Friday, April 24, 2009

Cabaran2 Di Tempat Kerja 1

Aku berkhidmat lebihkurang 32 tahun ( 1971 - 2003 )di dua buah negeri Jey dan Mim. Jadi macam2 pengalaman suka duka yang aku alami dan macam2 cabaran yang aku kena hadap.Ini pengalaman aku, lain orang lainlah pengalaman mereka. Dalam kerja memang ada cabaran , tahan atau tidak kena hadap juga. 20 tahun pertama aku rasa selamat sikit sebab ada orang tempat mengadu dan minta nasehat. Tapi 12 tahun akhir aku terpaksa hadapi sendiri kerana orang yang selamat ini menjaga dan menasehati aku sudah tiada .....Jadi anak2 cubalah baca pengalaman mak awak ni, pahit manis yang mak adap selama 32 tahun tuu. Hidup ini tak semudah yang kita harapkan ...


Tempat Kerja 1


Inilah sekolah yang aku mula2 berkhidmat ( dan yang terakhir )Semua penghuni tempat ni sejenis dengan aku dan mejoriti M. Dari rumah aku di R jauhnya kira2 35 minit perjalanan taxi.Mula2 bekerja tentulah aku suka.Dan memang aku suka tempat kerja ni walaupun pagi2 buta dah naik texi utk ke tempat tu.Selalulah aku buat kelas2 tambahan. Budak2 pun sayang kat aku.Tengah seronok bekerja(6bulan) tiba2 aku dapat surat tukar ke tempat yang lagi jauh (yang menyebabkan aku terpaksa pindah rumah) Bayangkan aku baru kerja, nak kawin, nak bantu keluarga.... Macammana merayu pun aku kena tukar juga.Aku tau ini permainan orang2 atas. Aku belum kawin, dan ada kawan tu dah kawin mengandung pulak, maka aku jadi mangsa utk ambil tempat dia dan dia ambil tempat aku. Maka dengan hati yang marah, sedih,geram,berangkatlah aku pindah randah ke tempat baru tu. .. bekerja separuh hati dan akhir tahun terus kawin dan tukar ke negeri M.

Sebenarnya tempat kerja yang baru ni adalah sebuah sekolah yang ternama di negeri Jay.Dek kerana marah tulah aku jadi tak begitu kerasan kat sini lebih2 lagi di sini standard of livingnya tinggi.Lagi satu yang aku tak sanggup ialah nak mengajar anak DYMMSJ ..... susuh loo. Kawan2 pesan baik2 cakap tu jangan sebarang cakap, nanti....

Tempat Kerja 3

Kat sini penghuninya mejoriti C ( dari bos sampai kuli). Taulah kerja dengan bangsa ni, memang masa aku penuh dengan kerja tak ada masa nak rehat2 curi tulang.Kerja sekolah pun kena bawak balik rumah, sampai tertidur2 atas meja nak habiskan kerja tu.Tapi yang aku tak suka tu ialah bos aku amalkan diskriminasi, kat bangsa dia bukan main lagi, kat kita kalau boleh diperahnya tenaga kita cukup2.Yang peliknya tu aku nak pindah tak dibenarkan pulak. Aku penah memohon jadi L di sebuah Maktab , permohonan aku tu berjaya sebab kawan2 di maktab tu beritau nama aku dah ada kat situ. Jadi aku tunggulah surat,tak dapat2 Rupa2nya surat aku tu dipenyapnya.

Satu lagi yang aku ingat ialah bab cuti raya dia tak nak ambil cuti tambahan. Maka aku dan M yang lain2 ambil mc ramai2 . Padan muka dia.Dan bila aku nak pindah rumah dan mohon tukar sekolah,pun susah benar, siap tanya pemaju rumah betul ke rumah yang aku beli tu dah siap.. Dan bila aku dan kawan aku keluar dari sekolah tu, apa bijik pua kami tak dapat, pada hal aku tengok masa bangsa dia pindah siap dapat hadiah cincin.Berbakul2lah sumpah kami, dan agaknya sumpah tu menjadi sebab last2 aku dengar laki dia buat hal , mereka gaduh dalam kereta, accident, dan anak dia mati.

