Tuesday, March 31, 2009

Reunion Guru - Pelajar SDBL

Reunion pelajar SDBL dan guru2 kali ini diadakan di Tasik Merdeka Johor Baharu sponsored byDato' Johari Suratman. Aku pg berempat dengan kawan2 dalam gambar ini. Aku drive.. Sebenarnya dah beberapa kali perjumpaan ini diadakan , walaupun kami tidak menubuhkan persatuan pelajar2 , tapi kami sangat rapat dan mesra dan selalu berjumpa. SDBL ditubuhkan pada tahun 1960 bertempat di jalam Limpon Batu Pahat. Aku memulakan persekolah di situ tahun 1962 tg.3. Sebelum itu kami menumpang di TIGS. Tahun 1963 hanya ada satu sahaja tg. 5 dan satu tg.4. Ada diantara mereka yang pandai dihantar ke SM Alam Syah di Ceras. Masa SPM hanya 4 orang dalam kelas aku tu yang dapat pangkat satu , termasuklah aku. (Aku ni dikira budak pandai jugalah...) Lepas abis SPM aku ke tg.6 di Alam Syah dan kemudian ke UM.


Ara(Datin zaharah) dan Mon (Ramlah)
Masa masih kerja dulu jarang dapat jumpa, maklum masing2 sibuk. Bila dah pencen ni memang selalu jumpa. Pelajar tahun enampuluhan SDBL memang rapat dengan guru2. Walaupun ada yang memegang jawatan tinggi , tapi bila berjumpa tu macam adik beradik aje. Guru yang paling mengambil berat tentang reunion ini ialah Hj. Masrom Adnan (gambar bawah ) guru sains kami dulu. Dia dan isterinya (Kak Asiah ) tak pernah mis dalam setiap perjumpaan. Begitu juga dengan cikgu Salleh & isteri, cikgu Saat Bongkik & isteri, Puan Yohani dan ramai lagi yang tak dapat aku tuliskan namanya di sini.

Cikgu Masrom memang guru kesayangan kami. Dia tak banyak cakap. Waktu mengajar dulu dia masih bujang, jadi bila kena ajar bab pensenyawaan , dia termalu2 .. kucing. Tahniah padanya kerana dapat mengajar dengan baik walaupun terpaksa berhempas pulas menterjemahkan buku2 sains tu ke bahasa melayu. Terima kasih cikgu.


Kak Asiah , isteri Hj Masrom.
Walau dah 40 tahun aku meninggalkan bangku sekolah aku masih ingat setiap guru yang mengajar kelas aku tu. Guru kelas Cik Norlia merangkap guru Geografi , guru matematik,En Yaakob, Pn Yohani guru sejarah dan sastera melayu, Ust. Othman guru Agama Islam, En Rahman Ghani guru lukisan (pakcik suami aku) cikgu Abu Juraimi guru Bahasa Melayu , cikgu Fadil guru Bahasa Inggeris dan cikgu Salleh guru Pen.Jasmi pelajar lelaki. Ada antara mereka dah jadi arwah. Yang penting aku masih ingat mereka dan rasanya zaman persekolahan dulu amat menyeronokkan

Di rumah Munajat , seorang pagawai immigration dulu.
Malam itukami makan2, cerita2 dan bergambar2. Tak banyak gambar yang aku dapat ambil. Tapi aku masih mengharapkan gambar dari guru SDBL yang jadi cameraman malam tu.
Pukul 12 lebih kami bersurai dan aku berempat tidur di hotel Sri Malaysia.

Di atas ialah gambar isteri bekas Dato' Bandar JB ( Johari Suratman ) juga isteri bekas Dato' Bandar ( aku tak kenal suaminya , junior aku ) dan Datin Zaharah


Yang aku kenal dalam gambar ni hanya Hj. Masrom dan En. Salleh aje


Inilah dia Tan ' Sri Dato' Shamsuddin Hitam , bekas Ketua S/Usaha Perbendaharaan Negara.Hebat dia ni. Berasal dai anak orang susah di Koris BP. Baik dengan aku dan suami . Berkat kegigihannya ia berjaya menjadi orang kuat negara.


Ini geng2 baik dari Pontian, Karim, Nordin dan Aziz. Ingat masa dalam kelas dulu memang seronok.

