Friday, October 1, 2010

RAYA DUARIBUSEPULUH
DIALOG LAPAN ORANG CUCU

Putri Norjannah
" Afa lama sangat bergambar ni, ana sudah fenat lah....panas. Ana belum mandi pagi pulak tuu."
Imran Hafiez
"Apa yang kau nak nangis2 ni pucri....eleks lah... cekali aku cepak nanti...bicing ajee."
Iman Daniel
"Bab bergambar ni yg aku tak suka... lama sangat, penat ...Dah tu kena duduk sebelah orang ni..."
Ahmad Ikhwan Najmi
"Tak suka aku duduk sebelah dia ni...mentang2 bapak dia punya kamera, action betul.."
Adif Irfan
"Alamak aku baru nak senyum dia dah snap.... apalah.."
Aisya Zahra
"Aku bukan tak nak senyum, tapi selalu tak jadi... lain kalilah aku senyum.."
Mohd Ilham Syukri
"Lama sangat nak snap.. terus senyum aku jadi macam senyum kambing . Tapi bukan sebarang kambing.. shoun the sheep lah."
Afif Wahdi
"Aku suka bila bergambar ni, tengoklah setiap kali bergambar mesti aku tersenyum manis, bukan senyum kambing ... Tapi idong aku kembang sikit bila senyum tu.."

Tuesday, June 1, 2010

Berjogging..

Aku sekarang sedang memaksa diri aku utk berjogging di Tasik Y . Dah dapat 3 pagi. Itulah pesanan doktor utk meredekan gestrik aku. Nak pg tu macam2 alasan.. tak ada kawan, tak ada kereta, nak tengok Tanyalah Ustaz...... ada2 aja alasan.

Bila dah sekali buat tu dah berani pulak. Bukan ada apa di sana tu , yg ada ialah image besar dinosaur 2 ekor yg tak makan orang.

Yang aku nak perkatakan di sini ialah prihal orang2 yang mengunjungi tempat itu. Tasik Y memang khas utk kita bersenam ke, berjogging dan tempat anak2 bermain2. Tapi aku lihat pengunjungnya kebanyakannya orang cina dari muda hingga tua. Orang kita adalah , tapi boleh dikira . Apa lagi yang umur macam aku ni.. Macam akulah agaknya banyak alasan nak pg....

Orang C tu siap ada group.. group Tai Chi 2/3 group , campur tua muda. Yang aku perasan C tua ni tak banyak berjogging, mereka group Tai Chi.. Yang berjogging orang muda ...

Kenapa orang kita tak mau ambil peluang ini ye... Anak2 muda ,termasuk anak aku pun malas. Suka tidur sampai tinggi ari. Penat kerja agaknya..??? weekend kan boleh.

Walau apa pun alasan yang selalu memenafaatkan apa saja kemudahan yang kerajaan sediakan ialah orang lain, bukan kita.

Aku harap aku tidak hangat2 taik ayam... aku nak badan aku sehat .

Friday, April 9, 2010

Mohd Ilham Syukri

Terharu dan sayu aku bila mendengar kalimah2 Allah yang dibaca oleh Ilham Syukri waktu solat Maghrib tadi. Hampir 90% bacaannya itu betul. Sejak dia bersekolah tahun 2010 ni banyak ilmu yang diperolehinya dan dia semakin matang.Aku katakan demikian kerana budak ini lima tahun belum pandai bercakap lagi. Bila masuk Tadika 2 tahun boleh pulak dia bercakap walaupun tak betul ayat2nya. Tahun 2010 ni dia bersekolah pagi dan Agama dan ruang masa antara itu mak dia antar dia ke tadika Islam. Di situlah dia belajar mengaji dan solat.

Kanak2 memanglah seperti kain putih yang mudah diwarnai. Hati mereka terang dan mudah mengingati apa2 yang diajar terutama oleh guru2 di seklolah . Kalau Ilham dah boleh ingat ayat2 lazim 3 QUL. (yang nampak mudah tapi sangat besar pahala dan khasiatnya di sisi Allah SWT) agaknya macammana pulak kalau adiknya yang bijak bercakap tu bersekolah nanti.

Mak bapak kenalah hargai kebolehan anak2 ini. Kita pantau dia hari2 barulah dia boleh ingat betul2. Besar ganjarannya anak2 pandai solat ni. Terutama utk mak bapak. Beruntung mak bapak yang anaknya sempurna bersolat, lebih2 lagi bila mereka sudah tiada nanti. Dan kepada diri sendiri , sudah termaklum bahawa solat itu suatu kewajipan yang tidak ada alasan utk kita tidak melakukannya.

Ilham pun sudah tahu membaca Iqra'. Cuma adalah kelemahan2nya yang lain seperti dia kurang tumpuan waktu belajar, dan dia tidak yakin dengan diri dia. Insyaallah lama2 hilanglah kelemahan2 itu.

Ikhwan Najmi Tiga Tahun

Bukan main manis lagi senyuman tu. Tak ada kerja , dan kebetulan ari tu 6 April, maka aku suruh dia posing. Tapi kat dahi tu ada bedak pulak macam ceti. Bukan senang nak menyolekkan dia ni sebab tak reti diam.
Malam tu kami makan luar ( memang selalu makan kat luar pun) . Tapi malam tu special sikit sbb ada potong kek kat warong tu. Nak potong kek ni pun susah juga, sbb si abang pun nak potong juga. Potong, potong, potong.... dah lama tak dengar lagu tu.




