Friday, April 9, 2010

Mohd Ilham Syukri

Terharu dan sayu aku bila mendengar kalimah2 Allah yang dibaca oleh Ilham Syukri waktu solat Maghrib tadi. Hampir 90% bacaannya itu betul. Sejak dia bersekolah tahun 2010 ni banyak ilmu yang diperolehinya dan dia semakin matang.Aku katakan demikian kerana budak ini lima tahun belum pandai bercakap lagi. Bila masuk Tadika 2 tahun boleh pulak dia bercakap walaupun tak betul ayat2nya. Tahun 2010 ni dia bersekolah pagi dan Agama dan ruang masa antara itu mak dia antar dia ke tadika Islam. Di situlah dia belajar mengaji dan solat.

Kanak2 memanglah seperti kain putih yang mudah diwarnai. Hati mereka terang dan mudah mengingati apa2 yang diajar terutama oleh guru2 di seklolah . Kalau Ilham dah boleh ingat ayat2 lazim 3 QUL. (yang nampak mudah tapi sangat besar pahala dan khasiatnya di sisi Allah SWT) agaknya macammana pulak kalau adiknya yang bijak bercakap tu bersekolah nanti.

Mak bapak kenalah hargai kebolehan anak2 ini. Kita pantau dia hari2 barulah dia boleh ingat betul2. Besar ganjarannya anak2 pandai solat ni. Terutama utk mak bapak. Beruntung mak bapak yang anaknya sempurna bersolat, lebih2 lagi bila mereka sudah tiada nanti. Dan kepada diri sendiri , sudah termaklum bahawa solat itu suatu kewajipan yang tidak ada alasan utk kita tidak melakukannya.

Ilham pun sudah tahu membaca Iqra'. Cuma adalah kelemahan2nya yang lain seperti dia kurang tumpuan waktu belajar, dan dia tidak yakin dengan diri dia. Insyaallah lama2 hilanglah kelemahan2 itu.

Ikhwan Najmi Tiga Tahun

Bukan main manis lagi senyuman tu. Tak ada kerja , dan kebetulan ari tu 6 April, maka aku suruh dia posing. Tapi kat dahi tu ada bedak pulak macam ceti. Bukan senang nak menyolekkan dia ni sebab tak reti diam.
Malam tu kami makan luar ( memang selalu makan kat luar pun) . Tapi malam tu special sikit sbb ada potong kek kat warong tu. Nak potong kek ni pun susah juga, sbb si abang pun nak potong juga. Potong, potong, potong.... dah lama tak dengar lagu tu.




Ini Ikhwan Najmi bergaya dengan basikal hadiah busu dia. Dia dapat hadiah abang dia pulak merajuk nak hadiah jugak. Apalah Ilham Syukri ni.....


Tengok abam ( dia tak reti sebut ng) kita dapat adiah basikal. Kaki belum sampai tu....kena tarik kaki tu biar panjang.
Selamat panjang umur Adik. Semoga kepintaran Adik sekarang ni akan berkekalan hingga besar.
Amin...




Bersiar2 di Kpg Morten

Kampong Morten nama yang tak asing lagi bagi org Melaka. Walau pun aku pernah tinggal di Melaka 10 tahun dulu (72-81), tapi tak pernah pun aku ingin nak tengok tempat ni sbb dulu tak ada apa istimewanya tempat ni.

Tapi sekarang dia dah menjadi salah sebuah tempat bersejarah yang dilawati pelancung. Tengoklah begitun cantik dia di waktu malam.Rumah2 di situ seolah2 disaluti lampu2. Terang benderang . Tabik pada kerajaan negeri Melaka kerana bijak mengekspos tempat2 begini.

Malam minggu lepas kami ambil kesempatan berjalan2 di Kpg Morten tu. Memang cantik. Bersih dan terjaga rapi. Dia terletak di pinggiran sungai Melaka yang tak henti2 dilalui oleh bot2 yang membawa penumpang2. Kami pernah melayari bot itu dengan bayaran RM 10 sorang.Best.


Nampak kejauhan tu ialah Hospital Putera yang aku pernah bermalam 5 malam di situ. Pemandangan dari hospital tu pun cantik . Aku boleh nampak sungai Melaka dan Kpg Morten tu dan Eye On Malaysia.

Dah pukul 11 malam pun masih ada lagi bot2 yang membawa penumpang.




Dan cucu2 aku pun tak mengantuk dibawa berjalan2 malam2 begini.
Mailah datang ke Melaka. Banyak tempat yang boleh dikunjungi






Iman Danial dan Imran Hafiez