Saturday, November 29, 2008

Kucing2ku








Eh ! Ini cucu2 aku juga kee ? Eeee bukanlah . Ini adalah anak Aju kucing aku yang mak bapaknya adalah kacukan Siam + Amerika.. Huu yoo... Comel kan. Nama dia Shesyem.. Dia 4 beradik, mati dua tinggal dua aje. Dia aje yang cantik, yang lain biasa aje. Sebenarnya dia patut tinggal di BP dengan aku, tapi ada orang tak malu tu , terus memunya dia.
Gambar sebelah ni nama dia Kembang , arwah kembang. Dia berasal dari BP juga, kerana kesian dan comel2 maka kami bawa dia pindah ke Melaka dengan mak dia sekali. Dia 4 beradik, semua mati kecuali sekor . Kesian Kembang, balik dari klinik kami bawa dia balik ke BP. ingat boleh sehat, pendek umurnya.
Aju masih ada di BP. jadi penghulu kucing di Taman Bahagia. Kalau dia lapar adalh dia kat dapur rumah aku tunggu makan. Aju dah banyak cucu, mengalahkan aku pulak..

Friday, November 28, 2008

Iman Danial Lokman Nurhakim







Iman Danial lahir pada 20 Dis.07, Hari Raya Haji , hari Khamis di Hospital Damai Taman Melawati . Buat masa ini dialah cucu yang paling kecil . Dia ni manja dan comel. Bagi pihak Lokman dia adalah cucu pertama saebab mak Lokman adalah anak yang tua. Tak heranlah Ukman ni jadi buah hati semua orang. Pantang jumpa mesti semua nak keroyok dia.

Raya Haji tahun ni genaplah umur dia setahun ( Kalau ikut tarik belum sampai pun ) Selamat Hari jadi lah Ukman. Semoga jadi cucu yang soleh. Besar sikit nanti boleh duduk Batu Paat ya macam abang Afif dan E Am. Boleh belajar bahasa Aran dan mengaji.

Iman tinggi dan besar, dah nak sama tinggi dengan Adik. Sekarang dah pandai sebut mama dan papa . Iman dijaga oleh Umi . Kalau aku dah lama tak jumpa dia , memang susahlah dia nak ikut aku... menangis bagai nak gila. Bila dah lama sikit tu maulah dia ikut aku.


Iman ni gambar dia banyak sangat. Berbagai2 posing ada, bergambar sorang , ramai2, duduk berdiri baring, ketawa menangis dan lain2 lagi lah. Pantang nampak kamera mesti pandai dia bergaya. Dalam bilik air pun Iman ada gambar.

Cuba tengok Ukman ni macam rupa siapa... Banyak oranag kata rupa dia sebiji rupa papa dia.
Kulit pun ikut papa dia.....jangan marah yeee. Tak kisah lah tu asal sampurna sifat tu.
Nama Iman ni aku yang cari , selain maknanya yang baik ia juga cantuman nama Intan + Lokman = IMAN. Iman Danial . Aku ingat nama ni jarang orang guna, rupanya banyak yang minat dengan nama Danial ni. Ada Aiman Danial , ada Mohd Danial, macam2 lah. Yang penting budak ni dijaga dan diasuh dengan baik.

Tuesday, November 25, 2008

Ahmad Ikhwan Najmi

Inilah Ahmad Ikhwan Najmi atau Adik. Lahir pd . 06.04.08. hari Jumaat di Pantai Melaka. Warna kulit putih ( E Am kalah lah) , tapi dari segi tinggi E Am menang. Tapi sebenarnya banyak hal yang dia ni lebih dari abang dia E Am.
Adik sejak kecil dijaga oleh Mak Pah dia di Merlimau. Mereka sekeluarga sayang pada budak2. Jadi adik ni memang manja sangat lee. Kalau tak dapat sesuatu tu dia akan menangis sambil bergolek2 kat lantai. Lepas tu suruh orang pujuk dia. Tapi dia ni berani , E Am penakut ... ajak naik motor pun takut. Tengok adik naik motor laju aje.... habis kereta atuk calar balar yee.

Adik ni cepat bercakap. Sekarang banyak perkataan yang dia dah boleh sebut. Berzikir pun pandai sebab dia suka tengok ch 106 OASIS. Bagus cucu atuk ni.. nanti atuk ajar mengaji yee. Abang dah mengaji sampai huruf Ha tau. .... Abang kalau suruh mengaji macam semut aje , sunyi senyap, tapi kalau bergurau , ketawa suara dia aje yang kedengaran.


