Saturday, October 24, 2009

Ragam Manusia

Hari ini Sabtu 24 Okt.09. Ada 2 undangan yang aku patut pergi. Pertama undangan majlis pernikahan anak En.Hamid Bakri , jiran aku lat 2 rumah dari rumah aku. Nama anak dia tu Adlina dipanggil Ed saj. Masa kecik2 dulu selalu datang rumah aku main dengan anak aku dan selalu tolong pembantu aku kat dapur. Badan dia ni montel. Skarang dah besar dan nak kawin. Aku tengok badan dia montel macam tu juga dan suaminya tu pun montel juga. Kat majlis ni aku jumpa kawan lama adik En Hamid ni, dulu sama mengajar di BP. Walau lama tak jumpa, mereka ni ramah . Kepada Ed aku ucapkan tahniah. Dengan khabar majlis sanding akan diadakan selepas Raya Haji bersaing dengan adik dia Johan. Mereka yang dulu kecil dah besar dan dah kawin... cepatnya masa berlalu.

Undangan kedua ialah majlis kenduri kawin saudara belah suami aku, Habibah, di Simpang Lima pt Sulung BP.Aku pegi dengan adik ipar aku ( merangkap reporter) . Disebabkan dia ni reporter maka di sepanjang jalan tu tak renti2lah dia bercerita. Ada2 saja modalnya. Aku hanya dengar dan sesekali menyampuk.

Sampai di rumah pengantin susah nak dapat parking. Last2 aku park depan rumah orang ( deretan rumah2 semi D ) . Tiba2 tuan rumah keluar dan cakap ada kereta nak masuk. Aku angkat tangan, senyum dan nak cari tempat lainlah. Nasib baik adik ipar aku tu kenal pulak kat tuan rumah tu.. jadinya tuan rumah kata tak apalah ( maknanya boleh park depan rumah dia sebab kenal ) Nasib baik. Itu gunanya jadi reporter. Ada baiknya.

Selesai makan aku jumpa tuan rumah. Oleh kerana mereka orang Segamat , tentu adik ipar aku ni banyak kenal orang. Maka kami masuk rumah bual2 dengan emak tuan rumah. Wah orang Segamat bual memang tak boleh brenti. Susah juga nak ajak adik ipar aku ni balik. Maklumlah nak cari berita..

Dalam perjalanan balik baru aku tau yang mak tuan rumah tu dah bercerai dengan suaminya ( bapak tuan rumah). Yang geli hati tu dua2 ada hadir, cuma bapak tuan rumah duduk luar , mak tuan rumah duduk dapur. Padanlah bila aku ajak keluar dia tak mau. Katanya dah lama mereka bercerai . Dan lagi geli hati aku mereka duduk berjiran di segamat. Masing2 tak kawin lagi pulak tu... aku yang pandai2 kata suruh mereka rujuk balik. Agaknya kalau aku tanya mak mertua aku sebab mereka bercerai, tentu dia tau sebab2nya.

Demikian ragam manusia . ... itu baru sikit , kalau aku rajin berjalan dengan adik ipar aku ni tentu banyak lagi ragam2 manusia yang aku dapat. Apa pun tabik pd mak bapak tuan rumah sebab walau dah tak bersama anak2 masih menghormati mereka, dan masing2 tak cari ganti pulak tu.

Friday, October 23, 2009

Kasih Sayang

Dah tiga malam aku berada di rumah. Minggu lalu aku di rumah anak aku Melaka. Sebelum tu kami ke Bangi , Diat buat makan2 utk adik beradik dan sepupu2. Makan satey dan mee goreng. Dapatlah aku jumpa abang aku yg dekat Seremban tu yang aku panggil dia ngah, dan jumpa anak2 saudara yang lain. Bila jumpa2 begitu hilanglah rasa sunyi , kami kalau jumpa memang suka cerita2, mengenang nasib ( ngumpat lagi senang ) lawak2 dlllah. Bukan senang nak jumpa bila dah masing2 bertugas dan duduk pun jauh2. Rasanya aku lebih banyak jumpa adik2 ipar aku dpd jumpa abang2 aku sendiri. Abang2 aku tu masing2 dengan cerita merekalah.. banyak pantang larang bila nak ziarah rumah adik2 agaknya.... biarlah ....

Sebelum balik Suria buat juga makan2 ajak kawan2 sePoli dia . Aku pun ajak kawan aku yg kat Melaka tu yg dah macam adik beradik dng aku. Dulu kami mengajar sama sekolah dan suami dia pun sama dengan suami aku satu sekolah. Mereka bertemu jodoh pun kami yg jadi orang tengahnya. Itu yang menjadikan kami rapat bagai saudara sendiri. Sekarang masing2 dah tiada dan kami tinggal jadi ibu tunggal. Kami redha dengan ketentuan Allah ini.

Kisah2 lama memang seronok utk dikenang. Yang sedih pun ada. Aku teringat kepada bapak saudara aku yang aku panggil Lek Amat. Lek tu bahasa jawa maknanya pak cik atau mak cik. Isterinya aku panggil Lek Siti. Dia adik bapak aku. Aku nak ceritakan bagaimana patuh dan baiknya mereka berdua ini. Bapak aku Mohd Noh , kadang2 orang panggil Lek Noh ada juga panggil Pak Long Noh. Bapak aku spoting orangnya , tapi Lek Amat ni lain sikit. Agaknya sebab pendidikan yang berbeza. Bapak aku speaking, tapi Lek Amat speaking juga...speking Jawa.

Bapak aku tak ada masalah dalam menghantar anak2nya ke sekolah. Sebab itu abang aku yg tua belajar sampai SITC ( sekarang UPSI ) dan jadi guru. Wah tahun itu , tahun 50han jadi cikgu memang hebat, ramai anak2 dara ngintai2 kat abang aku tu. Jadinya semua adik beradik aku bersekolah, paling tidak sampai darjah 6. Dan aku bernasib baik dapat terus ke U. Tapi Lek Amat ni pulak tak gitu pemikirannya. Anaknya yang tua baya aku, perempuan, dapat menyambung ke sekolah menengah. Masa tu mana ada SM di kampung, jadi kena g BP, bertambanglah jawabnya. Inilah yang jadi masalah bapak saudara aku tu... Last2 sepupu aku tu berhenti sekolah . Walaubgmana pun adik2nya ada juga sorang tu sampai U dan ada 2 orang jadi guru maktab.

Dan aku teringat bagaimana rapatnya mereka adik beradik ni. Setiap Jumaat Lek Amat akan datang ke rumah aku dengan beca roda tiganya utk ambil bapak aku solat Jumaat. Dan dalam bulan2 puasa setiap malam dia akan bawa bapak aku solat terawih. Nak ikutkan adalah 1 km jarak rumah aku dengan rumahnya dan mesjid tu letaknya antara rumah kami. Dulu manalah ada kereta, paling kaya orang ada basikal..

Bila aku inga2 kisah dulu memang seronok, hidup aman walau tak kaya. Persaudaraan sangat rapat. Kini dua2 beradik tu dah tak ada lagi, emak aku pun dah meninggal. Yang ada ialah Lek Siti , tinggal di Benut dengan anak2. Itulah saja saudara rapat dari sebelah bapak aku yang masih ada. Sebab itu setiap raya aku mesti menziarahi mereka.

Kehidupan dahulu dengan sekarang amat berbeza . Banyak kenangan2 lama yang membuatkan aku rindu dan sayu....

Friday, October 16, 2009

Masam-masam Manis

Lama benar aku tunggu gambar2 kawin Amat ni. Last2 dapat juga dari menantu aku . Maka inilah aku rakamkan serba sikit apa yang terjadi pd hari tu.

Atas tu anak aku Akhdiat, dialah ganti ayah dia.... tu dia tengah salam kaut tu.. bukan main kuat pegang tangan tetamu tu...itu pun bukan orang lain sedara aku juga sebelah bapak aku.
Sampai pun pengantin... tengoklah semua rupa arab kan ... mereka bermalam kat Hotel Sea View BP

Ini minum air jampi ....muda2han kekal perjodohan hingga ke akhir hayat, hingga ke anak cucu. Yang nampak kat belakang tu ialah mak mertua Amat.


Inilah penyambut2 pengantin .... Amat tengah salam dengan mokteh dia tu (adik suami aku). Dengan dia ni mesti salam sebab dia ni reporter terkenal di BP. Kalau tak salam berita tak masuk paper nanti...



Ini pulak big bos dari JB ..suami akak ipar aku. Nampak kepala belakang Amat tu anak sedara aku, sepupu Amat. Masih bujang oi....Azli namanya dia ni kembar, kembarnya Azlan.


Mak pengantin, akak pengantin dan akak ipar pengantin sama2 mengaminkan doa agar semuanya selamat .Tangan siapa pulak yang menyebuk tuu.


Wah pengantin makan sampai tak nampak jiran ye.. Itu anak2 kak Jah jiran aku, Mas, Jun dan Yati.Sebagai jiran, mereka ni bagus.

Kami dah makan, boleh tak kami pg jalan2 bergambo kat tempat lain....?


Oh main cak2 pulak pengantin ni... macam cerita tamil pulak

Ok lah dah penat kami berposing , kami baliklah ya...


