin ni memang susah... apa lagi kalau dibuat besar2 dan ramai tetamu . Silap2 huru hara jadinya. Aku suka kalau majlis tu .....

Tersedia dengan penyambut tetamunya tak kira tuan rumah atau wakil tuan rumah, sebab kalau tak ada penyambut tetamu jemputan akan jadi macam orang bodoh, tercari2 tuan rumah,dan lebih buruk lagi tak ada pulak orang yang menjemput makan. Pakai pandai2 cari tempat makan dan bedallah apa2 yang ada. Ada hamba Allah tu oleh kerana tak ada sesiapa menegur langsung dia undur dan terus balik rumah.
Kadang2 tuan rumah ni lupa benda2 ni semua sebab leka dengan bersalam kaut dengan tetamu2 yang nak balik atau sibuk melayan tetamu vip langsung lupa dengan yang bukan vip. Ini yang tak bagus lebih2 lagi kalau jemputan tu terlalu ramai.
Aku suka kalau ada iringan2 muzik dalam majlis tu, tapi jangan sampai terlalu kuat muzik tu sampai nak bercakap pun tak boleh dan nak makan pun tercekik sebab pening dengan muzik yang terlalu kuat. Ala2 kadar kuatnya dahlah asal sedap didengar
.
Aku suka dengan jamuan nasi orang kawin ni. Selalunya aku laparkan perut sebelum pergi supaya aku boleh makan banyak dan sedap. Dapat yang sedap baguslah. .. tapi kadang2 mendukacitakan.. dahlah nasi sejuk, lauk tak cukup, atau lauk ayamnya hancur...dlllah.Dah tu kadang2 susah nak basuh tangan sebab tak ada atau tak jumpa tempat basuh tangan. Lap dengan tisu ajalah jawapnya.
Dah siap makan tentu nak balik . Time ni aku suka sebab nak dapat doorgift, lebih2 lagi kalau rumah2 vip , mesti best punya. Tapi kadang2 dik terlampau ramai sangat tetamu sampai tak cukup. Dan kadang2 pulak aku terperasan ada pilih2 kasih pulak dalam hal bagi2 doorgift ni..Ni tak patut ni.. kecik ati kan..kan..
Demikianlah halnya dengan mengendalikan majlis2 kawin ni . Sebenarnya besar ke kecik ke majlis tu sama aje. Yang penting ia mesti diurus betul2. Jangan sekali2 ada niat nak cari untung aje atau nak menunjuk2 .

Wednesday, November 18, 2009

Mujur... Mujur.... Mujur ... dan Alhamdulillah.

Aku beri tajuk gini sebab ada beberapa peristiwa yang aku boleh katakan dia sebagai satu KEmujurAn dan dah tentu dengan pertolongan Allah SWT..

Pagi Khamis Intan kata dia sakit perut.. Aku ingat baru sakit sikit2. Lepas tua aku tengok dia baring . Sambil tu aku dok layan Iman dan basuh cawan kat dapur. Aku dengan dia panggil aku suruh picit belakang dia. Aku memang tak pandai.. dan takut . Aku tengok dia makin sakit, lalu aku suruh dia cl Lokman. Lokman balik lebih kurang pukul 10.00 dan aku suruh cepat2 bawa Hospital Dami yang agak2 adalah kira2 antara 15 - 20 minit nak sampai situ. Masalah juga nak turun tangga 4 tingkat ni. Aku tak taulah apa dan bagaimana waktu turun tangga tu dan waktu dalam kereta tu sebab aku tak turun tunggu Iman. Aku agak2 tngahari bersalinlah dia.

Pukul 10.50 Lokman cl kata dah bersalin siap antar gambar sekali. Terperanjat aku sebab cepat benar....Rupa2nya budak tu dah memang nak keluar benar...... Mulalah aku membayangkan kalaulah dia terberanak atas katil tadi atau waktu turun tangga atau waktu dalam kereta ..... ei.... ngeri betul. Mujurlah sempat sampai hospital.

Kami balik BP ari Sabtu. Suria ikut sekali.. Aku selalu pagi sebelum sarapan akan minum susu Alpha Lipid . Nak minum ni kena pakai cawan plastik yang memang disedikan . Pagi tu aku tengok cawan plastik tu ada atas kabinet. Aku terus buang air yg ada dalamnya ( dalam ati berkata2 siapa pulak yg guna cawan ni) dan isi air lain. Kemudian aku masukkan susu tu dan goncang2 sebelum minum. Masa minum susu tu aku terasa ada benda dalam mulut aku... aku ambil dan aku tengok macam plastik kecil , bulat.. Aku buang ajelah. Dalam ati tertanya2 kenapa dalam susu ni ada plastik...

Tengahari Alif tanya .... mak ada buang air tak dalam cawan ni ( cawan aku minum susu AL). Aku katalah ya dan aku tanya dia kenapa... .Rupa2nya yang ada dalam mulut aku yang aku kata plastik tu ialah contact lens dia..... yang aku dah buang tu.. Ya Allah Alif2.... mujurlah aku tak tertelan benda alah tu...payah pulak dia nak keluar nanti. Jadinya Alif kena beli yang baru le. Lain kali benda2 kecil yang penting tu kena berhati2lah menyimpannya..

Hari Isnin Intan dapat cl dpd Finas utk temuduga kerja. Masalahnya dia baru 5 hari bersalin. Nak minta tangguh tak boleh. Jadi bincang punya bincang... aku kata pergilah. Ikat bengkong kuat2 pakai stokin tebal dan pakai baju sejuk /blazer . Lokman pun setuju. Petang tu bersiaplah utk pergi. Dah siap masuk beg dalam bonet . Aku masukan budak kecik tu dalam kereta dan aku letak handbag aku sebelah dia. Iman pun dah masuk kereta juga . Lokman tutup pintu depan dan Intan tutup pintu belakang dengan tujuan utk masuk dari pintu belakang sebelah sana. Dan aku nak kunci pintu rumah. Dalam sekejap itu juga Iman pergi ke seat driver terus tekan kunci pintu...dan terkuncilah mereka dua beradik tu dalam kereta. Semua memang panik, aku tak tentu arah aku takutkan budak kecil tu lemas .Intan tanya ada tak kunci spare. Memang ada tapi ada dalam handbag aku yang dah aku masukkan dalam kereta tadi. Iman ketawa2 aje bila suruh dia buka pengunci pintu tu... Dia manalah tau ya.. dia ingat main2. Memang semua mengelabah , takut.. macam2 yang aku fikirkan. Ompil macam mana pun memang tak boleh.

Kemudian aku tengok Lokman ambil lampu picit dan suluh2kan pada punat2 yang ada kat dalam pintu kereta tu dengan harapan Iman akan tekan tempat2 yang disuluh itu. Masa itu aku masuk balik dalam rumah dengan tak tau apa tujuan aku masuk rumah tu, lalu aku teringat sepotong ayat Al Quran yang selalu kita baca sebagai wirid lepas solat iaitu ayat 25-26 surah Ali Imran. Ayat ini memang selalu aku baca waktu ada apa2 masalah. Maka aku bacalah ayat ini. Dan waktu itu jugalah aku dengar Intan dan Lokman berteriak2 ... rupanya Iman dah tekan punat cermin tingkap , jadi bila cermin tu terbukan cepat2lah Lokman hulurkan tangan buka pengunci pintu tu...... Hah.. leganya. Mujurlah kami semua tak putus asa ,dapat berikhtiar dan berdoa..

Maka dapatlah kami bergerak petang tu . Sampai Bangi pukul 10 lebih . Dalam perjalanan aku memikirkan adakah itu petanda tak baik atau ujian... ..Muda2han ada rezeki Intan dan anaknya ....

Monday, November 9, 2009

Sepetang Di Putrajaya


Jumaat malam Sabtu aku dah sampai di rumah Intan diUK Perdana. Sebenarnya hari Rabu aku dah ke Melaka , niat hati nak ziarah kawan baik aku yg dah macam adik beradik tu di Kandang. Dia diserang sakit jantung. Aku dengan pun takut sampai masuk ccu. Hari Khamis tu bila aku cl dia dah keluar dan anak2 dia nak bawa ke KL sebab doktor suruh rujuk ke IJN. Jadi tak dapatlah aku ziarah dia. Aku doakan semoga dia sehat .

Macam biasalah hari Sabtu kami g jalan2, kali ni Lokman ajak g Puterajaya tengok pertandingan waterski (international). Aku memang lee tak pernah tengok benda2 ni.