Eh besarnya mata Adik.. peyut buncit pulak tu. Adik ni kawan dia zirafah. Kemana pg berkepit dengan binatang ni aje. Tidur pun nak peluk zirafah. Abang dia pulak ada Bella sampai la ni pun masih berkepit dengan bella lagi.

Wah Adik tadi naik motor ni naik kuda pulak.. Terror lah adik ni.

Ni yang tak sanggup tengok adik nangis ni.. ada aje yang tak kena tu.

Cuba tengok siapa lebih hndsom antara adik Adik dengan abang. Adik tetaplah dengan muka kemek dia tu. Tapi tengok pulak gambar yang bawah sekali tuu. Masa tu umur adik baru berapa bulan aje, memang ramah , ada lesong pipit pulak tu..



Apa2 pun Adik ni memang bijak ...

Adib Irfan Akhdiat

Adib Irfan cucu no.4, adik kepada Afif dan Aisya. Lahir 22.08.06 di Hospital Swasta Bangi.
Mereka tiga beradik ni puti2 belaka. Aku tengok orang2 Kedah memang banyak yang berkulit putih. Atuk Wan dia orang pun putih. Maktuk dia macam aku lee , hitam manis ........
Sebenarnay susah nak cari gambar Adib sorang2 . Yang ada dalam file komputer aku semua kecil2. Tapi Adib ni pandai bergambar. Suka senyum bila bergambar, tak macam budak adik tu...bila bergambar muka kemek , ada aje tak kena.

Adib ni kuat makan. Pantang nampak orang makan mesti dia nak, mulut tu menganga aje macam anak burung. Masa kecil selalu sakit, keluar masuk hspital. Dah besar ni badan dah berisi , kepala besar. Handsome. Tengoklah gambar atas ni, senyum aje ... Ukman tu kenapa ? Terkejut ! Adik tu ..adalah yang tak kena tuu.
Umur Adib sekarang hampir 2 tahun. Cakap sikit2 , pelat juga. Kalau nak susu disebutnya ..".matutu .... " Kalau tunjuk gambar yang paling dia kenal ialah E Am. Kalau ditanya siapa tu.... cepat2 dia jawab " Ku-am " .

Gambar atas ni diambil Raya tahun ni. Orang putih pakai baju biru , berseri aje. Adik tu apa lagi yang tak kena... Lepas ni atk tulis pasal adik pulak yee.




Monday, November 24, 2008

Aisya Zahra Akhdiat











Aysya adalh cucuku yang ketiga, perempuan. Setakat ini dialah juara sebab dia sorang pempuan . Walaupun pempuan perangai lasak macam budak jantan. Tak mau pakai baju gaun, baju kurung. Memanjang pakai seluar. Penat aku belikan dia baju gaun hapah tak pakai pun.

Dari kecil Aisya memang gemuk. Muka sentiasa bertangkup, masam. Agagnya masa dikendong dulu mak dia banyak makan asam jawa. Kuat merajuk. Tapi bila jumpa E Am rajuknya tu cepat hilang, kejap aje dah terpekik-pekik bergurau senda.

Dia dihantar ke Tadika di Nilai , agaknya tiap2 hari diasak dengan dialog2 ongputih maka dia ni pandai cakap ongputih. Kadang2 aku dengar dia bercakap2 dengan teddy busuk dia - cakap ongputih laa.
Aisya ni lahir di Pantai Melaka pd 09.09.2004. Harinya aku lupa pulak. Sekarang umur dia 4 tahun. Dia dan E Am memang tak boleh berjumpa. Ada satu ketika cuti sekolah tahun lalu , Afif , E Am dan Aisya duduk di rumah aku , habis punah pasu serawak aku dek mereka bertiga berteromba dalam rumah. Apa nak buat cucu punya pasal....
Aisya ada seoang adik bernama Adid Irfan.

