Thursday, March 26, 2009

Mac 2009 / 1 : Aju pergi juga.....

Dah lama aku tak update blok ini. Macam tak ada masa aje... tak taulah bila dok sendiri ni macam tak cukup masa aje, mana tak... sebab semua kena buat sendiri. Bangun tidur nak cari sarapan , nak basuh baju , beri kucing makan , pg kelas mengaji, cari makan tengahari, solat, angkat kain , nak rehat tengok tv. dll. kejap aje dah malam. Pukul 11 aku mesti nak tidur atau setidak2nya dah baring . Sebenarnya banyak peristiwa dalam bulam mac ini. Tapi sebelum tu aku nak ceritakan dulu peristiwa yang baru terjadi semalam 25/0309 , Rabu.

Aku balik rumah pagi Isnin 23 Mac (arijadi aku yang ke 62., alhamdulillah ) Suria tak kasi balik tapi aku nak balik juga sebab ada appointment pakar 2. Sampai Hospital pukul 10.45 . selesai jumpa doktor aku terus balik rumah. Dah seminggu aku tinggalkan rumah , rindu rasanya. Masa aku tinggalkan rumah hari sabtu lepas Aju kucing aku tu ada terbaring lemah bawah meja. Dia sakit tua agaknya. Bila aku balik ni aku cari dia tak ada pun. Atas siling rumah aku tu ada bunyi macam benda berlari.... aku taulah tu anak2 si mancung bergurau2 atas siling rumah. Aku dah tak pelik bunyi tu. Tapi dalam pada itu aku ada terbau2 busuk. Aku fikir tentu ada anak2 kucing tu yang mati atas siling. (pernah berlaku)

Semalam Rabu pagi waktu nak ke kelas mengaji bau busuk tu semakin kuat dekat garage kereta aku tu. Aku jengah rumah jiran kalau2 ikan dia mati. Tapi tak nampak pun . Dan aku tiba2 tergerak nak tengok bawah kereta jiran aku tu.... eeeee , aku nampak ada benda keras di situ, dan sahlah itu kucing aku yang dah kembang dan busuk. Apa lagi tekak aku terus kembang dan termuntah2 kat situ juga. Rupanya Aju mati di bawah kereta Hj. Bakar. Nasib baik ada Khairil, maka dialah yang aku arahkan membuang dan membasuh bawah kereta tu sebab baunya yang sangat kuat. Aku kena buat gitu demi keharmonian berjiran. Aku tak mau mereka masam2 muka bila mereka balik nanti. Lagi pun kucing tu kucing aku. Pernah juga waktu mereka tiada kucing2 tu bawa sampah2 makanan depan rumah dia , aku suruh khairil bersihkan juga.

Demikianlah berakhirnya riwayat Si Aju , hero Taman Bahagia ni. Dia mati dengan meninggalkan banyak bini dan anak cucu. Maklumlah kucing handsome..... Aju , kau selalu di hatiku. Aku teringat waktu dia diberanakkan dulu (hampir 10 tahun jugalah) dia 3 beradik cantik dan big size maklumlah baka amerika. Aku tatang seperti minyak yang penuh .Dua adiknya mati. Tinggallah aju jadi raja kucing. Bila aku selalu tak ada kat rumah dia merayau2 serata taman tu. Bila aku ada tau pulak dia balik.
Sayangnya aku tak dapat nak rakamkan gambar Aju di sini.

7 comments:

Anonymous said...

aju dah mati da? sedihnye~..lame x dtg rumah mak e men kucing

!Nt4N said...

sedihnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...ajuuuuuuuuuuu!!!x sempat nak manja2 ngan aju wat kali terakhir :(

Chenta said...

sedihnya... kite pun pernah mengalaminya.

Trauma nak bela kucing ... takut kehilangan .

Atuk said...

Aju memang special . Aku sayang dia sangat2 macam aku sayang Kembang dan Bobo dulu. Tapi itulah tak ada yang kekal kat dunia ni. Amat belum tau Aju mati, dia pun sayang Aju kalau balik mesti cari Aju ... Aju selamat dikebumikan di tanah perkuburan STA

!Nt4N said...

over tau!!siap kuburkan kat STA..mlm2 sure jaju jadi hantu kaco bebudak kat ostel tu..muahahahhaha!!

ya2 said...

mak,

sedihnya baca pasal aju.

agaknya kalu seshem mati misti sadis mcm kematian aju.

hilang la hero taman bahagia.

p/s:hantar keken balik sana la yek, ganti jaju!

Atuk said...

Ceh keken nak buat apa, sehelai bulunya pun tak sama dengan Aju. Biarlah Aju tak ada pengganti.....sebab hilangnya tak boleh ditukar ganti..