Badot yang atas ni kaki dia tinggi, itu yang budak2 serun tengok dia

Tengah makan2 kat tepi tasik tu aku ternampak 2 orang badut. Aku tunjuk pd E Am, ada can boleh dapat belon percuma. E Am ni tak habis2 takut dengan badut ni. Yang tak takut Adik.. lepas makan menonong pg kat badut tu. Aku tumpang sebuk lah. Lepas tu baru E Am datang dengan muka takut2 berani dan yg geli hati tu Iman datang juga tapi tangan tutup muka. .....
Tengoklah gambar2 aksi2 mereka ni.

malu tapi mau

Lepas tu barulah kami tengok pertandingan tu , Kami duduk di astaka yang disediakan. Ramai jugalah peminat2 ski ni.. dan dah jadi trend sekarang ni ramai orang yang berminat dengan camera termasuk menantu aku. Aku masa muda minat juga ambik2 gambar tapi setakat gitu aje asal gambar tu dapat disimpan sebagai kenangan2..kamera aku murah aje tapi org sekarang kamera ribu2 dan gambar pun cantik


Tengoklah aksi peluncur ski ni..hebat..ada tak perempuan2 melayu kita berani buat macam ni..orang kita tak cukup stamina utk beraksi macam mat saleh sebab kita kuat makan pedas agaknya..

















Hebat-hebat kan, Aku tak tau apa nama aksi2 mereka tu , tapi aku suka melihat kehebatan mereka.

Sepetang di Putrajaya memang menyeronokkan...

Sunday, November 1, 2009

Aku Rasa Bersalah Dan Berdosa Betul !!!!!!!!

Macam biasalah bila balik rumah aku kena kemaskan macam2.... dalam rumah luar rumah keliling rumah.... Abuk dalam rumah jangan cakaplah... Luar rumah pokok2 hidup tapi tak berbela. ... Aku kena bersihkan tempat kucing makan, tempat dia tidur dan tempat b .... k dia. Terperanjat betul aku bila tengok kat pasir tempat b....k kucing tu ada makhluk2 kecil, comel2. Ni tak lain kucing yang masa aku tinggalkan rumah dulu perut dia besar, dah beranak. Ni sebenarnya keturunan kucing2 yang aku bawa dari Melaka dulu. Asyik beranak penak. Yang hidup - hidup. Yang mati - mati.

Maka macam biasalah aku akan pindahkan anak2 kucing tu kat tempat yang bersih dan terlindung. Sebenarnya aku faham benar perangai kucing ni. Kalau dia beranak pantang dialih, mesti dia akan bawa anak dia tu pindah tempat lain pulak. Maka itulah yang terjadi pada kucing2 ni. Dia bawak anak2 dia pindah tempat lain . Tak apalah aku biarkan saja. Cuma yang aku suka tu anak2 dia memang cantik dan baka besar, sebab aku ada nampak 2 ekor kucing bapak sentiasa ada kat luar rumah aku tu.

Tapi yang aku marah tu adalah agaknya dua ari aje mak kucing ni jaga anak dia. Pagi2 buta aku dah dengan bunyi anak2 kucing terjerit2. Rupanya dia dah angkut anak dia tempat lain dan tinggalkan gitu saja. Aku panggil2 mak kucing tu suruh beri anak2 dia susu... tapi dia lari jauh dan tak balik2.

Aku terpaksa cari ikhtiar supaya anak2 kucing ni dapat diselamatkan. Aku tangkap mak kucing lain yang masih menyusukan anak dan suruh anak2 kucing tu menyusu. Bukan main marah lagi mak kucing ni. Aku kena pegang dia kuat2 sementara anak2 kucing tu menyusu. Dapatlah sikit. Tapi berapa lama pulak aku nak buat gitu. Aku takut silap2 tangan aku yang digigitnya.

Ada sekali tu aku nampak mak kucing tu balik sebab lapar. Masa tulah aku tangkap dia dan kurung dengan anak dia. Tapi malangnya dia tak mau menyusukan anak dia tu, dan aku tengok mak kucing ni teteknya macam tak ada air susu . Sebab itu dia tak mau jaga anak dia.

Aku tak tau nak ikhtiar apa lagi..... Jadi aku kurung aje anak2 kucing tu dan letak jauh sikit dari rumah jiran aku sebab suara tangisan kucing2 tu boleh mengganggu jiran2. Aku tak pedulilah apa nak jadi dengan anak2 kucing tu. Aku kurung dalam satu bekas... dalam pada itu tunggu kalau2 mak kucing tu balik. Kesian..... bayang mak kucing tu pun aku tak nampak.

Rupanya ada juga jenis kucing yang macam ni.. agaknya dia masih muda dan kena r..e dengan bapak2 kucing tu. Dah beranak nak suruh aku pulak jaga anak dia. Jaga anak2 kucing memang susah sebab dia mesti dapat susu dari mak dia. Bukan senang nak beri susu pd. anak2 kucing. Aku teringat masa anak2 aku kecil dulu, kalau ada orang buang anak2 kucing mereka akan beli botol susu khas utk anak kucing dan beri anak2 kucing tu minum macam bayi minum susu dari botol... Tapi biasanya anak2 kucing tu akan mati juga.

Begitulah nasib anak2 kucing yang aku cerita tadi. Akhirnya mati juga.. Itulah aku rasa sangat bersalah kerana tak dapat nak beri minum susu macam anak2 aku buat dulu. Masa muda2 aku rajinlah juga membela kucing. Dah tua2 ni malas pulak. Kesian anak2 kucing tu.... Mak kucing tu tah kat mana agaknya.

Aku dihantui rasa bersalah dan berdosa.... Maafkan aku kucing.....

Saturday, October 24, 2009

Ragam Manusia

Hari ini Sabtu 24 Okt.09. Ada 2 undangan yang aku patut pergi. Pertama undangan majlis pernikahan anak En.Hamid Bakri , jiran aku lat 2 rumah dari rumah aku. Nama anak dia tu Adlina dipanggil Ed saj. Masa kecik2 dulu selalu datang rumah aku main dengan anak aku dan selalu tolong pembantu aku kat dapur. Badan dia ni montel. Skarang dah besar dan nak kawin. Aku tengok badan dia montel macam tu juga dan suaminya tu pun montel juga. Kat majlis ni aku jumpa kawan lama adik En Hamid ni, dulu sama mengajar di BP. Walau lama tak jumpa, mereka ni ramah . Kepada Ed aku ucapkan tahniah. Dengan khabar majlis sanding akan diadakan selepas Raya Haji bersaing dengan adik dia Johan. Mereka yang dulu kecil dah besar dan dah kawin... cepatnya masa berlalu.

Undangan kedua ialah majlis kenduri kawin saudara belah suami aku, Habibah, di Simpang Lima pt Sulung BP.Aku pegi dengan adik ipar aku ( merangkap reporter) . Disebabkan dia ni reporter maka di sepanjang jalan tu tak renti2lah dia bercerita. Ada2 saja modalnya. Aku hanya dengar dan sesekali menyampuk.

Sampai di rumah pengantin susah nak dapat parking. Last2 aku park depan rumah orang ( deretan rumah2 semi D ) . Tiba2 tuan rumah keluar dan cakap ada kereta nak masuk. Aku angkat tangan, senyum dan nak cari tempat lainlah. Nasib baik adik ipar aku tu kenal pulak kat tuan rumah tu.. jadinya tuan rumah kata tak apalah ( maknanya boleh park depan rumah dia sebab kenal ) Nasib baik. Itu gunanya jadi reporter. Ada baiknya.

Selesai makan aku jumpa tuan rumah. Oleh kerana mereka orang Segamat , tentu adik ipar aku ni banyak kenal orang. Maka kami masuk rumah bual2 dengan emak tuan rumah. Wah orang Segamat bual memang tak boleh brenti. Susah juga nak ajak adik ipar aku ni balik. Maklumlah nak cari berita..

Dalam perjalanan balik baru aku tau yang mak tuan rumah tu dah bercerai dengan suaminya ( bapak tuan rumah). Yang geli hati tu dua2 ada hadir, cuma bapak tuan rumah duduk luar , mak tuan rumah duduk dapur. Padanlah bila aku ajak keluar dia tak mau. Katanya dah lama mereka bercerai . Dan lagi geli hati aku mereka duduk berjiran di segamat. Masing2 tak kawin lagi pulak tu... aku yang pandai2 kata suruh mereka rujuk balik. Agaknya kalau aku tanya mak mertua aku sebab mereka bercerai, tentu dia tau sebab2nya.

Demikian ragam manusia . ... itu baru sikit , kalau aku rajin berjalan dengan adik ipar aku ni tentu banyak lagi ragam2 manusia yang aku dapat. Apa pun tabik pd mak bapak tuan rumah sebab walau dah tak bersama anak2 masih menghormati mereka, dan masing2 tak cari ganti pulak tu.

Friday, October 23, 2009

Kasih Sayang

Dah tiga malam aku berada di rumah. Minggu lalu aku di rumah anak aku Melaka. Sebelum tu kami ke Bangi , Diat buat makan2 utk adik beradik dan sepupu2. Makan satey dan mee goreng. Dapatlah aku jumpa abang aku yg dekat Seremban tu yang aku panggil dia ngah, dan jumpa anak2 saudara yang lain. Bila jumpa2 begitu hilanglah rasa sunyi , kami kalau jumpa memang suka cerita2, mengenang nasib ( ngumpat lagi senang ) lawak2 dlllah. Bukan senang nak jumpa bila dah masing2 bertugas dan duduk pun jauh2. Rasanya aku lebih banyak jumpa adik2 ipar aku dpd jumpa abang2 aku sendiri. Abang2 aku tu masing2 dengan cerita merekalah.. banyak pantang larang bila nak ziarah rumah adik2 agaknya.... biarlah ....