Sunday, November 23, 2008

Mohd Ilham Syukri ( E Am)








Cucu keduaku ialah Mohd Ilham Syukri (E Am ) Lahir tak cukup bulan di Sabah pada 16 Mei 2003. Senang aje nak ingat ari jadi dia iaitu setiap Hari Guru . Besar nanti jadi orang besar dalam bidang pendidikan agaknya. Aku kena jaga dia kat Melaka sebab mak dia tinggal sorang , Alif sambung belajar di UTM . Jadi 3 tahunlah aku duduk Melaka tu. Masa tu aku dah pencen.
Oleh kerana dia tinggal dengan aku berdua tiap2 ari , tak ada kerja asyik tengok TV aje ( katon Pinggu) maka E Am lambat bercakap. Menangis kuat , ketawa kuat. Tapi doktor kata itu normal. Bila dia masuk Tadika pandai pun dia bercakap sampai tak terlayan pulak. Cuma dia pelat . Dia tak boleh sebut e , ( penat - panat , kemas - kamas , tekan - takan , dll )

Idola E Am ialah Mawi (macam aku juga ) Potong rambut ikut style Mawi , botak. Sekarang E Am dan 5 tahun , badan sedap , bulat . Sama dng Afif pantang cuti mesti balik BP. Oh ye aku nak nak beritau E Am ada adik lelaki Ahmad Ikhwan Najmi yang dipanggil adik. Adik dia ni lebih lasak dari E Am , belum dua tahun dah pandai bercakap.
Satu gambar kat atas tu budak2 tengah solat maghrib kat umah aku waktu raya dulu. ( Budak2 kecil berjemaah , mak bapak budak ...entah ...) Yang kai baju kuning tengan rukuk tu E Am lah. Orang belum apa2 dia dah nak sujud. E am ...E am .

Afif Wahdi B.Akhdiat

Afif adalah cucupertamaku , lahir di Melaka pd 19 Mei 2000 hari Jumaat. Keluarga emaknya adalah orang Kedah Sg. Petani. Masa kecil2 montel , bila besar kurus aje. Sekarang dah darjah dua. Nampak kurus tapi tulang keras.


Afif dan E Am sangat rapat. Cuti sekolah aje mesti nak balik BP . Sekarang ni adalah dia kat rumah aku ni. Istimewa dia ni dah pandai mengaji dan solat. Atuk Wan dia yang ajar. Dia suka baca buku dan lukis katon. Cita2 nak jadi akitek. Insyaallah mudah2 tercapai.


Afif ada dua adik Aisya Zahra dan Adib Irfan. Nampaknya dia dah boleh bertanggungjawab menjaga adik2nya.



Saturday, November 22, 2008

Afif , Ilham dan cucu2 yang lain.

Nampaknya usaha untuk memasukkan gambar2 ke blog aku masih tak berjaya. Baru sebentar tadi ini dah boleh dah, tapi yang keluar gambar muka ukman yang nakal tu . Bila aku view blog hilang pulak gambar tu. Eh ...ni yang aku geram ni. Tak pe aku akan cuba lagi...
Akhirnya dapat jugalah aku masukkan dua gambar ni .... walaupun tak tersusun tak apalah , nanti lama2 pandailah aku.

Friday, November 21, 2008

Aktiviti Cuti Sekolah

Hari ini Jumaat 21 Nov. Semalam aku bawa cucu aku berjogging kat Tasik Y. Ini kali kedua sejak mereka di sini aku bawa berjogging. Kalau tidak mereka jemu terperap di rumah aje. Kami berjalan keliling tasik itu , pusingan pertama ok lah . Masuk pusingan kedua E am dah mula bising dah mula buat muka toye dan jalan bongkok2. " E am panat lah Tok " Maksudnya dia dah penatlah tu. Jadi kami tamatkan dua pusingan aje dan balik rumah. Lagi pun semalam aku ada kelas mengaji dan Afif dah mula belajar Bahasa Arab di rumah ustazah tu.

Hari ni pukul 9.00 aku antar Afif ke rumah ustazah tu lagi . Sepatutnya aku ada juga kelas Bahasa Arab di Surau Jalan Kenangan tu dari 8.30 ke 10.30 pg. Tapi aku takut E am boring jadi aku pontinglah kelas tu . Afif berminat nampaknya belajar bahasa Arab tu dan dia ni terang ati juga. Sejak dia d sini solatnya cukup 5 waktu , tiap2 ari dia cl mak dia beritau dia cukup solat 5 waktu tu. Aku kena kejutkan dia 6.30 pg utk solat Subuh. E am ikut juga solat ,tapi taulee dia ni orang belum habis solat dia dah siap dulu. Bila aku suruh dia baca doa teruslah bisu mulut dia. Tak apa lah dia masih kecil lagi , dan kitalah kena lentur dia perlahan2.......