Friday, March 27, 2009

Doa buat anakcucu

Doa ini aku dapat dari majalah ANIS beberapa tahun yang lalu.Aku tertarik benar dengan doa ini dan doa inilah yang menjadi wiridku setiap kali lepas solat. Maka untuk anak cucu aku blogkan doa ini untuk amalan kerana bagi orang Islam senjata kita adalah doa.

Ya Allah

Ya Allah, kurniakan aku nikmatMu yang sebesar-besarnya dengan menyelamatkan anak2 cucuku , menjadikan mereka orang-orang yang baik dan membuatkan aku bahagia dengan kehadiran mereka
Tuhanku, panjangkan usia mereka dalam ketaatan kepada Mu, peliharalah masa kecil mereka masa besar mereka , masa muda mereka masa tua mereka, berilah kekuatan pada yang lemah dan berilah kesihatan yang baik pada tubuh badan, agama dan akhlak mereka. Hindarkan mereka dari penyakit dalam jiwa dan anggota badan serta dalam segala urusan mereka yang memerlukan perhatianku. Lancarkan rezeki mereka melalui tanganku . Kurniakan mereka rezeki yang mewah dan berkah. Jadikan mereka hambamu yang banyak memberi, bukan banyak berharap dan meminta. Dan jadikan mereka putera puteri yang selalu berbakti, bertakwa, sihat penglihatan dan pendengaran , dan taat kepada Mu.
Ya Allah jangan kau jadikan mereka penderhaka dan penyeleweng. Berilah aku pertolongan Mu dalam memperhatikan , mendidik dan berbuat baik kepada mereka .
Amin Ya Rabbil Aalamin

Kerenah Anak Cucu 2 Di Saloma Bestro
























































Keletah Anak cucu 1
























































Mac 2009 /2 : Cuti Bersama Anak Cucu

Cuti sekolah bermula 14 Mac Sabtu. Aku memang bercadang nak ke Melaka dan seterusnya ke Bangi dan UK . Dapat seminggu bersama anak cucu tentu seronok. di bawah adalah coretan seminggui aku bersama anak cucu.

Sabtu 14 Mac :

Sebelum bertolak ke Melaka aku menghadiri majlis perkaheinan anak cikgu Azmi di Jalan Bahagia. Lebih kurang pukul 11.30 aku bertolaklah ke Melaka. Dalam pada beria2 bersiap ada 3 perkara yang aku lupa buat. Pertama tak on alarm, kedua tak bawa lauk rendang yang ada dalam freeze dan ketiga lebihan nasi dalam periuk lupa nak bawa. Demikianlah kalau banyak benda nak ingat....

Pukul 4.00 kami bertolak ke Bangi . Perjalanan ok cuma sampai bangi hujan lebat. Malam tu Intan datang dan kami semua tidur Bangi. Nak tau apa yang aku dapat bila sampai tuuu.. menantu aku hadiahkan aku handphone Nokia 3120 , sesuatu yang memang aku nak sangat . Alhamdulillah, kata Tini itu hadiah arijadi dari mereka sekeluarga. Terima kasih daun keladi.

15 mac :

Hari ni adalah arijadi akak aku Rabiaton yang ke 65, puas aku cl dia tak dapat2 . last2 aku ucapkan selamt arijadi dia melalui anak dia Azah.
Ari ni pun ada suprise buat kami. Pagi tu Tini kata " Abang nak ajak semua pg Alamanda , ada sesuatu di sana " Wah bestnya . Kami cepat2 masak dan kl 3.00 bertolak ke Alamanda yang selama ni aku dengar aje, belum ada kesempatan pergi. ( Aku kalau tak dibawak tak pergilah tak kan aku nak pg sorang2 ) . Memang bestlah Alamanda ni , dan tanpa disangka2 rupa2nya ada lagi habuan untuk kami . Diat bawa kami ke Habib Jewel dan suruh kami beli sesuatu..... Wah susah juga nak pilih sebab aku bukan kaki emas , tapi akhir2nya pilih jugalah sesuatu ...... begitu juga Suria , cuma Intan ada pilihan lain. Lepas itu ke Ikhsan pula untuk adik dan ipar lelaki pulak. Semua apa lagi , musuh jangan dicari rezeki jangan ditolak. Terima kasih Diat dan Tini. Mudah2an rezeki mewah dan cepat2 pegi menunaikan Haji.