Sebelum balik Suria buat juga makan2 ajak kawan2 sePoli dia . Aku pun ajak kawan aku yg kat Melaka tu yg dah macam adik beradik dng aku. Dulu kami mengajar sama sekolah dan suami dia pun sama dengan suami aku satu sekolah. Mereka bertemu jodoh pun kami yg jadi orang tengahnya. Itu yang menjadikan kami rapat bagai saudara sendiri. Sekarang masing2 dah tiada dan kami tinggal jadi ibu tunggal. Kami redha dengan ketentuan Allah ini.

Kisah2 lama memang seronok utk dikenang. Yang sedih pun ada. Aku teringat kepada bapak saudara aku yang aku panggil Lek Amat. Lek tu bahasa jawa maknanya pak cik atau mak cik. Isterinya aku panggil Lek Siti. Dia adik bapak aku. Aku nak ceritakan bagaimana patuh dan baiknya mereka berdua ini. Bapak aku Mohd Noh , kadang2 orang panggil Lek Noh ada juga panggil Pak Long Noh. Bapak aku spoting orangnya , tapi Lek Amat ni lain sikit. Agaknya sebab pendidikan yang berbeza. Bapak aku speaking, tapi Lek Amat speaking juga...speking Jawa.

Bapak aku tak ada masalah dalam menghantar anak2nya ke sekolah. Sebab itu abang aku yg tua belajar sampai SITC ( sekarang UPSI ) dan jadi guru. Wah tahun itu , tahun 50han jadi cikgu memang hebat, ramai anak2 dara ngintai2 kat abang aku tu. Jadinya semua adik beradik aku bersekolah, paling tidak sampai darjah 6. Dan aku bernasib baik dapat terus ke U. Tapi Lek Amat ni pulak tak gitu pemikirannya. Anaknya yang tua baya aku, perempuan, dapat menyambung ke sekolah menengah. Masa tu mana ada SM di kampung, jadi kena g BP, bertambanglah jawabnya. Inilah yang jadi masalah bapak saudara aku tu... Last2 sepupu aku tu berhenti sekolah . Walaubgmana pun adik2nya ada juga sorang tu sampai U dan ada 2 orang jadi guru maktab.

Dan aku teringat bagaimana rapatnya mereka adik beradik ni. Setiap Jumaat Lek Amat akan datang ke rumah aku dengan beca roda tiganya utk ambil bapak aku solat Jumaat. Dan dalam bulan2 puasa setiap malam dia akan bawa bapak aku solat terawih. Nak ikutkan adalah 1 km jarak rumah aku dengan rumahnya dan mesjid tu letaknya antara rumah kami. Dulu manalah ada kereta, paling kaya orang ada basikal..

Bila aku inga2 kisah dulu memang seronok, hidup aman walau tak kaya. Persaudaraan sangat rapat. Kini dua2 beradik tu dah tak ada lagi, emak aku pun dah meninggal. Yang ada ialah Lek Siti , tinggal di Benut dengan anak2. Itulah saja saudara rapat dari sebelah bapak aku yang masih ada. Sebab itu setiap raya aku mesti menziarahi mereka.

Kehidupan dahulu dengan sekarang amat berbeza . Banyak kenangan2 lama yang membuatkan aku rindu dan sayu....

Friday, October 16, 2009

Masam-masam Manis

Lama benar aku tunggu gambar2 kawin Amat ni. Last2 dapat juga dari menantu aku . Maka inilah aku rakamkan serba sikit apa yang terjadi pd hari tu.

Atas tu anak aku Akhdiat, dialah ganti ayah dia.... tu dia tengah salam kaut tu.. bukan main kuat pegang tangan tetamu tu...itu pun bukan orang lain sedara aku juga sebelah bapak aku.
Sampai pun pengantin... tengoklah semua rupa arab kan ... mereka bermalam kat Hotel Sea View BP

Ini minum air jampi ....muda2han kekal perjodohan hingga ke akhir hayat, hingga ke anak cucu. Yang nampak kat belakang tu ialah mak mertua Amat.


Inilah penyambut2 pengantin .... Amat tengah salam dengan mokteh dia tu (adik suami aku). Dengan dia ni mesti salam sebab dia ni reporter terkenal di BP. Kalau tak salam berita tak masuk paper nanti...



Ini pulak big bos dari JB ..suami akak ipar aku. Nampak kepala belakang Amat tu anak sedara aku, sepupu Amat. Masih bujang oi....Azli namanya dia ni kembar, kembarnya Azlan.


Mak pengantin, akak pengantin dan akak ipar pengantin sama2 mengaminkan doa agar semuanya selamat .Tangan siapa pulak yang menyebuk tuu.


Wah pengantin makan sampai tak nampak jiran ye.. Itu anak2 kak Jah jiran aku, Mas, Jun dan Yati.Sebagai jiran, mereka ni bagus.

Kami dah makan, boleh tak kami pg jalan2 bergambo kat tempat lain....?


Oh main cak2 pulak pengantin ni... macam cerita tamil pulak

Ok lah dah penat kami berposing , kami baliklah ya...


Senyum kemenangan atas kesetiaan dan kesabaran. Mak doakan semoga panjang umur dan perjodohan, dimewahkan rezeki dan segera dapat cahaya mata.


Monday, October 12, 2009

KEUTAMAAN SOLAT

24 12 2007
Gugur iman jika sengaja tinggalkan solatPosted by: nurjeehan in Akidah, Ibadah & Doa, Motivasi, Tafakur (Muhasabah), Taubat, Tazkirah
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus


NABI Muhammad SAW pernah ditanya apakah Islam, lantas Baginda menjawab:
â€Å“Islam itu dibangunkan atas lima perkara, syahadah bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa pada bulan Ramadan dan haji ke rumah Allah (Baitullah).” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)


Tidak seperti ibadat lain, kewajipan solat diwahyukan terus kepada Nabi Muhammad SAW pada malam berlakunya peristiwa Israk Mikraj tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril sebagaimana dijelaskan oleh Malik bin Anas: Pada malam Israk difardukan kepada Nabi SAW solat sebanyak 50 kali, kemudian dikurangkan hingga lima kali (sehari) kemudian diseru (oleh Allah), â€Å“Wahai Muhammad! Sesungguhnya ketetapan-Ku tidak akan diubah. Dan bagimu dengan solat lima kali (sehari) akan mendapatkan pahala sebanyak solat lima puluh kali.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

Ini menunjukkan keagungan dan keistimewaan ibadat solat melebihi ibadat lain. Solat juga adalah tiang asas bagi agama Islam dan jika tiang itu runtuh maka runtuhlah segala-galanya berkaitan agama.

Begitulah tingginya martabat ibadat solat di sisi Islam. Tidak menghairankan jika perkara yang mula dihisab pada hari akhirat nanti adalah solat. Jika seseorang itu tidak bersolat, maka sia-sialah segala amal ibadatnya yang lain.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
â€Å“Sesungguhnya yang pertama kali dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat daripada amalnya ialah solatnya, jika solatnya itu adalah baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jika amal solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)


Oleh itu, umat Islam perlu memberi perhatian tinggi terhadap kesempurnaan ibadat solat kerana implikasinya terhadap diri kita begitu besar. Namun, sayang seribu kali sayang, masih ramai kalangan umat Islam melalaikan solat.

Saturday, October 10, 2009

Bacalah.....


Aku terpanggil untuk membaca dua buah buku tulisan bestseller Prof.Dr. Muhd Kamil Ibrahim

Mula2 aku nampak buku2 ni di rumah adik aku di Tmn Koperasi. Dia suruh aku baca. Masa tu aku macam tak sempat aje nak baca. Lepas tu aku lupa hal buku ni. Satu hari aku ke kedai buku Intan, lalu aku teringat buku2 ni. Malangnya buku tu dah habis -kena order. Maka kenalah aku tunggu buku tu sampai.
Dalam bulan Puasa baru aku dapat buku ni dan aku pun membacanya.. Mula2 aku baca Travelog Haji , Mengubah Sempadan Iman. Wah ... Aku tak tau dapat nak gambarkan apa yang aku rasai ketika membaca dan setelah habis membaca buku ini. Aku Tak boleh berenti membacanya. Kalau berenti kerana urusan lain, tak sabar pula nak menyambung semula. Ini kisah dan pengalaman penulis sebelum ,sedang dan selepas mengerjakan Haji .Aku menunaikan Haji tahun 1987, dan aku tertanya2 apakah persiapan aku untuk menunaikan ibadah Haji tu cukup atau sekadar sikit2 aje. Terasa kecil benar persediaan aku dibandingkan dengan penulis.
Walau apa pun aku sentiasa bersyukur dengan kada' dan kadar yang telah aku terima. Yang aku terima ialah setelah kembali dari menunaikan ibadah itu aku melalui ujian yang besar dan berbagai2 lagi ujian yang seterusnya ketika membesarkan anak2 bersendirian.
Alhamdulillah , walaupun perjalanan hidup ini belum selesai , untuk setakat ini aku bersyukur di atas segala nikmat yang Allah berikan.
Kembali pada buku2 di atas, aku tak boleh cerita panjang2 isinya. Aku syurkan anak2 atau sesiapa saja beli dan bacalah buku2 ini. Apa2 perasaan yang timbul dalam hati nurani setelah membaca buku2 ini hanya pembacanya saja yang tau. Yang penting dalam buku ni banyak benar pengajaran yang sangat berguna kepada kita semua terutama kpd bakal2 Haji/Hajjah. Aku telah menghadiahkan kepada anak2 aku tiap2 orang dengan buku2 ini. Mudah2han mereka akan membacanya....dan mendapat manfaat dari apa yang ditulis oleh penulis buku ini.
Belilah dan bacalah......mudah2an dapat mengubah sempadan iman kita.