Senyum kemenangan atas kesetiaan dan kesabaran. Mak doakan semoga panjang umur dan perjodohan, dimewahkan rezeki dan segera dapat cahaya mata.


Monday, October 12, 2009

KEUTAMAAN SOLAT

24 12 2007
Gugur iman jika sengaja tinggalkan solatPosted by: nurjeehan in Akidah, Ibadah & Doa, Motivasi, Tafakur (Muhasabah), Taubat, Tazkirah
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus


NABI Muhammad SAW pernah ditanya apakah Islam, lantas Baginda menjawab:
“Islam itu dibangunkan atas lima perkara, syahadah bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa pada bulan Ramadan dan haji ke rumah Allah (Baitullah).” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)


Tidak seperti ibadat lain, kewajipan solat diwahyukan terus kepada Nabi Muhammad SAW pada malam berlakunya peristiwa Israk Mikraj tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril sebagaimana dijelaskan oleh Malik bin Anas: Pada malam Israk difardukan kepada Nabi SAW solat sebanyak 50 kali, kemudian dikurangkan hingga lima kali (sehari) kemudian diseru (oleh Allah), “Wahai Muhammad! Sesungguhnya ketetapan-Ku tidak akan diubah. Dan bagimu dengan solat lima kali (sehari) akan mendapatkan pahala sebanyak solat lima puluh kali.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

Ini menunjukkan keagungan dan keistimewaan ibadat solat melebihi ibadat lain. Solat juga adalah tiang asas bagi agama Islam dan jika tiang itu runtuh maka runtuhlah segala-galanya berkaitan agama.

Begitulah tingginya martabat ibadat solat di sisi Islam. Tidak menghairankan jika perkara yang mula dihisab pada hari akhirat nanti adalah solat. Jika seseorang itu tidak bersolat, maka sia-sialah segala amal ibadatnya yang lain.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya yang pertama kali dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat daripada amalnya ialah solatnya, jika solatnya itu adalah baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jika amal solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)


Oleh itu, umat Islam perlu memberi perhatian tinggi terhadap kesempurnaan ibadat solat kerana implikasinya terhadap diri kita begitu besar. Namun, sayang seribu kali sayang, masih ramai kalangan umat Islam melalaikan solat.

Saturday, October 10, 2009

Bacalah.....


Aku terpanggil untuk membaca dua buah buku tulisan bestseller Prof.Dr. Muhd Kamil Ibrahim

Mula2 aku nampak buku2 ni di rumah adik aku di Tmn Koperasi. Dia suruh aku baca. Masa tu aku macam tak sempat aje nak baca. Lepas tu aku lupa hal buku ni. Satu hari aku ke kedai buku Intan, lalu aku teringat buku2 ni. Malangnya buku tu dah habis -kena order. Maka kenalah aku tunggu buku tu sampai.
Dalam bulan Puasa baru aku dapat buku ni dan aku pun membacanya.. Mula2 aku baca Travelog Haji , Mengubah Sempadan Iman. Wah ... Aku tak tau dapat nak gambarkan apa yang aku rasai ketika membaca dan setelah habis membaca buku ini. Aku Tak boleh berenti membacanya. Kalau berenti kerana urusan lain, tak sabar pula nak menyambung semula. Ini kisah dan pengalaman penulis sebelum ,sedang dan selepas mengerjakan Haji .Aku menunaikan Haji tahun 1987, dan aku tertanya2 apakah persiapan aku untuk menunaikan ibadah Haji tu cukup atau sekadar sikit2 aje. Terasa kecil benar persediaan aku dibandingkan dengan penulis.
Walau apa pun aku sentiasa bersyukur dengan kada' dan kadar yang telah aku terima. Yang aku terima ialah setelah kembali dari menunaikan ibadah itu aku melalui ujian yang besar dan berbagai2 lagi ujian yang seterusnya ketika membesarkan anak2 bersendirian.
Alhamdulillah , walaupun perjalanan hidup ini belum selesai , untuk setakat ini aku bersyukur di atas segala nikmat yang Allah berikan.
Kembali pada buku2 di atas, aku tak boleh cerita panjang2 isinya. Aku syurkan anak2 atau sesiapa saja beli dan bacalah buku2 ini. Apa2 perasaan yang timbul dalam hati nurani setelah membaca buku2 ini hanya pembacanya saja yang tau. Yang penting dalam buku ni banyak benar pengajaran yang sangat berguna kepada kita semua terutama kpd bakal2 Haji/Hajjah. Aku telah menghadiahkan kepada anak2 aku tiap2 orang dengan buku2 ini. Mudah2han mereka akan membacanya....dan mendapat manfaat dari apa yang ditulis oleh penulis buku ini.
Belilah dan bacalah......mudah2an dapat mengubah sempadan iman kita.