Pukul 9.00 malam Suria balik Melaka , aku dan E Am tinggal.

16, 17, 18 Mac :

3 hari ni aku tinggal di bangi dengan Afif, E Am dan Aisya . Biasalah tinggal dengan cucu ni kena sediakan mereka makan. Mereka suka makan jejemput ikan bilis dengan sos ( E Am kata cos )
Lauk mereka senang aje iatu sop ayam. Tapi yang aku tak sanggup ialah bila mereka bergurau, langsung tak makan saman , sampai terpaksa aku cari rotan nak takutkan mereka. Itu pun takut sekejap aje, lepas tu terpekik pikau lagi, habis semua bantal tilam dikembornya. Dah abis gurau , menangis pulak...

!7 Mac Amat genap 31 tahun. Aku doakan semoga dia murah rezeki dan berjaya dalam hidup ...

18 Mac Intan datang bawa aku ke rumahnya pulak diUK Perdana

19 , 20 Mac:

Kat rumah Intan melayan2 iman Danial yang dah pandai berjalan terkedek2 macam itik. Iman ni nampak kurus tapi bila didokong , eh tak kuat aku. Dia dah pandai bergurau , idola dia E Am Syukri. Apa E Am buat dia ikut aje.
Hari Jumaat aku ke rumah Zul di Pandan Indah. petang Suria sampai dan malam balik ke UKP.

21 Mac :

Kami makan tengahari di Old Town JJ Wangsa Maju. Orang2 sekarang suka makan kat luar, masa aku muda2 dulu tak menjamahlah makan kat luar, mesti masak. Lepas tu bergasak2 membeli cadar sebab ada sale..
Malam Amat datang, lepas makan dia balik dan kami ada temujanji esok di .....

22 Mac:
Hari ini adalah hari jadi suami aku yang ke 62. Walaupun dia tiada tarikh ini tetap kami ingati. Anak2 aku memilih Saloma Bistro untuk meraikan aku dan Amat. Dapat berkumpul beramai2 begini memang seronok . Di sini kami makan2 , minum2 dan bergambo2 . Pukol 6.00 kami bersurai dan aku balik ke Melaka ikut Suria.

Terima Kasih Daun Keladi Akhdiat kerana bermurah hati mengeluarkan berkeping2 not biru dari dompit .. Insyaallah giliran awak akan tiba juga pada 20 April nanti.

23 Mac :
Hari ni arijadi aku . Aku kena balik juga ke BP sebab ada app. di pakar 2. Lepas sarapan dengan suria aku balik ke BP. Dalam perjalanan Fatimah antar wish arijadi aku. Ingat juga dia arijadi aku . Aku aje yang kadang2 tak ingat arijadi kawan2.....

Thursday, March 26, 2009

Mac 2009 / 1 : Aju pergi juga.....

Dah lama aku tak update blok ini. Macam tak ada masa aje... tak taulah bila dok sendiri ni macam tak cukup masa aje, mana tak... sebab semua kena buat sendiri. Bangun tidur nak cari sarapan , nak basuh baju , beri kucing makan , pg kelas mengaji, cari makan tengahari, solat, angkat kain , nak rehat tengok tv. dll. kejap aje dah malam. Pukul 11 aku mesti nak tidur atau setidak2nya dah baring . Sebenarnya banyak peristiwa dalam bulam mac ini. Tapi sebelum tu aku nak ceritakan dulu peristiwa yang baru terjadi semalam 25/0309 , Rabu.

