Saturday, September 27, 2008

Cerita Di Bulan Puasa 3 - Sakit

Dua minggu lepas tiba2 kakak aku Mah, masuk hospital sebab panas sampai tak boleh bangun. Masuk Putera 3 hari . Selain panas tekanan darahnya rendah. Dia ni pakar buat kek kukus. Aku agak bulan puasa ni dia kurang rehat dan penat dan bahang panas balik Umrah tu masih ada lagi. Alhamdulillah dia dah sehat sekarang

2 ari lepas tu kakak aku Aton pulah tak bangun2 sejak sahur. Suami dia ingat saja tak mau bangun. Rupanya dia tak sedar sebab gula dalam darahnya rendah. Panggil doktor ke rumah dan kena injek glukus ke badannya. Selang 2 ari pulak suaminya pitam di suray lepas solat maghrib. Mujur ada orang bawa dia ke klinik. Itu aku tak tau apa sebabnya mungkin penat .

Aku sentiasa berdoa agar aku dilindungi dari sakit2 yang merbahaya.

Semalam aku diberitau Alif jatuh tangga waktu nak pasang lampu raya. Kata suria tak apa2 cuma tangan bengkak aje.. Dan berita terbaru Shftmh kena langgar motor semalam. Mujur tak teruk.

Ya Allah lindungilah kami dari mara bahaya bencana yang kami takuti yg tidak disangka ....

Cerita Di Bulan Puasa - 2 - Kes merajuk juga.

Ada sepasang suami isteri tu aku peratikan dah lama macam tak mesra, tak bertegur sapa , cakap bila perlu aje.... tapi aku malaslah nak tegur2 sebab ada orang lain lagi yang lebih berhak tegur mereka. Keluarga mereka ni pulak memang keluarga yang dari segi komunikasi antara satu sama lain sangat kurang. Nak tegur menegur, nasehat menaseht memang jarang bebeno. Jadi si suami ni cerita pd aku isteri dia sejak kerja dah tak pedulikan dia , tak kisah rumah dan apa2 lagi lah. Dan emak bapak mertuanya pulak kata dia nak tinggalkan isteri dia. Bukan baru ini dia cerita dengan aku hal dia , cuma aku ni malas nak sibuk2.

Aku hanya boleh buat tafsiran sendiri bahawa mereka jadi begitu kerana kedudukan kewangan yang lemah. Dalam hidup ni cinta dan kasih sayang tak dapat berdiri teguh kalau memanjang tak ada duit.Duit tu penting sebab nak hidup mesti ada duit. Kata orang tak ada duit semua tak boleh dikuit. Meraka dah kawin lebih kurang 9 tahun. Kalau keadaan ekonomi tak berubah2 maka disitu mulalah terjadi rasa jemu, bosan , lebih2 lagi kalau tanggungan dah bertambah.

Jodoh pertemuan Allah yang tentukan. Tapi sebelum kawin tu mak bapak kene tengok dan fikir2 dululah bakal menantu tu kerja apa,sekolah sampai mana, keluarga macammana , sebab kita tak maulah jadi huru hara bila dah kawin nanti .

Aku kawin dulu pun pilihan aku sendiri, dia cikgu macam aku juga.. Walaupun gaji aku memang lebihbesar dari gajinya , tapi aku tetap hormat dia sebagai seorang suami dan kalau ada apa2 masalah timbul , aku selesaikan sendiri. Tak pernah aku mengadu pd emak bapak aku atau adik beradik aku , sebab aku sentiasa ingat yang dia itu pilihan aku, apa2 terjadi selesaikan sendiri. Alhamdulillah sebenarnya aku bahagia bersamanya , jarang benar bergaduh, bahkan aku dan suamiku macam kawan2 yang boleh bergurau senda di mana saja . Sesekali aku rindukan kemesraan itu yang telah hilang dariku sejak 17 tahun yang lalu. Semoga tuhan mengampuni dosa2nya dan mencucui rahmat ke atas rohnya. Amin.