Thursday, October 1, 2009

Marhaban ya marhaban

Hari ni hari keduabelas Raya. Dah dua ari aku mengikuti kumpulan merhaban ni beraya ke rumah2 rakan kumpulan termasuk rumah2 jiran terdekat. Hari ni aku baru nak mula puasa sunat. Sebenarnya masih ramai lagi yang belum habis puasa sunat termasuk aku. Berpuasa sambil bermarhaban ni memang mencabar, letih.... tapi rezeki murah. Setiap rumah yang dikunjungi akan membekalkan kita dengan apa2 juadah yang disediakan . Bila balik berbungkus2 makanan dibawa balik. Jadi tak payah nak masak utk berbuka apa lagi kalau dah sorang macam aku ni. Kadang2 tak temakan.

Banyak menfaatnya ikut merhaban Raya ni. Silaturrahim terjalin , kalau tak raya memang tak ziarah rumah kawan2 ni. Dalam pada tu sambil2 berselawat tu mata meliar melihat perhiasan rumah orang2 yang banyak duit dan rumah besar. Wau kadang2 aku terpesona dengan kecantikan rumah2 mereka siap perhiasan sekali. Dalam ati berkata " untungnya mereka dapat buat rumah besar dan perabut2 cantik." .... Itu adalah bisikan syaitan ...dan cepat2 aku beristighfar. Aku kena alihkan pandangan aku pulak ke rumah yang kecil dan biasa aje. Walau apa pun sebagai manusia aku juga ingin memiliki rumah sebegitu, cuma rezeki aku dah segitu , maka apa yang aku ada sekarang aku patut bersyukur. Ada orang sampai la ni tak ada rumah masih menyewa lagi. Maka apa yang kita ada sekarang patut dihargai.

Ada banyak ari lagi merhaban ni. Rumah aku gilirannya ialah pd hari khamis 8 Okt. Sekarang ni aku dah fikir nak buat apa. Rumah pertama selalunya kena buat makanan berat sikit. Masalahnya aku tak ada kakitangan. Ada tak ada kena pujuk Yana ...tolong mak e yaYana....

Tadi marhaban sampai 9 buah rumah, penat . Semalam 5 buah. Tak tentu sebab kadang2 ada yang tunda ke hari lain. Walau apa pun penat ke, letih ke, aku rasa seronok dapat jumpa rakan2 lain dari berbagai2 golongan hidup. Rasanya yang bekerja baik hanya aku dan seorang lagi kawan aku. Yang lain (yg menjadi ahli kumpulan marhaban itu) kebanyakannya tidak bekerja. Jadi dengan bercampur gaul dengan mereka dapat menambah lagi pengalaman hidup kita.
Ada rumah yang kami kunjung itu kecil dan buruk aje, tapi hidangannya enak. Oleh kerana rumah kecil ada yang duduk luar aje, jadi kalau nak makan tu tunggu giliran , mana yang dah makan kena duduk luar pulak. Bila tengok rumah yang kecil gitu aku menjadi sedar diri, bahawa ada lagi orang yang nasibnya nampak tak begitu baik, aku kena bersyukur banyak2.

Dalam pada itu ada juga rumah2 yang bertutup tiada penghuni biasanya dah meninggal atau uzur lalu tinggal dengan anak2 di tempat lain. Dulu mereka ahli kumpulan kami. Melihat itu aku rasa sedih, begitulah nasib rumah apabila tuannya tiada. Kalau mati rumah itu walau sebesar dan seindah mana akan tinggal juga. Yang dibawa ialah amal ibadah kita.

Anak-anak - Belajarlah bersyukur.....

Macam2 cerita dan peristiwa yang terjadi sekarang ni.. kadang2 rasa pelik dan terkejut , rasa marah pun ada dengan kerenah orang2 sekarang terutama yang bergelar anak2 ni. Kalau cerita2 artis tu senang nak tau, baca akhbar, dengan berita , tengok melodi, dan apa2 rancangan dari tv. Tapi kisah dan cerita anak2 ni alih2 meletop2 aje macam mercun...

Aku ni selalunya jadi pemerhati kepada peristiwa2 yang berlaku. Ada juga aku diamanahkan utk simpan cerita2 tu, maka aku simpanlah. Ada juga yang aku tak tahu, dan bila dapat tau dari sumber2 tertentu , maka terkejutlah aku. Sebenarnya kadang2 kita ni tak baik juga. Berjalan ke rumah anak2 buah bila balik kita bawa cerita dalam rumah mereka . Aku rasa tak patutlah kita buat gitu. Itu namanya mengumpat. Dan anak2 ni pun satu juga. Kalau orang tua datang ziarah rumah tu pandai2lah bawa diri...

Dalam tempoh setahun ni iaitu dari Raya 2008 membawa Raya 2009 ada beberapa peristiwa yang berlaku. Ada yang baik dan ada juga sebaliknya. Ada orang tu bertemu jodoh dengan orang yang ditunggu2nya bertahun2. Kalau jodoh tak kemana kan.... Orang ni patut bersyukur kehadrat ASW dengan seribu kesyukuran kerana penantian yang mungkin melebihi 10 tahun itu berakhir dengan kemenangan. Sekarang ni pandai2lah mengendalikan kehidupan berumahtangga. Kena sabar dalam segala hal. Cuma cepat2lah dapat anak sebab umur dah banyak tu....

Raya tahun lepas aku ziarah rumah anak buah yang kehidupan mereka aku lihat bertambah baik, nampak mewah. Aku tumpang suka. Yalah kalau anak2 buah senang kan kita tumpang senang juga. Kalau mereka susah takut2 kita kena tempiasnya, manalah tau alih2 dia call kita...
.... faham kan. Aku pernah kena gitu... tapi aku buat macam2 alasanlah. Aku sendiri pun bukan ada simpan RM ribu2 macam RK...Aku cuma pesan pd anak buah tu ..,' kalau kita nak senang memang mudah, tapi kalau nak susah pun mudah juga, jadi kena hati2lah..'
Tapi tahun ni alih2 aku dengan cerita lain pulak.... cerita yang aku memang tak mau dengar..tapi aku dah dapat agak sebab masa aku buat kenduri kawin ogos lalu dia tak datang dan ada lagilah yang aku dengar dari mulut lain cerita2 mereka..

Ada sorang anak buah aku tu sanggup tinggal keluarga sebab nak perbaiki ekonomi keluarga. Aku yang sedih .. yalah sebab aku ni kan dah kena tinggal suami jadi aku tau benar macammana rasa berjauhan orang yang kita sayangi. Aku tabik pd anak buah ni dan aku doakan supaya rezekinya murah dan ditetapkan iman semoga berjaya dalam cita2. Masuk tahun ni dah setahun dia ke Libya...Ada setahun lagi ...

Cerita yang paling hot sekarang ialah kisah pasangan yang tak ada ujan tak ada ribut alih2 b.....
Yang aku dengar beria2 nak b.... tu pasangan lain. Aku tak taulah apa yang berlaku antara mereka. Cuma aku terkilan kerana dah begitu lama berdua2 dah ada anak , sanggup b.... Besar sangat ke masalah mereka hingga mengambil keputusan begitu. Sanggup ke hidup bersendirian lepas ni dengan nak jaga dua anak yang sedang membesar. Masalah anak nanti satu bab juga..

Aku hanya pandai berkata, berfikir dan utk menasihat kalau diminta tu bolehlah juga. Tapi dalam bab2 begini mereka tak cerita pun pada aku, segan agaknya. Yalah mak bapak mereka lebih layak menasihat daripada aku.