Itu masalah dengan bos,sesama staff pun ada juga tapi tak banyaklah. Ada sorang kawan tu selalu memuji2 diri, tak cantik tapi perasan, suami memang hnsom,. selalu puji suami. Dia selalu perli2 aku .. bila kami beli rumah dia beli semi-D aku beli teres aje.Bukan apa, aku nak beli kat BP sebab aku nak menetap diBP.Aku bukan kesah orang nak perli ke, apa ke, biarkan aje. Aleh2 aku dengan kawan aku ni suami dia kawin lain, .. terkezut aku, sebab suami dia ni kata orang pijak,semut tak matilah.. diam2 kawin lagi. Lepas tu aku tak tau apa cerita mereka sebab aku dah balik BP

Tempat kerja 4
Tempat kerja ni sama seperti tempat kerja kedua tadi. Bezanya kat sini majoriti lelaki , yang tadi perempuan.Diskriminasi tetap sama.Yang paling teruk aku rasa kat sini ialah bab naik pangkat. Bos terang2 cakap dengan aku yang aku orang J maka keutamaan hanya akan diberi pada orang M aja. Dan paling aku marah bila aku lahirkan anak keempat, habis gaji aku dipotongnya sebab anak keempat masa tu cuti tanpa gaji.Mujur aku ada KGMMB maka dapatlah aku gaji bulan tu. Mereka adalah orang2 yang tak ada ati perut...
Dan bila aku pindah dari sini balik kampung , samalah tanpa apa2 buah tangan yang aku dapat....

Demikianlah aku menghabiskan 10 tahun di tempat kerja ni.Kerja tetap kerja,sebab upah yang kita dapat tu adalah hasil kerja, jangan sampai upah tu menjadi haram sebab malas kerja.

Itu pengalaman bekerja dengan orang lain, macam mana pulak bekerja dengan orang sendiri ??? Tunggu....

Wednesday, April 22, 2009

Akhirnya.......

Setelah berhempas pulas membaca, menderas, menghafal dan apa2 meng lagi maka akhirnya aku dapat juga menamatkan pengajian mengaji aku ( apa bahasa ni..) . Aku kira2 dalam 3 tahun jugalah nak menghabiskan 30 juzuk tu. Bukan apa , mula2 seminggu sekali satu muka surat, lepas tu seminggu 2 kali dua muka surat. Baru tahun lepas dapat seminggu 4 kali , 3 muka surat. Belum tolak cuti berjalan, on call. demam batok dll.

Apa yang nak aku katakan di sini ialah betapa tenangnya hati bila kita mengaji tiap2 hari, bila tak pg mengaji ( Jumaat - Ahad ) rasa rindu ... Itulah kebesaran dan mukjizat AlQuran ini. Alhamdulilllah dari tak tau tajwid, kini dah tau, dari salah sebutan kepada betul, dan yang penting tidaklah berdosa apabila mengaji dengan sebutan dan tajwid yang betul. Padanlah mak mertua aku marah betul kalau mengaji tak betul ... " berdosa tuuu.... " ( kena ikut loghat orang Segamat bercakap ) .

Banyak penawar dalam ayat2 AlQuran itu. Oleh itu yang masih muda pelajarilah AlQuran dari sekarang, dan praktikkanlah ayat2 Alquran dalam kehidupan sehari2.Ajarlah anak2 kecil alQuran
di samping pelajaran akademiknya.

Monday, April 20, 2009

17 Mac & 20 April



Arini 20 april adalah arijadi Diat ke 36 ( dah nak tua anak aku yang tua ni....) Sorrylah gambar tak cantik (tapi muka macam hncem aje ...) Gambar ni masa dia lepas SPM agaknya. Dan yang sebelah tu gambar Amat masa sekolah rendah agaknya. Series aje muka tu. Bday dia 17 Mac lalu.

Ini isteri Diat Kartini , orang Sg Petani Kedah. Mereka berdua ini adalah guru bahasa Inggeris di USIM Nilai .
Nak cari gambar Diat terkini susah sikit , sebab dia ni tak suka sangat bergambar. Yang ada nilah tak berapa jelas , jadilah ya. Bukan apa nak bandingkan masa dulu dan terkini. Dan di bawah ni adalah 3 orang juara mereka. Sorang aje perempuan , dan dialah satu2nya cucu perempuan aku . Tunggu Intanlah , muda2han adik Iman tu perempuan.

Dan bawah ni Amat dan bakal isterinya, Sharifah Fatimah . Ada apa2 perbezaan antara Amat dulu dan sekarang ? Banyak bezanya kan.... Dulu dia bukan main lasak , perangai E Am sekarang ni macam dia dulu lah....

Times goes so fast . I was 62 , the rest 36, 34, 31 and 28. And my cucus, 9, 6, 4, 3, 2, and 1+. Alhamdulillah.

Sunday, April 19, 2009

Aju Ke Tuuuuu



Alhamdulillah hajat aku nak buat doa selamat (atas segala rezeki dan nikmat yang Allah berikan selama ini kepada kami sekeluarga,) telah dapat aku laksanakan semalam 18 April. Majlis ini sebenarnya gabungan 3 dalam 1, iaitu Yassin dan Tahlil, doa selamat dan oleh kerana dah dekat dengan arijadi Diat (20 April) maka masukkan sekalilah dalam majlis tu, cuma takada bday kek aje. Kali ni aku dah malas benar nak masak2, pakai order aje.. Alhamdulillah majlis berjalan dengan baik, adik beradik aku semua datang kecuali Zu sebab ada hal di KL. Rezeki pun banyak, masing2 bawak kuih muih. Makanan pun cukup.