Friday, September 26, 2008

Cerita d bulan puasa 1 - Merajuk


Sekejap saja dah 26 hari puasa berlalu. Malam ni malam 27 puasa. Orang dulu kata 27 lekor , pasang pelita keliling rumah, main bunga api , meriam buluh buatan sendiri (bukan keluaraga aku yang main) . Sebenarnya malam2 ganjil begini ialah malam Lailatul Qadar. Disunatkan kita beribadat sebanyak2nya untuk menemui Lailatul Qadar itu.


Aku berhentikan dulu cerita pasal pg umrah sebab nak tulis cerita2 d bulan puasa ni. Baru tadi ni adik aku ( jam 6.00 ptg) balik rumah dia d Pontian. ( gambao dia kat sebelah tuuu ) Dah 3 malam dia bersama aku . Ceritanya dia lari dari rumah sebab merajuk..... banyak yang dirajukkannya. Maklumlah dah tua2 ni memang hati nak merajuk aja kalau salah sikit. Kata dia anak2 dia malas tolong dia d dapur. Yalah dah tua ni memang aku pun dah malas nak masak2 , nak mengemas rumah pun kadang2 aku malas. Jadi anak2 kenalah faham hal mak bapak (kalau bapak masa ada lagi) . Aku terperanjat bila alih2 adik aku tu dah ada di depan rumah aku. Aku dah bersiap2 nak buat kuih di rumah adik aku Zu. Berjurai2 air mata dia bercerita hal sedihnya dia bila anak2 asik tidur sedangkan dia nak berbuat sesuatu utk tambah pendapatan. Maklumlah d bulan puasa ni kalau rajin buat kuih ke memang laku. Adik aku ni pulak pandai masak. Jadi aku ajaklah adik aku ni ke rumah Zu biat kuih , petang buka di situ dan malam terawikh di Masjid Jamik BP. Malam tidur rumah aku.


Hari Rabu kebetulan aku nak pg Melaka , aku ajak dia sekali. boleh relex2 kat rumah anak aku di Alai Perdana. Dan malam itu aku ajak dia pg. beli baju cucu2 di gedung Keluargaku ( bukan gedung keluarga aku lee..) Esoknya Khamis kami keluar lagi ke JJ Air Keroh. Selalunya aku ni waktu nak pg tak niat nak beli apa2 , tapi bila dah berada di dalam perut supermarket tu akulah yang beria2 membeli belah. Maklumlah bulan ni kan aku tak payah keluar duit utk bayar gaji bibik, adalah sikit duit..Dan aku puas hati sebab dah dapat belikan baju cucu2 aku walau pun tak dapat sedondon 6 orang tu.


Petang tu jam 5.00 aku balik ke BP. Niat nak lama sikit kat Melaka , kesian pulak kat adik aku tu. Tentu dia tak mau. Sampai rumah betul2 masa berbuka. Mujur nasi dan lauk dan sedia ada.
Cakap pasal merajuk ni sebenarnya aku pun suka merajuk, tapi zaman muda2 dulu waktu ada tukang pujuk. Dah tua ni merajuk juga tapi buat2 tak merajuk... Dan aku kalau merajuk tak naklah bercerita dengan orang ... buat apa ya nanti macam buka pekong di dada. Aku akan bercerita dan mengadu dengan Tuhan. Dan Tuhanlah yang akan menghakimi segala2nya.

Sunday, September 21, 2008

9 Ogos yang ditunggu2


Akhirnya tibalah tarikh keramat itu , 09.08.08.(08.08.08 lagi cantik)Semua dah bersiap2 dari pagi lagi. Tapi sebelum itu kenalah tolong kat dapur sikit2. Aku ni memang malak ke dapor , lagi pun kalau dah ada orang yang lagi expert kat dapur , lagi aku malas... Lepas solat Zohor kami bersiap utk berangkat ke KLIA. Siap dengan doa dan azan. Yang bagusnya pg hari ini ialah semua anak2 dan cucu aku ada menghantar kecuali Afif kerana sekolah tambahan.

Rasa gembira sedih dan apa2 lagi perasaan ada terakam melalui gambar2 berikut. Alhamdulillah kami bertolak jam 6.45 ptg dengan pesawat SaudiArabia.Penerbangai kami ini terus ke Mekah, bermakna kami siap dengan pakaian ihram dan berniat di dalam kapal terbang. Ini satu pengalaman baru bagiku kerana selama ini aku ke Madinah dulu.