Aku cuma boleh buat kesimpulan iaitu dalam hidup ni kita kena banyak berfikir berfikr dan berfikir sebelum melakukan sesuatu. Dalam pada itu musibah selalu menimpa kerana kita lalai dengan perintah ASW. Dalam senang kita lupakan Allah, dah susah baru ingat. Anak2 sekarang memang banyak yang lalai, mementingkan dunia , kalau solat tu dah ujung2 waktu baru nak solat. Sibuk memanjang. Ya Allah aku sentiasa berdoa semoga hati anak2 ni akan lembut dan terbuka dalam mentaati perintah ASW. Susah dan senang dalam kehidupan ini adalah ujian dari Allah.
Hanya orang yang sabar aje yang akan berjaya ...

Kepada anak2 aku sendiri aku harap mereka akan sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan selama ini....tanda kita bersyukur itu ialah dengan mengerjakan segala perintah AllahSW...

Monday, September 28, 2009

Raya 2009

Cepatnya masa berlalu. Aku rasa penat menguruskan majlis kawin Amat tu belum hilang, tiba2 dah Raya. Dan peristiwa demam dan kemudian duduk hospital 6 hari tu masih segar dalam ingatan, maka tetiba dah Raya.... dah Raya kesembilan ari ni. Cepatnya masa berlalu.....

Macam biasalah bila Raya ni penat duduk dapur aje... Bulan puasa tahun ni aku banyak di rumah Suria. Minggu akhir baru balik rumah. Terawikh buat kat umah aje... Tahun ni Diat balik kedah dan Amat KL. Nasib baik dua anak perempuan aku tak kemama2 , sorang memang suaminya org BP, rumahnya sekangkang kera aje dari rumah aku. Dan sorang lagi memang tak akan balik beraya rumah mertua sebab mereka tak sambut Raya. Itu advantage bagi aku....

Biasalah Raya pertama adik ipar aku dan jiran2 keliling datang rumah. Memang sibuk dan petang baru dapat beraya di rumah akak2 aku di Rengit & Pontian. Raya kedua kami ke JB rumah mak mertua aku dan ipar2 aku di sana. Tahun ni dah bertambah rumah nak diziarah iaitu rumah sedara belah isteri Amat. Bertambahlah silaturahim kami.

Raya ketiga dan keempat anak2 saudara datang ..... memang ramai.... ditambah sepupu2 arwah suami aku dari KL. Memang penat tapi seronok. Orang ziarah kita bermakna orang ingat dan suka kat kita.

Raya keempat Diat sampai dari Kedah, bermakna semua anak2 cucu aku ada di rumah ari tu.
Raya kelima kami bergambar ramai2 di studio gambar.

Hari Sabtu Diat balik Bangi dan aku dan anak2 perempuan ke Melaka menghadiri majlis kawin anak kawan . Sebenarnya dia ni dulu menjaga anak2 aku waktu kecil di Melaka . Setiap kali aku buat kenduri kawin dia mesti datang. Jadi budi baik orang tu mestilah dikenang kan... Rumah dia kat Bertam Hulu Melaka. Ada sebab lain yang aku nak pg juga iaitu dulu arwah suami aku pernah mengajar di Sekolah Bertam Hulu ni... Dulu sekolah tu kecil aje sekarang dah cantik dan bangunan pun dah bertambah. Jadi bila tengok sekolah tu teringat balik waktu dulu2 ... dia pg sekolah naik motor aje ( sebelum beli kereta ) berulang alik dari Klebang ke Bertam Hulu.

Dari Bertam Hulu Intan terus balik ke UK. Aku singgah solat di rumah Suria dan kemudian beraya pulak di rumah babysitter Ikhwan Najmi. Sampai rumah jam 10.00 malam.

Ahad, sebelum balik aku ajak Suria ke kubur suami aku. Lepas maghrib mereka balik ke Melaka.

Aku meneruskan rutin hidup seperti biasa....

Saturday, September 5, 2009

Melatih cucu berpuasa

Dah 15 hari kita berpuasa. Alhamdulillah aku dapat meneruskan puasa tanpa masalah. Aku dapat berpuasa di BP. dan kemudian balik semula ke Melaka. Aku nak ceritalah sikit macammana E Am puasa.....

Malam pertama bangun sahur, makan. Lepas tu terus tak tidur, berlari satu rumah dengan Ikhwan. Aku tidur dikejutnya, bangunlah tok , bangunlah tok. Aku cakap dengan dia makan pukul 11 pg. maklumlah nak latih puasa. Nak sampaikan pukul 11 tu macam apa aje... last2 pukul 10 mumy dia bagi makan.

Aku teringat dulu macammana aku dan arwah latih anak2 aku berpuasa. Bangun pagi bukakan video cerita P. Ramlee, memang mereka seronok, minat. Dan mereka kena puasa ikut jadual. Hari pertama kl 10, esok 11 dan seterusnya hingga penuh satu hari. Sama ada mereka curi2 minum atau makan tu, adatlah budak2. Ada satu ketika aku ingat benar, semua tak bangun sahur, kesiangan. Arwah suami aku kata siapa puasa penuh dapat aiskrim kon. Masa tu inilah yang paling best. Maka semua berpuasa, kesian aku tengok Amat, lembik..

E Am macam mana....? Begitulah seterusnya puasa E Am separuh ari aje, lebih2 lagi minggu lepas cuti sekolah. Aku tinggal berdua dengan dia aje... diam2 dia makan coklat. selalunya lepas dia makan aku suruh dia puasa semula.

Tapi semalam E Am puasa betul !!! Di Tadika dia ada kawan2 dia yang puasa jadi dia puasalah
tau malu pulak tu. Sampai rumah kami berkemas nak balik BP. Dia merengek2 juga nak susu.
Puji2 tahanlah juga. Tapi bila masuk kereta aku tengok mulut dia penuh dengan biskut. Rupa2nya dia ambik biskut adik dia .. Cepat2 mumy dia korek mulut dia dan suruh kumur2. Selamat juga. Kira puasalah tu sebab masuk biskut dalam mulut tadi konon2 lupa..Dalam perjalana puas juga nak pujuk dia supaya sabar, mengamuk jugalah dia . Sampai Muar berhenti belikan dia air dan apa2 yang dia naklah dan kami berbuka dalam kereta. Aku suapkan dia mee hoon yang aku goreng kat rumah tadi. Selamat.....

Alhamdulillah sejak ari tu nampaknya E Am dah mula puasa penoh, adalah juga mengamuk tapi pujuk2 habislah juga puasa tu. Rasanya masuk semalam dah 8 hari dia puasa ..alhamdulillah.

Hari ni dah 20 hari umat Islam berpuasa.. dan malam ni dan seterusnya hingga ke malam raya banyakkanlah amal ibadat untuk mengejar Lailatul Qadar. Manalah tau dengan keikhlasan dan kesungguhan kita beribadat ada rezeki kita tahun ni...Bukan apa ...nak minta supaya amal ibadah kita bertambah dan anak cucu dan diri sendiri juga , Allah masukkan ke dalam golongan orang2 yang soleh dan solehah.

Eh aku asyik cerita E am aje.. Afif macam mana ? Afif dah std. 3 , rasanya sejak tahun lepas dia dah puasa penuh. Dia kata tahun lepas dia puasa 25 hari, oklah tu. Cucu aku yang ni pun kuat mengamuk , tak boleh salah sikit , gembing...

Semalam 090909 adalh ari jadi Aisya Zahra ke 5 dan anivesri Diat kartini ke 10. Selamat ari jadi buat Ecah dan selamat meneruskan kehidupan berkeluarga utk Ata dan Tini. Tahun depan ada rezeki lebih boleh belikan mak rantai besar pulak yee....Tapi nak cari rezeki lebih tu jangan sampai lupa ibadah yee...semoga selamat segala2nya.

Monday, August 31, 2009

Alhamduliallah

Aku kat rumah Diat Bangi. Dah 5 hari aku kat sini. E Am kalau cuti sekolah mesti nak duduk umah Afif. Tiap2 ari tanya bila nak g umah Afif. Kenalah mumy dia antar ari Rabu lepas. Aku kena ikut samalah kalau tidak sapa nak jaga mereka.

Kejap aje dah ari kesepuluh Ramadhan ari ni. Alhamdulillah aku dapat berpuasa spt biasa. Malam tadi semua buka puasa dan tidur di sini , meriah betul. Kami masak nasi baryani ... cuba-cuba . Jadilah juga. Aku dah boleh makan spt biasa tapi tak bolehlah makan pedas2 atau masam2.

Memang tak sangka aku akan dok hspital 6 hari 5 malam. Sebenarnya dah lama aku ada rasa macam nak gestric aje.. Tapi tak peduli jga. Kalau macam lapar aku makan, tapi masih lapar juga. Itulah rupanya tanda2 gestric. Ada banyak sebab kena gestric ni . Kata doktor mungkin

** 1) makan pedas2 / masam2
** 2) banyak fikir
** 3) stress
** 4) mengabaikan rutin makan
** 5) makan banyak ubat2 doktor

Aku tak pasti yang mana satu penyebab aku. Tapi sebelum majlis kawin tu adalah aku risau pasal kad jemputan..... dan memanglah aku tak jaga sangat rutin makan aku terutama sarapan.
Sebab2 lain tu rasanya tak adalah sebab aku taklah kuat sangat makan pedas dan ubat doktor pun yang aku ambil hanya viatril s aje kerana aku ada atriatis.

Yalah dah nak kena sakit tu ada ajelah. Nasib baik aku tak sakit sebelum majlis. Tuhan maha Pengasih dan Penyayang. Selepas majlis tu aku memang rasa lemah. Semua dah balik kecuali pengantin. Mereka balik ari Selasa. Dalam 3 ari tu aku tak masak pun , beli aje. Tapi masa tu aku dah tak sedap makan. nasi lemak yang aku selalu beli di Tmn Soga tu aku rasa tak sedap, macam pahit aje.Dan aku mula demam ari Jumaat balik dari surau. Ari Sabtu anak saudara aku dari Rengit singgah , bila balik dia beritau akak aku yang aku tak sehat. Ari Ahad pagi Amin bawa aku ke Rengit , urut. Petang bila balik aku rasa aku dah tak tahan lagi, aku britau suria dan malam tu juga mereka datang ambil aku bawa ke Melaka.

Ari Selasa aku minta Suria antar aku ke hospital , biarlah aku dok hospital supaya dapat tau apa penyakit aku ni. Sebenarnya aku selalu juga kena demam tapi tak pernah pulak tak lalu makan. Kali ini pelik pulak , makan dan mandi tu macam apa aje...aku rasa aku dah mandi dan makan ...rupanya aku mimpi .....6 hari aku tak lalu makan langsung. Dan masa inilah aku bayangkan betapa lazatnya masa aku sehat dan ada selera makan .....Dan aku rasa tepatlah lerek lagu Raihan ....ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara.

Alhamdulillah , bila dah tau penyakitnya dan kena ubatnya , dengan izin Allah ari Ahad demam aku dah turun ke 36. Sebelum itu 37-38, doktor takut aku denggi pulak... Dan ari Ahad itu aku boleh balik . Syukur kepada Tuha di atas segala2nya.

Dan aku ucapkan terima kasihlah kepada adik beradik aku yang susah payah datang tengok aku kat hospital, kepada anak2 saudara kepada besan aku kat KL dan tentulah kpd anak2 aku yang jaga aku. Tuhan sahaja yang akan membalas budi baik kalian.

Friday, August 7, 2009

Terima Kasih Banyak-banyak-banyak-banyak....

Aku ucapkan terima kasih kepada orang2 yang banyak membantu keluarga aku dalam majlis Amat Kawin ni...

Pertama : Adik aku yang sponser cup cake yang sedap tu. Sejak pencen setahun lalu , kerjanya buat kek aje dan selalulah kawan2 dia order kuih tu. Dia memang rajin buat kuih , kalau raya aku datang umah dia tolong buat kuih tart..... Aku tau apa?...... aku tau makan ajee.

Kedua : Adik aku kat Pontian, pakar masak lauk pulak. Dialah yang masak utk keduri malam majlis Yassin. Dan dia jugalah yang masak lauk pengantin. Rezekinya di situlah. Terima kasih juga utk anaknya yang turut sama membantu. Aku masak lauk ikut mood, kadang2 jadi sedap , tapi sekarang aku dah pandai buat jemput ikan bilis yang lembut dan sedap. Aku ingat nak buat bisnes jemput2 aje.......

Ketiga : Moksu aku yang dok Mersing , juga pakar masak yang telah mensponsor acar buah yang sedap tu....terima kasih Moksu dan Poksu.

Keempat : Akak aku yang dok Rengit sebab tolong jaga beg angpau aku. Dia tak berapa sehat, jadi aku suruh dia duduk jaga beg tu.

Kelima : Akak aku dari Rengit juga yang pakar buat kek kukus, kalu bulan puasa ramailah yang tempah kek kukus tu, memang sedap.

Keenam : Jiran sebelah rumah aku yang bagi pinjam rumahnya utk tempat letak barang2 makanan dll.

Ketujuh : Anak saudara aku yang telah dilantik menjadi mc secara bidan terjun pd hari itu.
Dia memang ada kepakaran dalam bidang ini. Jadi bagi ajelah mikropon tu padanya pandailah dia menggunakannya. Memang meriah ari itu......

Kelapan : Tak lupa juga aku ucapkan terima kasih pada Khairil yang tolong antarkan kad2 jemputan , juga Mail (typist STA) yang tolong taipkan surat2 jemputan tu.

Kesembilan : Anak angkat aku yang telah membawa kek coklat (banyak ) dan telah datang menolong di dapor pada ari tu. Walaupun dia tak tinggal dengan aku lagi , perhubungan kami masih berterusan. Semoga murah rezeki dia sekeluarga.

Kesepuluh : Kepada sesiapa saja yang telah membantu menjayakan dan memeriahkan lagi majlis Amat Kawin ni...Zul dan keluarga dari KL, Nana dan suami dar Seremban, Pokda Harun dan isteri barunya dari Port Dikson , kawan2 serta sekelian saudara mara dan para jemputan sekelian. Tanpa kerjasama semua majlis tu takkan berjaya.

Thursday, August 6, 2009

28 Dis 2008 - 1 ogos 2009 (Part Two)

31 Julai 2009 ; Majlis bacaan Yassin dan doa selamat.

Macam biasalah selalunya sebelum majlis kenduri kawin aku akan adakan majlis bacaan Yassin dan doa selamat sebagai tanda kesyukuran dan doa selamat serta tahlil utk mereka yang telah tiada. Alhamdulillah majlis berjalan dengan baik serta ramai tetamu. Majlis diadakan waktu malam.

1 Ogos 2009

Hari yang ditunggu2 tiba juga. Cuaca baik . Pukul 11 pg tetamu dah mula datang. Sebenarnya banyak yang aku bimbangkan apabila membuat majlis2 besar begini.

***** Bimbang hari hujan tentu banyak masalah yang timbul, maklumlah buat di rumah guna

khemah pulak

***** Bimbang orang tak ramai datang, maklumlah sekarang musim penyakit

***** Bimbang nasi lauk tak cukup atau basi dll lah

***** dan macam2lah yang aku bimbangkan lagi.

Tapi alhamdulillah perkara yang aku bimbangkan tidak berlaku. Aku bersyukur kehadrat ilahi kerana tidak menurunkan hujan dan tidak pula panas hari itu. Tentyang lauk pauk pulak aku dah siang2 pesan pd Hjh Zainun mesti masak sedap2 sebab aku dah jumpa yang masakannya tak sedap. Dan seingat aku dah 4 kali aku buat kenduri kawin memang masakannya sedap dan cukup. Dan alhamdulillah aku rasa kali ini tetamu ramai yang datang termasuk sedara dari Segamat serta kawan2 sekolah dulu.

Namun sebelum itu ada beberapa perkara lagi yang membuat aku rasa teruji .. Apa dia ???

***** Seminggu sebelum majlis, anak aku dari Melaka balik , dan tiba2 dia sakit perut dan esoknya dia keguguran .Sebenarnya dia pregnen masuk bulan ke 3. Jadinya dia dapat mc seminggu. Aku rasa aku patah sebelah kaki sebab dia ni rajin berkemas. Tapi dalam seminggu tu dapatlah dia tolong temankan aku di rumah. Sebenarnya gugur dan bersalin itu prosesnya lebihkuranagbdan kena berpantang juga.

***** Politeknik tempat menantu aku di Melaka tu diserang H1N1. Jadi semua kena balik dan korentin di rumah. Lagi aku penic sebab cucu aku dan menantu aku tu tentu tak boleh balik BP
Kesian mereka. Lebih2 lagi menantu aku kena demam pulak. Tapi akhirnya semua selamat dan mereka dapat juga balik setelah kena korentin lima hari di rumah

***** Acar tahun yang aku tempah tak dapat sebab mereka ingat aku tak jadi tempah. Nak marah pun tak guna. Pelan2 aku cari idea macam mana nak dapat acar tu. Last2 aku teringat mak saudara aku di Mersing yang juga pakar masak. Alhamdulillah dia sanggup buatkan. walaupun tinggal 2 hari lagi majlis tu. Acar dia memang sedap dan yang lebih sedap lagi acar tu dia bagi free saja..... yahooo rezeki aku.

*****Khemah. Ada dua perkara yang boleh membuatka aku tak puas hati tentang khemah ni. Pertama meja bulat yang aku hendak tak ada. Kedua kipas angin dalam khemah tu tak berfungsi. Agak2 kalau orang lain mesti dah mengamuk abis. Aku rasa kalau aku bersifat suka marah2 aku tak ramai kawan agaknya dan rezeki lari.

Walau apa pun majlis dah berlalu dengan selamat. Semua dah beres . Anak2 dah balikdan semalam giliran pengantin pulak balik. Yang tinggal aku dan Aju yang aku lihat dia makin lemah, kesian dia. Aku tinggal mengemaskan yang kecik aje. Itu pun kalau ada mood aku kemaslah, kalau tak biar dulu.. Selain dari anak2 aku berterima kasih pd biras aku yang juga tolong kemaskan rumah , gulung carpet, angkat kerusi meja sampai langsir bilik aku pun dia nak pasangkan, sebab kesian tengok aku sorang2. Tak apalah aku boleh buat sikit.

Setelah semuanya selesai aku mencari perbandingan antara majlis kawin yang aku adakan utk 4 anak aku . Aku dapati dalam setiap majlis itu ada perbezannya. Dan perbezaan itu bukanlah disengajakan , tetapi terjadi mengikut pengalaman. Pertam,a kali buat majlis tentu banyak kelemahan. Masa anak pertama tak ada kompang dan tak tempah buat pelamin . Pelamin tu dibuat secara gotong royong oleh anak sedara aku dari KL. Memang simple aje. Anak kedua adalah tempah pelamin, tapi bilik kemas sendiri. Ada kompang , pun diurus oleh orang lain.
Anak keempat, segala2nya bertempah dan sewa. Duit banyak keluar. Dan majlis yang baru ni (utk anak ketiga) sama seperti majlis anak keempat aku. Belanja memang semakin naik, mujur anak2 yang lain membantu.

Kepada anak pertama tu , jangan kecik ati yee ... mak tak pernah pilih kasih dengan anak2. Yang penting hidup aman damai hingga ke akhir hayat.

Tak dapat aku gambarkan betapa lega hati apabila tanggung jawab terhadap anak2 telah terlaksana. Namun masih ada lagi tanggung jawab aku kepada mereka yang rasanya tak akan selesai melainkan apabila aku sudah tiada nanti....
Tuhan, sesungguhnya Engkau maha adil dan pemurah , segala pujian adalah untukMu saja . Ya rabbal Aalamin....

Wednesday, August 5, 2009

28 Dis 2008 - 1 ogos 2009 (Part One)

Lama tak ku updatekan blog ini. Sebenarnya aku agak sibuk maklum lah nak menyambut menantu. Dah tu kena uruskan sorang2 di rumah. Anak2 masing2 kerja . jadinya kena buat persediaan tu sikit2... itupun nasib baik jamuan diketeringkan. Berikut aku nak ceritakan apa2 yang berlaku antara tarikh 28 Dis hingga 1 Ogos tu , saja nak tulis...Nak cari idea menulis ni bukan mudah, kadang2 idea ada tapi nak tulis tu nak susah sebab nak susun mana satu nak cerita dulu. Tapi bila dah tulis tu ada sajalah idea datang.

28 Dis 2008 ; Urusan meminang selesai... Alhamdulillah.

Mula dari saat itu aku kena cari balik segala kad2 jemputan, buku2 catatan dulu2 masa anak2 yang lain kawin utk mecari balik nama2 oranag2 yang nak dijemput. Kena asingkan antara saudara mara, kawan2 , jiran2 dan jemputan2 lain. Kerja ni rumit juga sebab ada kalanya ada nama2 yang tertinggal. Jadinya dalam kepala otak aku ni asyik mengingat siapa lagi yang belum tersenarai dalam senarai jemputan tu.

Urusan membuat kad jemputan tu terserah pd anak aku sebab dia memang pakar dalam soal design dan itu memang kerja dia. Kami cetak dalam lebih kurang 1200 kad dan bagi dua dengan belah perempuan. Jemputan aku biasanya dalam 500-600 kad aje.

Seterusnya kena fikir pasal doorgift pulak. Aku tak maulah bagi orang telur, kerepek dll dalam bag. Biasanya kalau aku dapat benda2 tu , aku akan simpan dan cukup dua minggu ke bakul sampahlah jawapnya. Harga bag pun dah mahal. Jadi kena cari benda yang tahan lama , dan lain sikit. Anak menantu aku ada yang pandai ambil gambar dan cekap komputer , maka aku gunakan kepakaran mereka untuk merealitikan idea aku. Maka hasilnya adalah sebiji mug comel yang ada gambar kami sekeluarga. Kosnya memang mahal dan kerjanya boleh tahan cerewet juga. Tapi oleh kerana benda tu dibuat beransur , maka taklah rasa penat atau terburu2.Selain dari kami anak beranak yang membuatnya adik aku dan anak2nya pun ada membantu.

Nak kenduri kawin ni belanja memang besar. Lebih2 lagi anak lelaki. Wang hantaran , cincin , mas kawin dan lain2 hadiah utk pengantin perempuan mesti disediakan. Mujur ini majlis kerja kawin akhir dalam keluarga aku dan anak2 yang lain dah bekerja , jadi kami bergabung tenaga dan wang ringgit utk majlis ini. Bagi aku yang penting belanja utk makan itu mesti didahulukan. Itu adalah tanggungjawab aku.

Masa berlalu begitu cepat. Dalam pada itu aku masih lagi berulang alik ke Melaka ,Bangi ,UK. biasalah rindu kat cucu. Sedar2 dah bulan Jun . Aku dah mula menempah makan kenduri dpd Hjh Zainun. Sejak kawin anak pertama hingga sekarang ni dengan dia sajalah aku berurusan tentang makan kenduri kawin. Selain dari masakannya sedap, dia ni pemurah dan banyak bersedekah.Alhamdulillah, tak pernah pulak dia mengecewakan aku tentang khidmatnya sebagai food cetering.

11 Julai 2009 ; Majlis nikah Ahmad Nazman dengan Sharifah Fatimah

Hari yang penting ini tiba juga. Segala persiapan dibuat anak beranak. Kami bertolak dari Bangi rumah Diat. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Amat sudah sah bergelar suami kepada Sh. Fatimah. Demikianlah kehendak Ilahi . Kalau dah jodoh tak kemana. Cuma tahan atau tidak menghadapi cabaran dan dugaan. Ramai jugalah yang ikut sama menghantar pengantin nikah, meriah betul sampai tak muat2 rumah pengantin tu . Aku tak peduli semua tu yang penting semua gembira. Cuma walid pengantin perempuan asyik tersasul bila menyebut nama Amat. Sampai tiga kali disebutnya Ahmad Nizam. Aku rasa kalau Badul yang jadi pengantin mesti dia dah bangun dan marah2......

12 Julai 2009 ; Majlis kenduri kawin .

Majlis ini diadakan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Memang sesak dewan tu maklumlah ada 2 pasang pengantin yang bersanding. Pasangan satu lagi ialah adik Sh.Ftmah sendiri iaitu Sh Aishah dengan Faizad. Ada juga aku dengar sedara mara aku mengumpat tentang majlis ini. tapi pada aku tak kisahlah sebab itu pertama kali Tn Syed ni buat majlis kenduri kawin, pengalaman belum ada. Kepada orang2 yang suka mengumpat mencari silap orang tu ,rajin2lah berdiri depan cermin besar dan renong diri sendiri , fikir betul adakah selama ini mereka tak pernah buat silap... Kadang2 aku pelik juga dengan orang2 yang suka benar menceritakan kelemahan orang lain.... Dah tua2 ni banyakkan lah sujud kepada Allah SWT. Eh aku marah kee ??? Taklah cuma aku bosan dengan sikap begitu.

Maka habislah bab pertama tentang kisah Amat Kawin ni . Nanti aku sambung lagilah tentang cerita Amat Kawin di sebelah aku pulak.


Tuesday, July 14, 2009

Alfatehah untuk Ustz Khomsah

Terkejut betul aku pg tadi apabila Kak Normah antar sms mengatakan untz Khomsah meninggal. Innalilallah wa innailaihi raajiun. Ustz ini bekas staff diSMKTA dan dia adalah guru mengaji alquraan setiap hari Jumaat di sekolah. Kami semua akan berkumpul di dewan dan dalam tempuh 20 minit kami gunakan utk mengaji. Allahyarhamlah yang menjadi ketua dengan alunan suaranya yang lunak dan kami mengikut kemudian. Aku tau dia ada mengidap kencing manis. Dan setelah bersara dia dan anak2 membuka sebuah kedai ' Pasar Segar ' di Jalan Tanjung Labuh tak jauh dari rumah aku tmn bahagia. sesekali bila balik dari mengaji aku singgah beli beberapa keperluan dapur di situ. Adalah kami berbual2.

Bila aku dah lama tak pegi mengaji, maka takada lah aku singgah kedainya tu. Dan tiba2 aku dapat berita sedih ini.... Yalah ajal maut, jodoh pertemuan dan rezeki itu di tangan Allah. Anak2nya 3 orang semua lelaki dah habis belajar dan isterinya pun dan bersara juga.

Alfatehah utk aruah Ustz Khomsah , muda2han rohnya dilimpahi rahmat ...Amin

Thursday, June 25, 2009

LAGI CERITA E AM




Cerita E Am memang tak abis2. Ada2 aje kisah dia yang melucukan. Yang jadi lucu tu krana kadang2 dia tak tau nak sebut sesuatu maka disebutnya lain, itulah yang jadi bahan ketawa kami semua.

