Tuesday, October 28, 2008

Beraya sakan

Sejak 13hb.Nov. aku tiada di rumah. Aku beraya sakan di rumah anak2 dan sanak saudara di Melaka , Bangi dan KL. Yelah duduk sorang di rumah memang boring. Bila berjalan2 tu dapatlah tengok2 cucu , dan ziarah rumah2 yang patut diziarahi. Dapatlah aku ziarah rumah2 anak saudara aku dan saudara2 Lokman di KL. Dalam pada itu dapatlah juga aku membuat puasa 6 yang sepatutnya dibuat awal2 raya. Dan baru tadi nilah aku dapat menghabiskan puasa itu yang bebaki 2 hari lagi tu.

Aku balik ke BP pd 25 N0v. Suria hantar balik. Dapatlah pg rumah kenduri kawin arab di belakang rumah aku tu. Arab ni kalau buat kerja kawin heboh betul. Sampai ke malam tak habis2 siap dengan muzik2 arab ..Kalau di Melaka disebut cakkuncak.....

Dah berapa hari ni aku nak tulis blok aku ni , tapi entah kenapa tak boleh tulis. Tulisannya tak timbul2. Pelik betul aku. Last2 aku panggil Izan anak kawan aku yg pandai tentang komputer. Rupanya keyboardnya salah pasang. Aku pun bukan perasan sangat yg dekat keyboard tu ada lampu kecil . Tak menyala maknanya tak betullah tu..

Sebenarnya aku cadang nak tulis kisah2 aku masa kecil dulu. Kisah2 dulu amat menyeronokkan dan amat nostaljia. Itulah yang aku nak tulis. Tapi bila aku buka blog Intan anak aku tu , dia pun tulis kisah dia kecik2 dulu. Tapi tak apalah zaman dia dengan zaman aku kan jauh bezanya. Zaman aku kecik2 serba serbi tak ada , hidup susah , tapi aku rasa amat bahagia , hidup berjiran , bila puasa selalu tukar2 juadah (apa2 yg ada le...) malam2 dekat nak raya riuh rendah kami main2 di laman rumah. Mak2 kami sibuk buat kuih ( kuih bangkit ) dan mak aku jahit baju kurung kami . Baju tak banyak, dapat sepasang sorang pun dah gembira benar. Begitulah zaman aku dulu yg aku rasa terlalu rindu aku kepada zaman itu. Nantilah aku akan tulis juga di lain masa.

Saturday, October 11, 2008

Terlalu pantas masa itu berlalu......

Cepat benar masa berlalu . Dulu aku menanti2 hari utk berangkat ke Tanah Suci Mekah. Dah pegi pun ... Macam2 pengalaman yang aku lalui.. Yang penting aku sangat bersyukur yang aku dapat lagi ke Tanah Suci itu dan kali ini aku rasa bertuah kerana dapat menunaikan apa yang aku rancangkan walaupun tak seperti yang diharap. Alhamdulillah..... siapa sangka aku dapat pergi buat Umrah lagi kerana kalau nak ikutkan budget memang aku macam tak mampu. Adalah duit tu tapi ada rancangan lain ......

Dan cepat benar rasanya bulan Ramadhan itu berlalu. Seperti biasalah aku pg terawikh sorang2 di surau jalan kenangan. Aku berani pg sebab jiran aku Hj Bakar ada di rumah. Bila aku balik rumah dia terang lagi dan belum tutup pintu , rasa konfiden lah ... Minggu pertama anak2 aku balik berpuasa di rumah. Tak sunyilah aku. Dua minggu akhir aku puasa sorang2 di rumah. Tapi itu tidak menjadikan aku rasa apa2 . Kata orang alah bisa tegal dek biasa... Dan malam Hari Raya aku pg masjid berjemaah Isyak , bertakbir dan sembahyang sunat Tasbih. Alhamdulillah.

Dan sekarang dan hari kesebelas Syawal. Cepatnya masa berlalu. .. Macam biasalah raya pertama aku menerima kunjungan adik2 ipar, anak2 buah dan cucu2 sedara. Dan tahun ini juga orang2 yang berkun jung ke rumah aku bertambah kerana mak2 saudara Lokman termasuk mak dia semua datang. Itu yang aku tabik kat saudara2 sebelah Lokman.. Mereka sangat mesra
dengan kami semua.

Kerana ramai tetamu maka kunjungan aku ke Rengit ditunda ke hari kedua. Malam itu anak2 aku buat BBQ, untyuk menyambut sepupu mereka dari Rengit, dan KL. Meriah lah . Sebelum itu malam raya pun kami buat BBQ juga. Jadi tahun ini ada kelainan sikit lah kami menyambut raya.

Jadi hari kedua barulah kami ke Rengat ke rumah kakak2 aku , kemudian ke Benut rumah mak saudara sebelah bapak aku , dan ke Pontian rumah adik aku yang merajuk dulu tuuuuu. Hari ketiga baru dapat pg ke JB menemui mak mertua dan adik beradik sebelah suami aku. Itu pun sebelum pg sempat juga meraikan anak2 saudara dara Rengit dan JB.

Demikianlah masa berlalu dengan pantas. Kini aku kembali sorang tapi masa ada aktiviti yang menanti iaitu menyertai marhaban orang2 perempuan di kawasan rumah aku tu. Seronok juga ..dapat jumpa kawan2 .