Monday, September 28, 2009

Raya 2009

Cepatnya masa berlalu. Aku rasa penat menguruskan majlis kawin Amat tu belum hilang, tiba2 dah Raya. Dan peristiwa demam dan kemudian duduk hospital 6 hari tu masih segar dalam ingatan, maka tetiba dah Raya.... dah Raya kesembilan ari ni. Cepatnya masa berlalu.....

Macam biasalah bila Raya ni penat duduk dapur aje... Bulan puasa tahun ni aku banyak di rumah Suria. Minggu akhir baru balik rumah. Terawikh buat kat umah aje... Tahun ni Diat balik kedah dan Amat KL. Nasib baik dua anak perempuan aku tak kemama2 , sorang memang suaminya org BP, rumahnya sekangkang kera aje dari rumah aku. Dan sorang lagi memang tak akan balik beraya rumah mertua sebab mereka tak sambut Raya. Itu advantage bagi aku....

Biasalah Raya pertama adik ipar aku dan jiran2 keliling datang rumah. Memang sibuk dan petang baru dapat beraya di rumah akak2 aku di Rengit & Pontian. Raya kedua kami ke JB rumah mak mertua aku dan ipar2 aku di sana. Tahun ni dah bertambah rumah nak diziarah iaitu rumah sedara belah isteri Amat. Bertambahlah silaturahim kami.

Raya ketiga dan keempat anak2 saudara datang ..... memang ramai.... ditambah sepupu2 arwah suami aku dari KL. Memang penat tapi seronok. Orang ziarah kita bermakna orang ingat dan suka kat kita.

Raya keempat Diat sampai dari Kedah, bermakna semua anak2 cucu aku ada di rumah ari tu.
Raya kelima kami bergambar ramai2 di studio gambar.

Hari Sabtu Diat balik Bangi dan aku dan anak2 perempuan ke Melaka menghadiri majlis kawin anak kawan . Sebenarnya dia ni dulu menjaga anak2 aku waktu kecil di Melaka . Setiap kali aku buat kenduri kawin dia mesti datang. Jadi budi baik orang tu mestilah dikenang kan... Rumah dia kat Bertam Hulu Melaka. Ada sebab lain yang aku nak pg juga iaitu dulu arwah suami aku pernah mengajar di Sekolah Bertam Hulu ni... Dulu sekolah tu kecil aje sekarang dah cantik dan bangunan pun dah bertambah. Jadi bila tengok sekolah tu teringat balik waktu dulu2 ... dia pg sekolah naik motor aje ( sebelum beli kereta ) berulang alik dari Klebang ke Bertam Hulu.

Dari Bertam Hulu Intan terus balik ke UK. Aku singgah solat di rumah Suria dan kemudian beraya pulak di rumah babysitter Ikhwan Najmi. Sampai rumah jam 10.00 malam.

Ahad, sebelum balik aku ajak Suria ke kubur suami aku. Lepas maghrib mereka balik ke Melaka.

Aku meneruskan rutin hidup seperti biasa....

3 comments:

armanshida said...

Salam..Buat Mak e yg dikasihi..Salam aidilfitri buat Mak e sekeluarga..terkenang raya taun lepas Mak e..buat bar b q..taun ni kita tak dpt bersama..sedih rasenye raya sorg di libya..Seronok membaca cacatan memori raya,walaupun penat tapi rasenye meriah dapat berkumpul bersama..Ketabahan Mak e menjalani kehidupan seharian amat dikagumi..
Semuga sama kita mendapat keredahaanNye..Amin..

Rasenye cukup disini dulu..muga diizinkan Allah kita berjumpe di aidiladha..
Salam dari perantau di Libya

sisdee said...

selamat hari raya mak E...maaf zahir batin dari dayah, samsol, syahmi n sarah :D

Atuk said...

Maman buat mak e sedih aje.. macam mak e pulak yang ada di rantau orang. Mak e pun kagum dengan ketabahan maman sanggup tingalkan keluarga demi masa depan. Mak e doakan semoga maman selamat di sana, sehat dan semoga satu hari nanti maman mencapai apa yang maman cita2kan. Kena sabar dan tawakal kepada ASW. Selamat Hari Raya dari mak e sekeluarga.