Thursday, October 1, 2009

Marhaban ya marhaban

Hari ni hari keduabelas Raya. Dah dua ari aku mengikuti kumpulan merhaban ni beraya ke rumah2 rakan kumpulan termasuk rumah2 jiran terdekat. Hari ni aku baru nak mula puasa sunat. Sebenarnya masih ramai lagi yang belum habis puasa sunat termasuk aku. Berpuasa sambil bermarhaban ni memang mencabar, letih.... tapi rezeki murah. Setiap rumah yang dikunjungi akan membekalkan kita dengan apa2 juadah yang disediakan . Bila balik berbungkus2 makanan dibawa balik. Jadi tak payah nak masak utk berbuka apa lagi kalau dah sorang macam aku ni. Kadang2 tak temakan.

Banyak menfaatnya ikut merhaban Raya ni. Silaturrahim terjalin , kalau tak raya memang tak ziarah rumah kawan2 ni. Dalam pada tu sambil2 berselawat tu mata meliar melihat perhiasan rumah orang2 yang banyak duit dan rumah besar. Wau kadang2 aku terpesona dengan kecantikan rumah2 mereka siap perhiasan sekali. Dalam ati berkata " untungnya mereka dapat buat rumah besar dan perabut2 cantik." .... Itu adalah bisikan syaitan ...dan cepat2 aku beristighfar. Aku kena alihkan pandangan aku pulak ke rumah yang kecil dan biasa aje. Walau apa pun sebagai manusia aku juga ingin memiliki rumah sebegitu, cuma rezeki aku dah segitu , maka apa yang aku ada sekarang aku patut bersyukur. Ada orang sampai la ni tak ada rumah masih menyewa lagi. Maka apa yang kita ada sekarang patut dihargai.

Ada banyak ari lagi merhaban ni. Rumah aku gilirannya ialah pd hari khamis 8 Okt. Sekarang ni aku dah fikir nak buat apa. Rumah pertama selalunya kena buat makanan berat sikit. Masalahnya aku tak ada kakitangan. Ada tak ada kena pujuk Yana ...tolong mak e yaYana....

Tadi marhaban sampai 9 buah rumah, penat . Semalam 5 buah. Tak tentu sebab kadang2 ada yang tunda ke hari lain. Walau apa pun penat ke, letih ke, aku rasa seronok dapat jumpa rakan2 lain dari berbagai2 golongan hidup. Rasanya yang bekerja baik hanya aku dan seorang lagi kawan aku. Yang lain (yg menjadi ahli kumpulan marhaban itu) kebanyakannya tidak bekerja. Jadi dengan bercampur gaul dengan mereka dapat menambah lagi pengalaman hidup kita.
Ada rumah yang kami kunjung itu kecil dan buruk aje, tapi hidangannya enak. Oleh kerana rumah kecil ada yang duduk luar aje, jadi kalau nak makan tu tunggu giliran , mana yang dah makan kena duduk luar pulak. Bila tengok rumah yang kecil gitu aku menjadi sedar diri, bahawa ada lagi orang yang nasibnya nampak tak begitu baik, aku kena bersyukur banyak2.

Dalam pada itu ada juga rumah2 yang bertutup tiada penghuni biasanya dah meninggal atau uzur lalu tinggal dengan anak2 di tempat lain. Dulu mereka ahli kumpulan kami. Melihat itu aku rasa sedih, begitulah nasib rumah apabila tuannya tiada. Kalau mati rumah itu walau sebesar dan seindah mana akan tinggal juga. Yang dibawa ialah amal ibadah kita.

No comments: