Friday, April 25, 2008

Untuk sesiapa yang bergelar anak,adik ,cucu atau apa2lah...

Setiap pagi selepas solat Subuh biasanya 6.15 aku mesti sudah mengahadap tv melihat dan mendengar rancangan Laman Nurani TV3 atau Al- Raihan A 106. Rancangan keagamaan ini org muda2 tak gemar.
Tapi aku dari muda lagi memang suka rancangan2 atau buku2 motivasi begini. Macam2 ilmu yang boleh ddapati darinya.

Ada satu pagi tu dibicarakan tentang keibubapaan. Bagaimana kita harus menghormati dan melayani kedua ibubapa lebih2 lagi ketika tuanya.

Aku sedih benar kerana bapak meninggak ketika aku baru bekerja dan sedang mengandung anak pertama 4 bulan . Tak sempat nak beri apa2 padanya. Masa itulah hidup kami baru nak senang sikit, baru beli kereta sempatlah bapak naik kereta tu . Yang tinggal mak. Tapi dia suka tinggal di kampung dengan akak aku . Yalah apa2pun memang rumah sendiri yag best. Kami 5 beradik perempuan dapat jaga mak dan dapat hantar aji 2 kali. Tiap2 bulan aku khaskan duit belanjanya , walau sikit tapi mesti....

Sehinggalah suami aku meninggal maklah yang ambil tau hal aku anak beranak. Emak aku ni kuat orangnya, penyabar dan penyayang lebih2 pd cucu2...... Aku rasa aku ada ikut sikit perangai mak aku ni .
Bila mak aku sakit tua, aku tak dapat jaga dia sbb aku masih bkerja. Aku pulak tinggal sorang2 kat rumah. Kalau aku balik ziarah dia kat kampung dia akan menangis sbb nak ikut aku balik.

Sebenarnya masa tu dia dah banyak lupa, umurnya 85 th. Kadang2 aku tidur juga kat kampung rumah akak tu. sambil2 duduk sebelah mak aku selalu berdoa agar apabila sampai masanya biarlah dia kembali menghadap Allah dalam keadaan mulia dan murah rezeki.

Aku bersara pada 23,03.03. Dan emak aku meninggal pd 26.03.03. Tak sampai hajatku untuk menjaganya selepas bersara...

Sebenarnya banyak sejarah suka duka mak dan bapak yang kalau ditulis menjadi sebuah novel yg panjang. Mak & bapak yang banyak berkorban dan terkorban kerana anak2. Memadailah kalau aku katakan bahawa ganjaran bagi mereka berdua adalah Syurga....

Sekarang aku akan tuliskan untuk tatapan semua apa yang aku dapat dari Laman Nurani tu,,
* Sebesar2 dosa ialah derhaka kepada ibu bapa
* Allah turunkan balasan dosa derhaka kepada ibu bapa itu di dunia
* Menjaga ibu bapa yang tua lebih baik drp mati syahid
* Keredaan Allah adalah keredaan ibubapa
* Kemurkaan Allah adalah kemurkaan ibubapa
* Syurga itu dbawah tapak kaki ibu.

Nanti mesti ada yang kata, ah.... ini aku taulah... Yang susahnya orang sekarang ni, tau, tapi buat2 tak tau. Jeling dan masam muka dengan makbapak tu biasa aja.....

Penceramah menyurah kita membaca Alquran surah Lokman . Ada orang tu dah dapat pun Lokman tapi surah Lokman tak baca2 juga.

Kepada yang masih ada mak bapak jagalah dan sayangilah mereka, mana yang ada mak saja tu lagi nak jaga....

Tuesday, April 15, 2008

On Call


Jangan ingat orang hospital aje ada on cl, YB pun ada tau! Sejak 5 tahun jadi YB ni , 3 th terawal aku dapat buat full time on cl. Dua th akhir ni part time on cl pulak. Rasa-rasa macam malas nak ambik on cl tu sebab nak tumpu pd mengaji alquran dan belajar bhs arab ...Nak penuhkan masa tu dengan yg berfaedah. Kalau tidak boring gila oiii. Yang belajar tu pun semua YB 2. Tapi bila dah ada on cl yu terpaksalah pontebg kelas , menyebabkan YB Som dah potong aku . Aku dah ketinggalan satu muka surat sekarang . Tapi bahasa arab aku rasa aku banyak tau dari YB Som.


Pasal on cl tu kadang2 kat M, kadang2 B dan sekarang dah kat UK pulak !(Jauhnya aku kena pg...) Ada yg dapat alaun dan dapat makan, ada yg dapat makan aje tak ada alaun , dan lagi teruk tak ada alaun dan makan 50-50 .. teruk betul majikan tu.....


walauapa pun aku pergilah juga , dapat juga jumpa permatahati aku tu, dan semoga aku sehat dan panjang umur..