Dengan tak disangka2, setelah majlis malam tu tamat, Amat tiba2 masuk ke dapur tercungap2 sambil memegang seekor kucing. " Mak Aju ke ni mak, " Ha.... aku terkejut betul sebab yang dipegang tu memang Aju kucing yang aku hebahkan dah mati pada 27 Mac lalu...... Ya Allah, abis siapa yang mati tuu... Aku pun masa tu tak tengok sangat sebab keadaannya yang teruk.. aku nampak macam belang2 aje. Maka riuhlah seketika masa tu sebab terkejut yang Aju tu masih idup rupanya... cuma keadaannya yang kurus , tentu tak cukup makan. Anak aku Amat bukan main suka lagi... siap bagi minum susu dan tuna.

Itu adalah dua peristiwa gembira yang berlaku malam tu...Yang sedihnya ialah esoknya 2 ekor anak kucing yang aku ceritakan dulu tu mati pulak , mati sakit. Kesian... Amatlah yang menanamnya petang tadi. Agaknya yang ditanam oleh Khairil di STA tu siapalah agaknyaya...

Friday, April 17, 2009

Pokok Periuk Kera

Banyak benar ciptaan Allah yang unik. Aku beli pokok ni kat Muar, boleh tahan juga harganya. Tapi kerana cantik dan unuk aku beli juga. Aku gantung dia atas kolam ikan aku. Nampaknya dia membiak subur, Alhamdulillah. Periuk kera itu tumbuh di hujung daun , mula2 kecil kemudian membesar cantik. Lihatlah gambar bawah ni betapa cantiknya periuk kera ni . Dalam perut periuk tu ada air dan binatang2 kecil.
Tadi aku mengikuti rancangan Majalah 3 TV3. Ada pulak rencana mengenai periuk kera ni. Rupanya dia ada macam2 warna. Dan air air dalam perutnya itu katanya boleh dibuat ubat. Di Kedah pula seorang pengusaha makanan telah menggunakan periuk kera ni sebagai tempat mengukus lemang (tak payah guna buluh). Pulut yang telah digaul santan dimasukkan ke dalam periuk tu dan dikukus . Macam sedap aje tengok diaorang makan.
Aku suka benar bila pokok2 yang aku tanam hidup subur. Sebenarnya pokok2 juga memerlukan belaian tangan kita, kena puji2 dan berbual2 dengan mereka. Macam orang jugalah...

Wednesday, April 15, 2009

Berjalan Lagi

Ada sajalah benda2 yang membuat aku meninggalkan rumahku ini.....Diat dan Tini ada meeting di PD, mereka selalu dapat 2 bilik asing2 , jadi aku diajak sama ( sebenarnya nak suruh jaga anak2 dia tu..) Aku pun suka juga sebab dapat jalan2 makan angin. Kebetulan 6 April adalah arijadi adik kedua , apa lagi Suria pun ambik cuti ikut sekali. Kalau dia tak ikut parah juga aku nak jaga 3 cucu.

Inilah hotel Ancasa tempat kami menginap. Sebenarnya kami dah selalu datang sini. Hotel ni bagus juga. Budak2 suka sebab dapat mandi kolam.


Ini Aisya makan kek arijadi Adik. Wah kali ini adik sambut arijadi sampai 3 kali... Amboi hebat adik ni

Ni dah bersedia nak mandi kat kolam. Budak2 kalau tak masuk kolam tak sahlah.

Macam duduk dalam bilik darjah aje ni , sedia nak tunggu potong kek arijadi Adik. Yang geliati tu yang ampunya kek tak sempat nak tiup lilin , abis ditiup oleh abang2.

Adib dah nak balik Bangi ni.... susah betul nak suruh posing bergambar.

Sebelum masuk hotel sempat main2 pasir kat pantai belakang hotel.

Wah sedapnya kek Adik, beria2 Adik makan.


Thursday, April 2, 2009

Amboi pandainya bergaya !!!...

Gambar ini diambil di Saloma Bestro ari tu. Amboi bukan main posing lagi dua orang budak ni..dengan kaki senget sebelah dan senyum menawan dan badan rapat2 pulak tu.... wah, wah , wah, doce tau... kecik2 dah pandai bergaya ye... Tapi aku suka tengok gambar ni. Aisya tu bukan senang nak ambil gambar dia, selalunya muka terpeleot aje. Amboi bila kena dengan E Am , menjadi .... bukan main manis lagi senyuman tu.