Ampang (7 - 9 Ogos)

Duduklah aku di rumah Diat Bangi tu sambil menunggu2 berita bilakah pulak kami yang 16 orang ni nak pg. Kumpulan 10 orang tu berlepas kira2 jam 7.00 malam dan sampai di Madinah jam 3.30pg awaktu Malaysia. Di Madinah kira2 jam 11.30 malam. Aku membayangkan betapa syukurnya mereka yang dapat pg dulu tu, kecuali anak saudara aku Bujang yang terlepas sedangkan isterinya tertinggal. Dia ni badan besar dan selalu isteri yang siapkan semua, ni kena buat sendirilah. Aku dengar kejap2 dia cl isteri dia tanya barang2 dia. Mujurlah isteri dia tu cekap .

Tiap2 hari kami saling bertanya2 dan menunggu2 berita baik itu. Sedih betul bila jadi macam ni.Memanglah penantian itu sanga menyiksakan. Last2 Kata hari Khamis, maka bersiaplah lagi aku ni, bag dah duduk lagi di depan pintu. Diat dan Amat pun dah ada kat rumah. Rupa2nya tak jadi lagi. .....Akhirnya kami ambil keputusan berkumpul di rumah Mila dan buat solat hajat... Maka pglah aku ke rumah Mila dan malam itu kami buatlah solat hajat beramai2

Maka duduk pulak aku di rumah Mila 2 malam. Hati memang tak senang selagi visa tak dapat. Dan akhirnya dapat tau kami akan pg pada 9 Ogos, hari Sabtu. Itu pun masih tak yakin lagi selagi kami tak melangkah masuk ke pintu kapal terbang itu.

Bangi - (4 - 7 0gos)

Manusia merancang dan Allah lah yang menentukannya.

Balik dari Langkawi singgah rumah Diat dan malam tu aku tidur rumah Intan di UK Pdna.Esoknya ke rumah Milah kerana ada doa selamat untuk ke Umrah. Siap bagi bag dan telekong dan bergambaran aku balik semula ke Bangi. Dati Bangi ke KLIA kan dekat.

Malam tu aku bangun awal. Maklumlah nak jalan jauh ni buatlah persediaan yang sebaik-baiknya dan sebanyak-banyaknya. 4 ogos adalah hari Isnin jadi pagi tu aku tinggal dengan Afif saja kerana Afif sekolah sebelah petang. Dapatlah aku masakkan cucu aku tu sop . Pukul 12 aku dah siap sebab pukul 2.00 mesti ada d KLIA. Bag2 dah siap sedia di depan pintu. Aku kalau nak jalan memang suka siap awal2. Itulah yang aku amalkan sejak dulu lagi. Dalam siap awal2 tu kadang2 ada juga benda yang lupa.....

Dalam ketidaksabaran nak pi ke KLIA tu.... maka aku dapat cl dari anak saudara aku Akah ( dari rumah Milah ) mengatakan ba..ha..wa.. dari 26 orang yang akan berangkat ke Umrah tu hanya 10 orang saja yang lepas. Teperanjat betul aku dan aku termasuklah yang tak dapat pg pd ari tu. Ya Allah ... dah tiga kali aku pg Umrah . Tak pernah terlintas pun masa nak pg dulu akan masalah2 gendala begini. Semua berjalan lancar. Tiba2 kali ini ada masalah pula. Macam2 andaian yang keluar akan sebab musabab terjadinya gendala ini.... macam2.. Yang betulnya ialah ini semua kerja Allah dan Dialah saja yang mengetahui akan rahsia di sebalik semuanya itu.

Maka tak jadilah aku pg ke KLIA ari tu. Rupanya yang lain semua dah berkumpul di sana sebab dapat maklumat lambat. Mereka berkampunglah di KLIA tu sampai 6.30 ptg. Dan aku dengar Mila kopak +RM 1000 kerana belanja makan mereka.

Aku duduk relax di Bangi sehingga 7 Ogos.Yang lain2 ada kat rumah Mila , ada kat Syah Alam dan mana yang memang rumah kat KL tu balik rumah lee.