Monday, April 14, 2008

Permatahatiku

Lima tahun jadi YB dapat cucu 5. Bestnya... Aku memang suka bebudak nak2 yg bawah setahun , cute ajee..
Afif Wahdi ccu pertamaku born 19 May 00, Friday , HB Melaka..Putih .idung mancung ikut mak dia. sekarang dah std. 2 di Bangi. Dah pandai ngaji dan solat.Suka mbaca . Dah besar badan kurus tapi keras , idung ttp mancung.

Kedua Mohd Ilham Syukri terborn d klinik swasta Sabah Friday 16 April 03 (hari guru). Dia tak cukup 9 bulan.Kena keluarkan lalu tingkap sbb leher trblit tali pusat.Aku dah jadi YB masa tu jdi senanglah aku ke sana tengok dia. Kata orang budak macam ni bagus , mudah2han. Aku kena jaga dia kat melaka hingga umur dia 3 th sbb bapa dia sambung belajar d UTM. Skng dah masuk 5 th. dah masuk KEMAS. Dia ni sweet aje... cakap masih pelat2 , pempers jadi kempes , bangun jadi manun, kemas jd kamas dan adalah lagi. Jadi bahan ketawa kita semua.

Aisyea Zahra (adik Afif) the only one girl grandchild, born at Pantai Melaka 09.09.04 Thursday . Putih gebu macam apam. Suka merajuk. Banyak org kata rupa dia macam ata (bapa) dia.

Adif Irfan, adik Aisyea Zahra, lahir 22 ogos 06 d Bangi. Putih juga. Dalam pantang asyik keluar masuk hospital Pantai. Tuk Wan dia tanggug leee....dah pandai jalan , ketot dan cute aje bila bjalan tuu. Kepala besar banyak otak le tu..

Kelima Ahmad Ikhwan Najmi, lahir Jumaat di Pantai Melaka . o6.o4.07.Adik Ilham ni putih dpd Ilham cuma pendek sikit. Aku yang pilih nama Ikhwan tu sebab bkenan dng nama suami Wardina ,Ikhwan Jauhari. Dah setahun umurnya, tak reti diam , lasak.Dia djaga oleh MakPah Merlimau. Aku dah tak larat jaga cucu2 skang..

Cucu terkecilku buat masa ini ialah Iman Danial , lahir betul2 Hari Raya Haji 20.12.07.di UK (jauhnya ,,, padan nama macam ong putih). Jauh2 pun aku pg naik kereta aje 4 jam dah sampai. Masa lahir putih , dah lama jadi gelap pulak ... Tak apale okman , asal hencem jadilah. Dah pandai mengagah dan ketawa. Okman djaga oleh Umi

Ada-ada aje ......

Geramnya aku bila zton kata aku tak boleh claim insuran aku utk mataku. Suhaimi pulak kata mcis aku belum matang so tak boleh claim. Ni yang aku marah ni. Bria2 pujuk masuk insuran bila perlu tak boleh pulak. Aku cuba rujuk Hspital nampaknya.

Sunday, April 13, 2008

Mata Oh mata !!


I just came bck from klinik pakar mata . Sahlah mataku ada selaput dan harus d buang selaput itu. Ongkosnya boleh tahan juga !! Luckily I got my health card. the date is 27th April , so hope ada anak yang baleh anter aku ke klinik tu. Buat d hospital murah tapi kenale tunggu bertahun2.....


Saturday, April 12, 2008

Selepas Bersara ...

23 Mac 03 was my last day at SMK ****### as a Pengetua
I was there about 6 yrs. Before that I was Pengetua at SMK $$$&&&. Dunia Pengetua cukup mencabar ..... Pendekata apabila bersara aku rasa terlalu gembira dan lapang dada. Aku gembira kerana dapat berkhidmat dengan cemerlang di STA. Walaupun aku tidak pernah mendapat apa2 penghargaan dpd makhlok Allah , tetapi Allah telah menganugerahkan kpdku nikmat yg tidak ternilai harganya.

Aku dkurniakan kesihatan yang baik, paling best aku ada cucu 6 orang . Itulah permatahatiku . Aku sentiasa happy bersama mereka. Aku bersyukur kerana ada rakan2 yg telah bergelar vip pun belum bercucu. Segala Pujian Bagi Allah SWT.

Assalammualaikum

ni blog atuk..baru mula nak berjinak dalam dunia blogging..so selamat datang suma!

so sumanya akan berkisar mengenai dunia kehidupan seorang atuk kepada 6 orang cucu(setakat ini), bekas seorang guru(BESAR) yang sudah 5 taun bergelar YB (yang bersara.. okey) dan seorang ibu yg selalu penin memikirkan bila la anak bujangnya nak kawin..

hehe..ni mumy yang tulis..

Friday, April 11, 2008

Atuk and the boys

lupa ada aisya tu girl. gambar raya taun lepas-2007.iman daniel still in making masa ni.