Aku ni tak pandai nak masukkan images dalam tulisan aku ni, tapi nak cuba juga . Aku nak masukkan gambar Afif dan E Am dan gambar cucu2 aku yang lain tuu... Kalau jadi adalee nanti, kalau tak jadi Intanlah yang tolong buatkan nanti. Tunggu ye....

Thursday, November 20, 2008

17 Tahun Berlalu


Hari ni 20Nov. genap 17 tahun suamiku meninggal. Cepatnya masa itu berlalu. Setiap ketika aku sentiasa mengingatinya dan setiap hari kuhadiahkan Fatihah dan Yassin utknya dan tak lupa utk kedua ibubapaku dan bapa mertuaku . Mereka telah selamat menemui Tuhan. Yang masih hidup ini jangan leka pula dengan kerenah dunia yang tak berkesudahan .. ...

Aku membuka blok anak aku Intan, dan terpandang mukaku dan suamiku . Rupanya Intan dah mendahului aku menulis tentang tarikh keramat itu.Harap anak2 yang lain tak lupalah tarikh ini. Gambar itu diambil ketika kami ikut rombongan Kesatuan Guru Melayu Msia Barat melancong ke Jakarta - Bali tahun 1987 . Umur kami baru 40 tahun masa tu.. muda lagi kan kan. Pada tahun itu bulan Mei kami menunaikan Haji . Sebenarnya dia selalu ajak aku melancong , tapi aku katakan selagi tak pergi Haji aku tak mau ke mana2.. Jadinya pada bulan 12 tu kenalah aku ikut ke Jakarta Bali itu. Puas jugalah pegi tu, 10 hari. Anak2 aku tumpang kat rumah adik aku di Ceras. Masa itu aku ada pembantu jadi tak risau sangatlah.

Melancong masa tu mudah , tambang murah dan duit kita besar. Tambang menunaikan Haji campur yang lain2 ( tak masuk makan ) baru RM4 K. Tapi nak mengumpul sehingga jumlah itu bukannya senang sebab gaji kecil . Bukan macam sekarang gaji besar , baru kerja gaji dan mencecah 4 angka . Aku teringat masa mula2 aku kerja dulu gaji pertama aku RM 580.00 ( gaji graduet ) + gaji suami tak sampai 4 angka. Dengan jumlah itulah kami hidup berlima ( 2 adik ipar + adik aku yang aku bawa utk tolong2 aku ) . Kami pakai motor aje , hampir setahun baru berani beli kereta Fiat 128 MD 5055. .....Orang sekarang untung, kawin dah ada kereta , tak bela sesiapa , cuma pandai atau tidak nak urus rumahtangga tu .

Yalah aku cuma nak membandingkan keadaan dulu dan sekarang. Kalau duit banyak tak berkah pun masalah juga. Yang penting keberkatan rezeki itu.

Eh eh! Cucu aku yang sorang ni dah tertidur sebelah aku ni pulak. Kejap aje dah pukul 11 malam rupanya. Kena sambung lain kalilah pulak. Sebelum itu alFatihah utk arwah Suamiku dan kedua ibubapaku serta bapa mertuaku.

Wednesday, November 19, 2008

Aku , anak saudara dan cucu.

Aku balik ke BP pd 17 Nov. setelah meninggalkan rumah 11 ari iaitu dari 6 - 16 Nov. Sebelum itu aku ikut anak2 aku ke PD dari 31 Okt. - 2 Nov. dan 3Nov. balik rumah. Tapi 6Nov. aku pg KL sebab anak Intan demam panas masuk wad. Kesian pulak sebab duduk hsptl 5 hari. Hari khamis tu aku bawa kereta sampai Melaka , lepas tu Amat ambil aku dan terus ke hsptl . Malam tu aku tdo hsptl lee. Ahad 9 Nov. Intan antar aku balik ke Melaka sebab Alif ada mesyurat di Kajang dari 11-15 Nov. 15 malam pulak Suria ke Trangganu hingga Ahad malam baru balik. Mula2 aku nak ikut sama, tapi badan dan tua2 ni naik bas jauh2 rasa penat pulak. Tak jadilah aku ikut. Ari Isnin aku balik ke BP dengan membawa dua cucu aku Afif dan E am. Budak2 ni memang siang2 lagi dah cakap nak ke BP bila cuti sekolah. Aku sukalah sebab ada kawan buat riuh2 rumah.