Thursday, September 18, 2008

B.Pahat - Melaka - Langkawi (28julai - 2ogos)

Sebenarnya dalam bulan julai dan ogos lalu aku sibuk sikit. Maklumlah aku nak pg umrah dng adik bradik aku dan sebelum tu nak ikut anak2 aku becuti d langkawi.Jadi aku kena buat persiapan untuk ke umrah tu.Maklumlah nak pg ke tempat suci yang paling mustajab utk memohon apa saja hajat dan doa. Nak mengadap rumah Allah. Selain utk diri sendiri aku sediakan juga utk yang lain2. Manalah tau mereka memerlukannya.

Dalam pada itu ada pula hal lain. Isteri Maman sakit masuk hospital BP. Yang dekat situ akulah. Takkan aku nak biar gitu saja. Kena juga ulang alik ke hospital,ziarah, dan antar adik Sidah ulang alik hospital . Dan aku ajak juga keluarga Sidah tidur rumah aku. Baik juga masa tu masih ada nari (bibikku yang action ...)

Maka 28 julai aku pun brtolak ke Melaka sebelum ke Bangi. Dan 31 julai berangkatlah pagi2 buta ke lapangan terbang. Yang pg ialah suria sekeluarga dan intan sekeluarga.Kami naik Air Asia. Lebihkurang pkul 9.30 dah sampai Langkawi.

Sebenarnya aku rasa dah lima kali aku ke Langkawi ni ( termasuk pg kerana urusan kerja). Rasanya tempat2 yg penting tu aku dan lawatlah. Cuma sekarang banyak yg berubah. Di Langkawi ni sebenarnya hati aku separuh aje.. separuh lagi sudah ada di Mekah....

Dan aku tidak tahu bahawa di sebalik keghairahan aku utk pg Umrah tu ada peristiwa yang tidak diduga berlaku... semua atas kehendak Allah swt.

Monday, September 15, 2008

Solat Sunat Tarawekh

Aku baru balik dari surau al-Redzuan. Kejap aje dah malam ke 16 ari ni. Semalam aku solat di masjid lama dengan amat. Ni dah tinggal sorang ni solat dekat surau aje lah. Pukul 9.50 dah abis. Gitu gini sampai rumah kul 10.00.

Aku peratikan yang solat ni selalunya orang2 umor macam aku nilah atau lebih tua. Yang muda2 agaknya sibik jaga anak dan masih kerja lagi. Aku yakin mereka tentu buat di rumah. Cuma aku nak ingatkan pada yang muda2 ni termasuklah anak2 aku , buatlah di rumah , 8 pun jadilah jangan tak buat langsung. Umur dah 30 ke atas kena tambah ibadah, terutama solat. Kita tak tau umur kita panjang ke , pendek ke..... buatnya umue pendek dan ibadah tak cukup, susah juga tu. Suami aku umurnya tak panjang. Tapi alhamdulillah tuhan beri banyak petunjuk pada nya sebelum itu. Dan yang paling aku bersyukur ialah dia dapat menunaikan haji dalam umur yang muda.... 40 tahun. Empat tahun lepas itu dia meninggal. Hajat untuk pergi umrah bawa anak tak kesampaian.. sebab itu aku bawa anak2 aku pergi umrah lepas dia meninggal.

Anak2 patut bersyukur sebab telah dapat pergi ke tempat yang memang susah nak sampai. Maknanya kita semua sudah jadi tetamu Allah. Maka apa yang kita dapat di sana tu hendaklah diamalkan. Jangan pandang mudah saja.

Solat tarawekh ni ada dalam bulan Ramadhan saja. Tentu ada rahsia kenapa dia ada di bulan puasa aje. Kita tak tau hikmahnya. Sebab itu kita patut rebut peluang ini .Lebih2 lagi 10 malam yang akhir , ada malam lailatuiqadar pula. Kenalah banyak beramal, sebab dalam hidup ini kita tak tau apa kesudahan hidup kita, apa yang akan jadi buruk baik, sebab itu kena banyak berdoa.

Sebenarnya dah lama betul aku tak membuka blogku ini. Sebelum ke umrah dulu memang sibuk sikit. Dah balik umrah pula aku banyak tidur dek letih yang amat.
Ni dah malam aku akan sambung menulis ni esok. Insyaallah.