Ini Ikhwan Najmi bergaya dengan basikal hadiah busu dia. Dia dapat hadiah abang dia pulak merajuk nak hadiah jugak. Apalah Ilham Syukri ni.....


Tengok abam ( dia tak reti sebut ng) kita dapat adiah basikal. Kaki belum sampai tu....kena tarik kaki tu biar panjang.
Selamat panjang umur Adik. Semoga kepintaran Adik sekarang ni akan berkekalan hingga besar.
Amin...




Bersiar2 di Kpg Morten

Kampong Morten nama yang tak asing lagi bagi org Melaka. Walau pun aku pernah tinggal di Melaka 10 tahun dulu (72-81), tapi tak pernah pun aku ingin nak tengok tempat ni sbb dulu tak ada apa istimewanya tempat ni.

Tapi sekarang dia dah menjadi salah sebuah tempat bersejarah yang dilawati pelancung. Tengoklah begitun cantik dia di waktu malam.Rumah2 di situ seolah2 disaluti lampu2. Terang benderang . Tabik pada kerajaan negeri Melaka kerana bijak mengekspos tempat2 begini.

Malam minggu lepas kami ambil kesempatan berjalan2 di Kpg Morten tu. Memang cantik. Bersih dan terjaga rapi. Dia terletak di pinggiran sungai Melaka yang tak henti2 dilalui oleh bot2 yang membawa penumpang2. Kami pernah melayari bot itu dengan bayaran RM 10 sorang.Best.


Nampak kejauhan tu ialah Hospital Putera yang aku pernah bermalam 5 malam di situ. Pemandangan dari hospital tu pun cantik . Aku boleh nampak sungai Melaka dan Kpg Morten tu dan Eye On Malaysia.

Dah pukul 11 malam pun masih ada lagi bot2 yang membawa penumpang.




Dan cucu2 aku pun tak mengantuk dibawa berjalan2 malam2 begini.
Mailah datang ke Melaka. Banyak tempat yang boleh dikunjungi






Iman Danial dan Imran Hafiez
















Friday, March 5, 2010

Mengisi waktu yang terluang....

Sudah 4 malam berturut2 aku dapat bersolat berjemaah di masjid dan surau yang berdekatan rumah aku. Sebenarnya nak keluar malam2 memang aku tak berani. Maklumlah sekarang ni banyak kisah2 yang menakutkan berlaku. Mujur orang depan rumah aku tu ada. Rupa2nya dia rajin ke surau atau masjid. Maka kesempatan ini aku gunakan. Maklumlah dok rumah sepanjang hari memang bosan.

Aku mula ke masjid Sultan Ibrahim pada malam Rabu. Malam itu ada majlis solat hajat dan doa menggunakan Asma Ul Husna. Malam Khamis aku ke Surau Jalan Omar, ada solat hajat dan doa cara Khaujakan. Malam Jumaat di Surau Ar Ridhuan ada majlis Maulidir Rasul. Dan malam tadi di Surau Taman Bukit Soga ada Maulidir Rasul juga. Memang bagus dapat solat berjemaah dan bersolat hajat ramai2. Dah bertahun diadakah , aku saja yang baru mengikutinya. Dalam pada itu dapat jumpa kawan2 lama.

Yang aku nak sebutkan di sini ialah ceramah yang aku dengar malam tadi oleh seorang penceramah dari UTM Skudai JB, juga bekas pegawai di Jabatan Islam JB. Ceramahnya memang bagus, sesuai didengar oleh semua peringkat umur. Banyak ilmu yang kita dapat.

Beliau mengingatkan kita yang manusia sekarang semakin kejam dan zalim. Banyak peristiwa2 kejam dan zalim dilakukan terhadap sesama manusia terutama kanak2. ..... Aku tak dapat nak gambarkan betapa sedihnya kita bila melihat kejadian kejam itu. Manusia sekarang lebih kejam dari manusia zaman jahiliah. .... Inilah manusia di akhir zaman.

Dan yang paling aku teruja ialah bila beliau mengingatkan kita bahawa banyak peristiwa2 masa kini jatuh pada hari Jumaat. Antaranya ialah Krismis 09 jatuh hari Jumaat ; Awal Muharram, hari Jumaat; awal tahun masihi 2010 hari Jumaat: Hari Raya Aidiladha, pun Jumaat. Dan ada dua kejadian gerhana matahari dan bulan , kedua2nya jatuh pada hari Jumaat juga.

Kita semua sukalah sebab dapat cuti panjang. Tapi sebenarnya tentu ada hikmah dan peringatan yang hendak disampaikan kepada kita. . Bila dah cuti panjang, dapat jalan2 atau balik kampung, langsung lupa solat Jumaat.

Mesti ada sebab musabab maka banyak peristiwa tersebut jatuh pada hari Jumaat. Dan rasanya kita semua tahu bahawa Kiamat juga akan berlaku pada hari Jumaat.

Maka perbanyakkanlah solat dan isikan minda kita dengan banyak mendengar atau membaca apa saja ilmu yang dapat melengkapkan kita dengan persediaan2 utk hari akhir nanti.

Aku sekadar menyampaikan apa yang aku dengar...