Thursday, November 22, 2012

Alfatehah utk yang dikasihi...

Hari ini 20 Nov. satu tarikh yg tak akan kulupakan. Rasanya macam baru saja berlaku. Tetapi sebenarnya telah 21 tahun berlalu.
Waktu itu anak aku yg tua berusia 18 tahun, baru semesta pertama UITM Segamat. Yang kedua ting.4. No 3 Ting. 2 dan yg bongsu 10 tahun. Dia yang memang dah nampak tak sehat sejak 2/3 bulan kebelakangan , telah dimasukkan ke Hospital KL menjelang cuti sekolah itu. Aku dan anak aku bergilir menunggunya di hospital. Kalau tak silap aku dia berada di hospital tu lebihkurang 12 hari dari 8 Nov.- 20 Nov.
Sebenarnya apa yang berlaku itu diluar jangkaanku. Aku selalu berfikir bahawa yang akan meninggal itu semestinya yang tua2 dulu...Tapi ketentuan Allah itulah yang terjadi . Suamiku akhirnya meninggal dalam usia 44 tahun. Muda kan !! Itulah ketentuan Allah ke atas hamba2Nya. Aku redha dalam seribu kesedihan.
Kini dah 21 tahun berlalu. Anak2 dah membesar, dah kawin, dah ada anak / cucu aku. Dan aku semakin tua. dah 65 tahun umurku. Muda2han Allah kurniakan aku kesehatan yang baik bagiku dan anak2 cucuku. Amin.
Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmatNya ke atas roh2 suamiku, ibubapaku dan mereka yang ada kaitan denganku dan yang lain2nya. Amin.

No comments: