Thursday, May 14, 2009

16 May datang lagi...

16 May adalah tarikh keramat bagi orang2 yang bergelar guru/cikgu. Tak salah aku Hari Guru ni diistiharkan pada tahun 1971, waktu tu aku mengajar4 di MGS . Mula2 tak ada apa2 sambutan selain membaca perutusan Menteri Pelajaran/Pendidikan dalam perhimpunan. Tapi lama kelamaan ia berkembang menjadi satu acara yang meriah, dan yang best guru2 dapat cendera hati dari murid2. Ini pun ada tak bagusnya kerana mana2 guru yang tak disukai oleh murid2 langsung tak dapat apa2. Kesian... Jadi dibuatkan satu kemestian iaitu pelajar2 kena sediakan guru2 c.hati walau kecil pun. Jadi tak adalah guru yang kecik hati.

Bagi aku guru sangat istimewa walaupun dulu memang aku tak ada cita2 langsung nak jadi guru. Tapi bila dan tercebur dalam kelompok guru, memang seronok. Aku seronok mendidik anak2 bangsa aku sendiri kerana mereka faham cakap kita. Yang anak orang lain ni dah lah bodoh BM degil pulak tu. Bertahun2 duduk M tak pandai2 BM. Tapi yang heran tu mana yang pandai kalah budak2 M dalam BM. Aku suka mengajar di kampung2 kerana masyarakatnya yang patuh. Ibu bapa senang diajak berunding, dalam setiap perjumpaan PIBG penuh dewan dengan kehadiran mereka. Di bandar,....... entahlah mereka tak begitu peka dengan kehendak sekolah. Lebih2 lagi di kota2 besar, sikit2 nak saman ... Alhamdulillah sepanjang aku berkhidmat pelajar2 menghormati dan mesra dengan aku , siap datang rumah makan2 kalau Hari Raya.

Aku pegang pada prinsip kalau mendidik anak orang tu biar ikhlas supaya orang lain pun akan didik anak kita gitu juga. Selalu aku pesan padan guru2 lain kalau anak2 aku buat hal sila repot aku dan suami. Begitu juga dengan jiran setaman kalau nampak anak aku tak senonoh tegurlah. Aku teringat pada jiran aku Mak Kiah ( alfatihah untuknya dan suaminya) dia begitu ambil tahu hal anak2 aku. Mudah2an roh2 mereka dihimpunkan bersama2 roh orang2 yang soleh dan solehah. Amin. Tapi aada juga orang2 yang anak2 mereka tak boleh ditegur langsung. Siap melenting, last2 anak jadi antu ......Jadi pada anak2 yang ada anak, bila orang tegur anak kita terima ajelah .

Sampai dah tua ni aku masih ingat lagi dengan guru2 aku walau di sekolah rendah pun. berapa tahun dah tu.. sejak tahun 1953.. . lu kiralah sendiri . Memang aku boleh ingat lagi, yang masih hidup dan yang dah mati .. Tapi aku heran dengan budak2 sekarang , cepat lupa atau sengaja tak mau ingat . Aku ada pergi rumah jiran aku masa kematian , aku tau tu rumah anak murid aku. Aku tanya paada sorang kenal tak polan bti polan dulu aku ajar dia. Dia kata dialah orangnya. Tapi dia tak kenal aku ni cikgu dia. Eh kecik ati memang. Aku mengajar dia tahun 1982, boleh dia dah lupa. Entahlah.....

Sekarang tarikh ni bukan saja jadi tarikh keramat guru, tapi dah jadi peristiwa dalam keluarga aku pulak kerana Mohd Ilham Syukri dilahirkan pada tarikh ini di Sabah. MIS lahir tak cukup bulan (7 bulan dan tak mau duduk dalam perut mak dia lagi ) , sekarang dah 6 tahun. Selain MIS Afif Wahdi juga dilahirkan pada bulan May juga , 19 May.

Happy Birthday to both of you. I am waiting for your birthday party........

Dan kepada semua yang bergelar guru .....SELAMAT HARI GURU.

Wednesday, May 13, 2009

Aksi - aksi Mohd. Ilham Syukri

Dua minggu kebelakangan aku tak ada di rumah lagi. Minggu pertama di melaka, Suria meeting di Perak. Minggu lepas kat UK pulak . Dapatlah main2 dengan Iman. Dia dah kenal betul2 atuk dia ni. Tak kisah tinggal dengan aku masa mak bapak dia g kerja.
Masa dengan MIS (E Am lah tuu) malam2 aku tengok dia buat kerja sekolah . Budak2 Tadika pun ada home works. Bukan apa tulis suku kata , padankan perkataan , mewarna, dll. Aku perhatikan MIS ni malas bab menulis . Bila suruh menulis aje, mulalah tarik muka, mula gatal tangan, badan, penat , garok sana garok sini, menulis tak juga. Jadi aku kena kuatkan suara , marah cubit. Tulisan dah lah macam cakar kucing, kejap kecik, kejap besar. Salah sikit padam. Sampai koyak kertas tu. Mujur kat rumah ada photostat , senang le.

Tengoklah aksi2 dia menulis sampai buka2 baju. Panas le tuu. Sekarang ni memang musim panas.

Ni menulis suku kata.

Dan di bawah ni bab2 mewarna sukalah dia. Gambar kat atas yang terjelir lidah tu masa dia tak buat apa2 kerja. Main hndpon aku ambil gambar sendiri dalam berbagai2 aksi. Ambil gambar kaki, anak tekak, kasut dan macam2 lagi yang aku dah padam semuanya.Tengoklah aksi mengaji tu sopan aje, suara tak juga keluar.


Tak apalah MIS , dah umur 6 tahun ni ( minggu depan 16 May ) macam2 dah pandai. Cakap tak berhenti2 , ketawa macam ketawa aruah atuk lelaki dia sikit2 ketawa, nak2 bila gurau dengan adik dia. Pakai baju pilih sendiri, dan yang paling terkini MIS dah pandai ......... kat tandas. Pandai cucu atuk ni. Nanti cuti dok BP ya dengan Afif.