Sunday, April 19, 2009

Aju Ke Tuuuuu



Alhamdulillah hajat aku nak buat doa selamat (atas segala rezeki dan nikmat yang Allah berikan selama ini kepada kami sekeluarga,) telah dapat aku laksanakan semalam 18 April. Majlis ini sebenarnya gabungan 3 dalam 1, iaitu Yassin dan Tahlil, doa selamat dan oleh kerana dah dekat dengan arijadi Diat (20 April) maka masukkan sekalilah dalam majlis tu, cuma takada bday kek aje. Kali ni aku dah malas benar nak masak2, pakai order aje.. Alhamdulillah majlis berjalan dengan baik, adik beradik aku semua datang kecuali Zu sebab ada hal di KL. Rezeki pun banyak, masing2 bawak kuih muih. Makanan pun cukup.

Dengan tak disangka2, setelah majlis malam tu tamat, Amat tiba2 masuk ke dapur tercungap2 sambil memegang seekor kucing. " Mak Aju ke ni mak, " Ha.... aku terkejut betul sebab yang dipegang tu memang Aju kucing yang aku hebahkan dah mati pada 27 Mac lalu...... Ya Allah, abis siapa yang mati tuu... Aku pun masa tu tak tengok sangat sebab keadaannya yang teruk.. aku nampak macam belang2 aje. Maka riuhlah seketika masa tu sebab terkejut yang Aju tu masih idup rupanya... cuma keadaannya yang kurus , tentu tak cukup makan. Anak aku Amat bukan main suka lagi... siap bagi minum susu dan tuna.

Itu adalah dua peristiwa gembira yang berlaku malam tu...Yang sedihnya ialah esoknya 2 ekor anak kucing yang aku ceritakan dulu tu mati pulak , mati sakit. Kesian... Amatlah yang menanamnya petang tadi. Agaknya yang ditanam oleh Khairil di STA tu siapalah agaknyaya...

6 comments:

Tok Zu said...

aju jelmaan ke! baik2 .

kemana dia bertapa selama ni?

Atuk said...

Taklah tu memang Aju original. Tak taulah yang mati dulu tu siapa, dah puas aku anak beranak menangisi kematiannya.

Liyana said...

ni apesal aju hidup balek pulak???

Sweet said...

kelaka2. ni mebi ghost Aju. mebi dier dtg balik nk tgok amat kawin.

Atuk said...

Yelah agaknya tuuu, kalau tak caya mai sinilah ziarah Aju dalam sangkar ni,

Chenta said...

mak e, macam serrram jekk kisah aju nie..apapun, siapalah agaknya yang mati tuh kann???