Tapi sebelum itu aku nak tunjuk dulu wajah e am yang dah tanggal gigi bawah tu. tengoklah muka dia tu. Sebenarnya dah 6 tahn baru inilah dia tanggal gigi. Anak2 aku dulu pun tak pernah ada istilah gigi susu, gigi mereka cantik hingga masuk sekolah. E am ni pun sebab dah ada gigi lain tumbuh sebab tu yang lama tu kalah dan tanggal. Mak dia dulu sampai aku antar cabut kat Australia ( wah jauhnya .... klinik australia lah ) sebab gigi berlapis macam raja bersiong. Nak cabut gigi tu aku yang seram sejok sebab aku takut betul cabut gigi ni. Dia relax aje. Jadi inilah muka terbaru E Am.

Apa crita E Am ?.....

Satu malam lepas solat maghrib aku dengar E am cakap dengan mummy dia
" Mummy dekat sini E Am ada tahi cicak macam mummy " Aku tak taulah kat mana tu , tapi lepas tu aku dengar mummy dia mengilai macam pontianak harum sundal malam. .... Aku dah agak ni mesti salah sebut. Betullah ...dia nak sebut celah peha dia ada tahi lalat ... tahi cicak peginya.

Satu pagi dia ternampak aku nak pakai bra...mana tak nampaknya asyik duduk kat bilik aku aje.
Dia pun kata " T...k atuk macam mummy ada coklat2 tengahnya... "ya Allah budak ni dia nampak t...k aku rupanya. Macam biasalah bilah aku cerita pd mummy dia mengilai lagi pontianak harum sundal malam tu.

Cerita ni lagi kelakar. Aku dengar sampai keluar air mata sbb tak tahan geli hati.
E am baru abis exam. Dia bawa baliklah ketas ujian tu. Ada yang baik ada juga markah sikt. Tiba krtas BM . E Am ada buat salah , ksalahan yang menggelikan , bukan geli hati tapi geli bila baca apa yang dia tulis.

Dia kena isi tempat kosong . Ayatnya macam ni... Emak masak ------- dengan sendok.
Lalu diisinya tempat kosong tu dengan perkataan ... U L A R. Bunyinya jadi Emak masak ular dengan senduk. Kelakar tak ???

Dan malam tadi mak dia beritau E am periksa dapat no duabelas daripada tigabelas. Mula2 aku gelihati jugalah . Tapi kata suria dia dapat 4 A 4 B dan 1 C. C ialah BI. Aku kata tak apalah sebab ada A. Aku suruh suria atar kelas smart reader.

Gitulah cerita E Am . Dia ni kan budak tak cukup bulan ... Syukur sekarang dia dah pandai cakap, tak renti2 bercakap.

Ok . Abis cerita E Am. Kalau ada lain nanti aku tulislah...

Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa

Kepada semua yang bergelar BAPA aku ucapkan Selamat Hari Bapa. Semoga menjadi bapa yang soleh. Berat tu weh.... Jangan ngaku saja jadi bapa tapi tak mau pikul tanggung jawab sebagai bapa.Aku ada dua anak lelaki dan dua menantu lelaki. Maknanya dalam keluarga aku ada 3 yang dah bergelar bapa, satu lagi tu tahun depan agaknya jadi bapa. Kepada mereka aku nak pesan bahawa jadi bapa ni sebenar2nya sangat berat . Tanggungjawab mendidik anak dan isteri sangat besar. Apa2 perkara buruk terjadi kepada anak2 yang akan kena soal di akhirat nanti ialah bapa, begitu juga mendidik isteri. Tak betul aje suamilah yang dipersalahkan. Lainlah kalau bapa tu dah betul jalankan tanggung jawab dan berlaku yang buruk2, maka itu dinamakan takdir dan ujian.

Zaman sekarang ni segala2nya ada. Duit , ilmu, teknologi canggih dan apa2 lagilah. Jadi gunakan itu semua untuk cari kelebihan dalam kehidupan di dunia ni. Segala jenis ilmu ( dunia dan akhirat) mudah diperolehi melalui teknologi canggih itu. Jadi pasang telinga bukak mata untuk memperolehi ilmu2 itu. Walau macamana modennya dunia ini kehidupan kita tidak lari dari hukum agama.

Sekarang banyak benar kes kawin cerai ( bukan artis aje ). Senang2 aje macam makan nasi. Tak sedap buang dalam tong sampah. Anak2 jadi mangsa. Kalau isteri tu baik ada kerja bolehlah jaga anak2, kalau tidak ... lu fikirlah sendiri kata Nabil. Entahlah itu semua gara2 tak kuat iman, tak sabar, kecik2 suruh sekolah agama tak mau , cabut, nak exam. PMR. SPM. cabut sekolah agama.
Kebanyakannya budak laki2 lah tu. Dulu anak aku yang tua pernah tak mau masuk sekolah Khas agama kerana malu dalam kelas hanya ada 4 budak lelaki, yang lain pempuan. mau aku benarkan , nak kena penampar dengan bapak dia. Sebenarnya betul tu, sebab bila aku antar dia ke sekolah, aku tak nampak pun budak lelaki . Aku tak kata orang lain lah sebab dalam sedara mara aku pun ada yang tak sekolah agama. Dan lebih sedih lagi ada orang Johor ni yang tak pandai mengaji. Subhanaallah.... Aku harap anak cucu aku dapat memjadikan mengaji tu sebagai darah daging dalam hidup.

Berbalik kepada hari Bapa, aku kesian anak2 aku sebab kecik2 dah hilang bapa. Aku kematian bapa ketika umur aku 25 tahun. Tapi semua tu kerja tuhan, apa2 yang tejadi kita tak dapat menahannya. Cuma anak2 ingat2lah ayah tu.. sedekahkan Alfatehah setiap lepas solat, mudah2an roh ayah sentiasa dirahmati Allah. Dan cubalah cari kebaikan yang ada dari diri ayah semasa hayatnya dulu. Yang nyata dia seorang yang ikhlas dan dia semakin baik dari segi amalanya selepas berumur 30an.

Alfatehah untuk aruah suamiku bapak dan bapa mertuaku, aku tak tau adakah aku sudah menjaga dan mendidik anak2nya dengan baik.....atau sebaliknya. Dan bapak aku adalah seorang insan yang sangat mulia, yang tidak meninggalkan apa2 untuk anak2nya melainkan ilmu... sayangnya aku tak dapat menjaga bapak dengan sampurna........

Tuesday, June 2, 2009

Dah kawin pun budak ni.

Minggu lepas aku mengikuti rombongan akak aku ke Kedah. Anak bungsunya kawin dengan org Kedah- Alor Star. Aku berbelah bagi nak pegi sbb jauh dan dah tentu penat ...lebih2 lagi sebelum tu aku dah sakit2 badan . Tapi kenangkan itulah akak aku dan adik beradik pempuan lain tak dapat pegi, maka aku pun setujulah nak ikut.
Aku memang suka berjalan, dok rumah aje bosan , sesekali jalan jauh2 kan seronok. Jadi kami pegi hari Jumaat malam kul 11 naik bas. Pemandu bas tu bawa cermat, maklumlah bawa orang tua dan kanak2. Kul 6 pagi subuh di Sungai Perak dan lepas tu atas permintaan penumpang2 terus pulak ke Padang Besar.


Inilah gambar2 yang dapat aku rakamkan di sekitar peristiwa majlis tu. Khairul ni anak bungsu akak aku sebaya anak bungsu aku Intan. Yang nama bungsu ni memang manja lebih. Tapi aku tengok Khairul ni bagus juga, masa nikah tu dengan sekali lafaz aje dia dah jadi suami orang . Nikah di masjid sebelah rumah aje.

Aku perhatikan orang utara ni buat kenduri kawin simple aje. Malam tu kami diajak makan malam di rumah pengantin perempuan . Aku tengok rumah tu sunyi senyap dan gelap ( tengoklah gambar atas ni) Tak macam orang Johor buat keje kawin, riuh dan meriah. Aku pernah beberapa kali mengikuti majlis2 orang utara ni. Agaknya memang gitu atau ikut tuan rumahlah. Tapi malam tu sedap juga lauk2 yang kami makan.

Dan esoknya masa majlis tu pun aku tengok pukul 11 pagi macam tak ada apa2 , pukul 12 barulah nampak tetamu datang. Apa pun kami telah dijamu dengan bermacam2 lauk yang sedap2. Bertambah2 kami makan.

Ini gambar di Sg Perak waktu pegi . dan di bawah ni aku merakamkan gambar dengan pengantin waktu nak pg nikah.

Bawah ni bukan gambar pengantin, ni abang pengantin, kawin pun dengan orang Kedah, Sg Petani. Anak aku Diat pun kawin orang Sg Petani jiga.

Setelah semua selesai kami pun bertolak balikpukul 3.30 ptg. setelah singgah sekejap di Pekan Rabu. Maghrib dan makan malam di Sg. Perak dan dalam pukul 8.00 bertolak terus ke Rengit. Sampai Rengit kl. 3.30 pagi. Alhamdulillah. Walaupun penat tapi aku rasa seronok dapat berjalan ramai2.