Aku balik rumah pagi Isnin 23 Mac (arijadi aku yang ke 62., alhamdulillah ) Suria tak kasi balik tapi aku nak balik juga sebab ada appointment pakar 2. Sampai Hospital pukul 10.45 . selesai jumpa doktor aku terus balik rumah. Dah seminggu aku tinggalkan rumah , rindu rasanya. Masa aku tinggalkan rumah hari sabtu lepas Aju kucing aku tu ada terbaring lemah bawah meja. Dia sakit tua agaknya. Bila aku balik ni aku cari dia tak ada pun. Atas siling rumah aku tu ada bunyi macam benda berlari.... aku taulah tu anak2 si mancung bergurau2 atas siling rumah. Aku dah tak pelik bunyi tu. Tapi dalam pada itu aku ada terbau2 busuk. Aku fikir tentu ada anak2 kucing tu yang mati atas siling. (pernah berlaku)

Semalam Rabu pagi waktu nak ke kelas mengaji bau busuk tu semakin kuat dekat garage kereta aku tu. Aku jengah rumah jiran kalau2 ikan dia mati. Tapi tak nampak pun . Dan aku tiba2 tergerak nak tengok bawah kereta jiran aku tu.... eeeee , aku nampak ada benda keras di situ, dan sahlah itu kucing aku yang dah kembang dan busuk. Apa lagi tekak aku terus kembang dan termuntah2 kat situ juga. Rupanya Aju mati di bawah kereta Hj. Bakar. Nasib baik ada Khairil, maka dialah yang aku arahkan membuang dan membasuh bawah kereta tu sebab baunya yang sangat kuat. Aku kena buat gitu demi keharmonian berjiran. Aku tak mau mereka masam2 muka bila mereka balik nanti. Lagi pun kucing tu kucing aku. Pernah juga waktu mereka tiada kucing2 tu bawa sampah2 makanan depan rumah dia , aku suruh khairil bersihkan juga.

Demikianlah berakhirnya riwayat Si Aju , hero Taman Bahagia ni. Dia mati dengan meninggalkan banyak bini dan anak cucu. Maklumlah kucing handsome..... Aju , kau selalu di hatiku. Aku teringat waktu dia diberanakkan dulu (hampir 10 tahun jugalah) dia 3 beradik cantik dan big size maklumlah baka amerika. Aku tatang seperti minyak yang penuh .Dua adiknya mati. Tinggallah aju jadi raja kucing. Bila aku selalu tak ada kat rumah dia merayau2 serata taman tu. Bila aku ada tau pulak dia balik.
Sayangnya aku tak dapat nak rakamkan gambar Aju di sini.

Wednesday, March 11, 2009

Mengaji Alquran

Di negeri Johor sejak dulu lagi dah ada sekolah agama. Setiap murid sekolah yang naik darjah tiga diwajibkan bersekolah agama darjah satu. Selain dari belajar perkara2 tauhid , tajwid, dll. diajar juga mengaji dan solat. Sekali fikir tentu anak2 Johor beruntung. Tapi agaknya yang untung tu orang2 dulu yang sezaman dengan aku dan sebelum aku. Sebab bila dibuat soal selidik di sekolah 20 tahun yang lalu didapati ramai yang tak pandai mengaji dan solat. Jawapannya ialah kerana di rumah mak bapak tak mengaji dan solat. Terkejut aku waktu tu.. masa tu aku baru pindah dari M ke BP. Tapi lama2 aku tak pelik pun sebab ada mak bapak yang mengabaikan sekolah agama anak2 di samping di rumah tak ada langsung didikan ke arah itu.
Aku bersyukur benar kerana sejak kecil bapak aku sendiri yang jadi guru mengaji. Selain dari anak2nya , anak2 jiran pun ikut belajar juga. Aku teringatlah mengaji ramai2 , masing2 berebut nak baca dulu, Quran tu letak atas bantal aje, tak ada rehal macam sekarang ni. Seronoknya suasana kecil2 dulu. Dan apabila aku dah ada anak aku sekeluarga rela berpindah dari M ke BP semata2 nak masukkan anak ke sekolah agama tu. Dan kami carikan seorang guru mengaji untuk mereka.

Sebenarnya mengaji ni bukanlah satu perkara yang mudah. Bila dah bersara ni aku baru berkesempatan masuk kelas mengaji alQuran... dan barulah aku sedar selama ini banyak kesalahan yang aku buat ketika mengaji. Antara lain kesalahan2 itu ialah sebutan huruf2 'arab yang tak sempurna kerana tidak betul makhrajnya ( tempat keluar huruf ) . Selama ini aku sebut ikut lidah melayu.....dan kadang2 jawa.. Tajwidnya tak betul , idram, ikhfa', izhar, iqlab semua pakai langgar aje. Mana mad asli, mad lazim, mad silah, dll banyak lagi yang selama ini aku tak tau pun. Nasib baik aku kenal tanda2 panjang pendek huruf tu. Walaubagaimana pun ustazah tu kata aku di kira ok lah cuma nak membetulkan lidah yang sudah 50 tahun telor melayu dan jawa itu yang lambat , sekejap jadi , sekejap tak jadi. Masuk tahun ini dah 3 tahun aku mengikuti kelas itu, mula2 seminggu sekali satu muka surat , kemudian seminggu dua kali dua muka surat, dan baru setahun ni seminggu empat kali 3/4 muka surat. Alhamdulillah sekarang ni aku rasa konfiden bila mengaji tu sebab aku tau bila aku buat salah, dan kalau dengan orang mengaji tu aku tau kalau dia buat salah. Sebenarnya mak mertua aku teror mengaji, aku seriau dengan dia.
Oleh itu untuk anakcucu yang masih muda , masuklaha kelas mengaji kerana mengaji setiap hari adalah tuntutan agama , selain dari dapat pahla, pembacanya akan beroleh ketenangan , dan rumah yang tidak ada orang mengaji di dalamnya adalah seperti kubur yang gelap gelita. Orang yang mengaji hatinya terang mudah menerima ilmu. Didik anak2 mengaji dari kecil .Dan isi alQuran itu mengandungi seribu satu macam ubat ( bagi oarang yang mau mengamalkannya)

Tuesday, March 3, 2009

Cerita 2 Kucing

gambar2 kucing yang ada ni hanya hiasan aje. Aku tak boleh ambik gambar kucing2 aku sbb aku tak ada camera canggih... kesian.. Jadi aku ambik gambar dari internet . Sebenarnya aku nak cerita pasal telatah kucing2 yang ada kat rumah aku ni.
( Olok2 nilah mak kucing tu , comel dan manja)
Ada sekor mak kucing tu ada anak 3. Dia pandai bela anak. Anak2 dia cantik dan besar. Aku
kata dia pandai sebab ada kucing yang pandai beranak tapi tak pandai jaga. Kurus kering , kurap. Silap2 dia makan anak dia sendiri . Tu yang aku sampai termuntah2 geli , langsung aku buang kucing tu dipasar, biar dia puas makan ikan.
Anak2 kucang ni pulak pandai bergurau dan macam nak manja dengan aku. Jadi aku selalulah pegang2 cium2 dan cakap2 dengan anak2 kucing tu. Wah bila dia tengok aku macam bagi muka , maka beranilah kucing2 tu masuk dalam rumah lalu pintu dapaurku. Mula2 tu macam takut2 tapi bila tengok aku diam aje, dah berani pulak masuk sampai ke depan dan bergurau2 di celah2 sofa .

Yang menjadi perhatian aku ialah apabila anak2 kucing ni masuk dapur aku, emak kucing akan berbunyi manja seolah2 memanggil2 anak2 dia dan berkata " jangan masuk ...nanti kau kena marah dengan atuk mili ..."Tapi anak2 dia tak peduli , aku memang sengaja duduk diam memperhatikan gelagat kucing2 tu . Bila anak yang lain nak masuk juga mak kucing akan meletakkan tangannya di belakang anak kucing tu sambil berbunyi2 mengeluarkan suara manja seolah berkata .." jangan masuk, duduk kat sini aje, jangan ikut adik kau tu, kalau atuk mili dah marah padan muka dia ...". Tapi ai anak tetap lepas masuk. Yang aku suka tu ialah mak kucing tu setia menunggu anak2 dia di luar pintu dapur aku tu sambil mengaiu2 agak nya berkata .." Dah lah tu cepat keluar, main kat luar ni lagi bagus..."
Begitulah ya kehidupan ini. Sebenarnay binatang dan manusia ada persamaan dalam beberapa hal. Mak kucing yang pandai menjaga anak, anak2nya akan jadi baik dan sehat. Kalau dia makan pun dia akan mendahulukan anaknya , dah habis anak2 makan baru dia makan. Tetapi manusia kadang2 perangai lebih hebat dari binatang.... Lihatlah apa yang terjadi di seluruh dunia sekarang...