Sunday, February 21, 2010

Penghibur Hati

Tahun Baru Cina dah seminggu berlalu. Best juga kali ni sbb semua anak cucu balik. Bila dah ramai sibuk masak aje lah. Nasib baik anak aku Intan suka masak.. legalah sikit. Aku ambil kesempatan buat Tahlil Arwah dan doa kesyukuran. Ialah hidup kena selalu bersyukur sbb walau apa pun yang kita buat ( buat dosa ke pahala ke ...) Tuhan sentiasa memberi nikmat pd kita.

Bila buat kenduri ni, biasanya aku masak sikit aje, yang lebih adik2 aku yang masak. Agaknya kalau pandai masak ni ( dan rajin pulak ) memang suka aje nak masak. Adik aku yang beria2 bawak kuih muih. Alhamdulillah.

Cucu2 aku ???? Wah.. dah besar dan tambah nakal....

Afif Wahdi
Dah 10 tahun, naik dj 4. Alhamdulillah dah pandai mengaji dan solat.

M.Ilham Syukri
Dah sekolah dj. 1. Dah pandai beli makanan. Dah kenal nilai duit lah tu. Sejak sekolah badan kurus. Apa taknya puas bergasak kat sekolah. Balik rumah baju macam belacan.
Aysha Zahra
Dah masuk Tadika Krista, tempat abang dia belajar dulu. Badan makin kurus. Perangai macam budak lelaki. Masih tak mau pakai baju gaun atau baju kurung. Sekolah nanti macam mana agaknya.
Adib Irfan
Masih dijaga oleh babyseater. Masih pelat . Dia sorang yang panggil aku mak tok. Dia ni aku tengok mudah gemuk dah mudah kurus. Tapi badan dia memang solid. Putih pulak tu.
Ahmad Ikhwan Najmi
Budak ni mulut macam mulut murai. Cakap bukan main petah lagi. Susunan ayatnya betul. Kalau exam. dapat 90% BM nya. Kalau tak tidur ada saja yang dibuatnya. Badan tak naik2.Mewarisi Tok Noh lah tu. Jumpa Iman mesti nak gadoh. Bulan 4 ni Ikhwan 3 tahun.
Iman Danial
Dis. lalu Iman baru masuk 2 tahun Tapi dia ni besar tinggi. Cakap pelat lagi. Sekarang dah pandai gadoh dengan Ikhwan. Kalau kita usik2 atau ejek2 dia nanti dia kata ' diaaa' (maksudnya diam). Garang tuu. Tapi dia tak banyak cakap.
Imran Hafiez
Baru 3 bulan 9 hari umurnya hari ni. Tapi badan montel macam dah 6 bulan. Nampak dia ni menurun Ahmad Ikhwan Najmi. Ramah cepat cakap. Suka senyum. Aku tak kuat nak prgang dia lama2. Tiap2 malam aku bawak dia tidur dengan aku sebab malam2 dia tak bangun. Pukul 6.00 baru dia bangun menyusu.
cucu ke 8????
Dengar2 macam perempuan. Alhamdulillah. Semoga selamat dilahirkan.
Demikianlah cerita2 terbaru mengenai aku dan anak cucu. Apa lagilah yang ada pada aku selain mereka.

Tuesday, February 9, 2010

Gastrik Oh Gastrik !

Sebenarnya aku dah malas nak tulis2 blog ni lagi... mungkin tak ada idea baik atau mungkin aku risau pasal gastrik aku tak baik2 lagi. Aku pun bukan kat rumah , minggu lepas kat UKP dan ni kat Melaka pulak . Aku nak balik rumah ,tapi anak aku tak bagi pulak...

Aku pun tak faham sakit aku ni.. Bermula dengan demam bulan Ogos lalu dan setelah dxray, dUltra Sound dan diendoskopi ....disahkan aku ada ulser oleh doktor. Balik rumah alhamdulillah sihat, boleh puasa bulan Ramadhan, puasa sunat 6, diikuti puasa Muharram dan puasa bulan Zulhijah ( walaupun puasa sunat tu tak penuh, tapi dapatlah juga aku berpuasa).

Sepanjang bulan puasa dan Raya tu aku makanlah spt biasa kecuali tak ambik yg pedas2.

Bulan 10 aku rasa macamada asid dlm perut aku. Aku jumpa doktor dan dia beri ubat.

Bulan 11 Intan bersalin dan kami balik BP. Rasanya macam ok aje perut ni.

Dalam pada itu aku teringat sorang kawan bercerita pasal klinik Rawatan Iridologi yg menggunakan mata untuk mencari punca sakit.Maka aku pergilah. Aku tertarik dengan rawatan ini kerana biasanya doktor akan tanya kita sakit apa , tapi di sini dengan menggunakan kamera khas yg aku tak taulah apa nama dan jenisnya, doktor dapat menerangkan penyakit kita.

Doktor kata memang perut aku banyak asid dan lain2 lagi. Aku diberi ubat air dan aku kena pantang makan cili padi , lada hitam, makanan2 laut , ajinomoto ...dan kekacang. Yang pedas2 tu bolehlah aku tahan tapi kacang tu yang aku susah nak pantang. Tapi sebab nak baik aku kena ikutlah cakap doktor tu.

Dengan ubat doktor tu aku rasa asid dalam perut aku tu makin hilang. Tapi ada lagi sakit yang datang iaitu uluhati aku pulak rasa penuh dan lepas makan perut aku rasa panas. Sedih benar aku bila sakit ( bukan sakit tapi tak selesa ) dan dok sorang pulak tu.

Satu hari adik aku dari Pontian datang. Aku ceritalah pasal sakit aku tu. Dia suruh aku g klinik kat Pontian . Aku bukan tak mau tapi nak g sorang2 tu yang rasa malas. Tiba2 pagi esoknya dia cl aku kata anak dia akan ambik aku bawa klinik Pontian tu. Nak tak nak aku ikut jugalah.
Aku bukan apa , aku hanya nak buat ultra sound nak tau adakah aku kena sakit karang hempedu. Bila dah buat US doktor kata semua ok. Aku puas hatilah. Ubat lagi.

Makan ubat itu pun tidak mengurangkan rasa kurang selesa uluhati dan perut aku tu. Dalam pada tu aku banyak melayari internet cari penyakit gastrik ni. Dan aku dapati orang gastrik ni tak boleh lapar dan tak boleh makan banyak . Makan kena sikit tapi kerap. Maka aku ikutlah arahan itu.

Alhamdulillah rasa panas perut tu hilang, asid dalam perut tu pun macam dah tak ada. Yang masih ada lagi ialah rasa penuh pada uluhati dan kadang2 macam sesak napas.

Aku tak puas hati betul .Aku baca banyak komen orang yang kena gestrik, semuanya bercerita macam yang aku rasa ni. Yang perlu diamalkan ialah masa makan yang teratur, banyak pantang terutama yang pedas2, minyak2 dan banyak lagilah....

Teruk rupanya kalau kena gestrik ni. Rupanya makan banyak tak boleh , makan sikit pun tak boleh. Kepada orang2 muda yang suka melambat2kan makan tu berhati2 lah. Ambil sarapan waktu pagi tu...

Yang boleh aku buat sekarang ialah berpantang, makan ubat dan berdoa.......dan bersabar. Ada orang sakitnya lagi teruk.. Maka berdoalah banyak2