Begitulah nampaknya jadual aku seharian macam padat aje mengalahkan YB. Eh! Lupa pulak aku ... memang pun aku YB sekarang ni...

Sebenarnya dari aku budak2 lagi aku memang suka pada budak2 kecil terutama budak lelaki sebab aku tak ada adik lelaki. Aku besar dikelilingi oleh dua org kakak dan dua org adik perempuan. Tiga orang abang aku dah besar2 dan masing2 tentu tak mau campur dengan kami 5 orang perempuan ni. Masa aku sekolah rendah lagi aku dah pandai jaga anak saudara aku yg bernama Bujang ( gelaran diberi oleh mak aku sampai tua ni pun dipanggil Bujang juga.) Masa tu umur aku agak2 11 tahun. Aku dah pandai mandikan bayi tu dan siap bedung sekali. Bujang adalah cucu pertama emak aku yang lahir di rumah mak aku tu. Sayangnya kami semua pada dia tak terkira lagi. Tapi Bujang bukan cucu pertama mak aku sebab cucu pertama dia adalah anak abang aku Saadun. Cucu yang ini kami tak berani nak usik2 sebab mak dia ( menantu mak aku / kakak ipar aku ) adalah keturunan orang atas2 ........Dan Bujang nilah jadi buah ati aku ..sehinggalah aku masuk sekolah menengah d BP (aku duduk Rengit) dan bila aku disuruh duduk di BP , maka aku menjadi tidak karuan kerana terbayang2 anak buah aku ni. Akhirnya aku lari balik ke rumah dan berulanglah aku dari Rengit - BP tiap2 hari .

Zul adalah anak saudara kedua yang aku jaga. Dia anak abang aku Hashim. Zul anak ketiga dari 3 beradik.. Umur sebulan lahir emaknya meninggal. Kesian dia... Atuk dia oleh kerana terlalu sedih serahkan Zul pd mak aku , katanya suruh jaga sementara saja.(Sebenarnya Zul ni kami bela, kami tak pulangkan dia pd atuk dia kerana dah sayang ) Jadi akulah yang jaga dia , malam2 tidur sebelah aku. Pulak masa tu aku nak exzm. SPM maka dia menjadi jam mengejutkan aku untuk bangun malam studi. Kebetulan masa itu sorang lagi anak saudara aku Nana yg lahir di rumah mak aku tu , tinggal juga bersama2 kami. Nana kakak aku yg jaga. Kami tidur dalam kelambu 4 orang, aku , kakak aku, Zul dan Nana. Yang aku pelik tu tak pun kami rasa panas tidur dalam kelambu tu. Kalau sekarang ...entahlah.. dan aku rasa bila tengok kelambu tu aje tentu cucu2 aku dah menjerit2 ketakutan , ingat apa ...

Aku lulus SPM dengan cemerlang. Dalam satu kelas tu 4 orang aje yg dapat grade satu termasuk aku. Gembiranya aku tak terkata. Kejayaan ini aku rasa berkat aku bela anak yatim Zul. Dan dah tentulah berkat aku belajar bagai nak gila... Woi banyak cabaran waktu aku belajar dulu. Selain cabaran kewangan , cemohan dari orang2 yang tak yakin aku boleh berjaya sebab aku belajar dalam aliran Melayu , cabaran dari guru2 yang suka pilih kasih dan macam2 lagilah....Dan sebenarnya aku berterima kasih kepada semua ' cabaran ' itu kerana itulah yang membuatkan aku berjaya dalam hidup ini.

Banyak cerita2 menarik yang boleh aku tuliskan lagi, tapi tunggulah masa lain. Dah penat ni. Cucu aku yang dua orang tu entah apa khabar senyap aje.. tidur agaknya. Aku suruh mereka tidur cepat sebab esok aku janji nak bawa mereka jogging di Tasik Y . Tadi aku kopak + RM 100 beli kasut jogging termasuk kasut aku sekali. Esok aku nak antar Afif belajar bahasa Arab . Tadi aku suruh Eam mengaji . Puas aku pujuk2 dan hembus2 telinga dia baru nak bunyi mulut tu.. baru nak sebut Alif , Ba . Lepas tu senyap semula. Bukan tak pandai tapi saja mengada2. Kalau dengan mak dia habis kena kutil .