Thursday, October 1, 2009

Marhaban ya marhaban

Hari ni hari keduabelas Raya. Dah dua ari aku mengikuti kumpulan merhaban ni beraya ke rumah2 rakan kumpulan termasuk rumah2 jiran terdekat. Hari ni aku baru nak mula puasa sunat. Sebenarnya masih ramai lagi yang belum habis puasa sunat termasuk aku. Berpuasa sambil bermarhaban ni memang mencabar, letih.... tapi rezeki murah. Setiap rumah yang dikunjungi akan membekalkan kita dengan apa2 juadah yang disediakan . Bila balik berbungkus2 makanan dibawa balik. Jadi tak payah nak masak utk berbuka apa lagi kalau dah sorang macam aku ni. Kadang2 tak temakan.

Banyak menfaatnya ikut merhaban Raya ni. Silaturrahim terjalin , kalau tak raya memang tak ziarah rumah kawan2 ni. Dalam pada tu sambil2 berselawat tu mata meliar melihat perhiasan rumah orang2 yang banyak duit dan rumah besar. Wau kadang2 aku terpesona dengan kecantikan rumah2 mereka siap perhiasan sekali. Dalam ati berkata " untungnya mereka dapat buat rumah besar dan perabut2 cantik." .... Itu adalah bisikan syaitan ...dan cepat2 aku beristighfar. Aku kena alihkan pandangan aku pulak ke rumah yang kecil dan biasa aje. Walau apa pun sebagai manusia aku juga ingin memiliki rumah sebegitu, cuma rezeki aku dah segitu , maka apa yang aku ada sekarang aku patut bersyukur. Ada orang sampai la ni tak ada rumah masih menyewa lagi. Maka apa yang kita ada sekarang patut dihargai.

Ada banyak ari lagi merhaban ni. Rumah aku gilirannya ialah pd hari khamis 8 Okt. Sekarang ni aku dah fikir nak buat apa. Rumah pertama selalunya kena buat makanan berat sikit. Masalahnya aku tak ada kakitangan. Ada tak ada kena pujuk Yana ...tolong mak e yaYana....

Tadi marhaban sampai 9 buah rumah, penat . Semalam 5 buah. Tak tentu sebab kadang2 ada yang tunda ke hari lain. Walau apa pun penat ke, letih ke, aku rasa seronok dapat jumpa rakan2 lain dari berbagai2 golongan hidup. Rasanya yang bekerja baik hanya aku dan seorang lagi kawan aku. Yang lain (yg menjadi ahli kumpulan marhaban itu) kebanyakannya tidak bekerja. Jadi dengan bercampur gaul dengan mereka dapat menambah lagi pengalaman hidup kita.
Ada rumah yang kami kunjung itu kecil dan buruk aje, tapi hidangannya enak. Oleh kerana rumah kecil ada yang duduk luar aje, jadi kalau nak makan tu tunggu giliran , mana yang dah makan kena duduk luar pulak. Bila tengok rumah yang kecil gitu aku menjadi sedar diri, bahawa ada lagi orang yang nasibnya nampak tak begitu baik, aku kena bersyukur banyak2.

Dalam pada itu ada juga rumah2 yang bertutup tiada penghuni biasanya dah meninggal atau uzur lalu tinggal dengan anak2 di tempat lain. Dulu mereka ahli kumpulan kami. Melihat itu aku rasa sedih, begitulah nasib rumah apabila tuannya tiada. Kalau mati rumah itu walau sebesar dan seindah mana akan tinggal juga. Yang dibawa ialah amal ibadah kita.

Anak-anak - Belajarlah bersyukur.....

Macam2 cerita dan peristiwa yang terjadi sekarang ni.. kadang2 rasa pelik dan terkejut , rasa marah pun ada dengan kerenah orang2 sekarang terutama yang bergelar anak2 ni. Kalau cerita2 artis tu senang nak tau, baca akhbar, dengan berita , tengok melodi, dan apa2 rancangan dari tv. Tapi kisah dan cerita anak2 ni alih2 meletop2 aje macam mercun...

Aku ni selalunya jadi pemerhati kepada peristiwa2 yang berlaku. Ada juga aku diamanahkan utk simpan cerita2 tu, maka aku simpanlah. Ada juga yang aku tak tahu, dan bila dapat tau dari sumber2 tertentu , maka terkejutlah aku. Sebenarnya kadang2 kita ni tak baik juga. Berjalan ke rumah anak2 buah bila balik kita bawa cerita dalam rumah mereka . Aku rasa tak patutlah kita buat gitu. Itu namanya mengumpat. Dan anak2 ni pun satu juga. Kalau orang tua datang ziarah rumah tu pandai2lah bawa diri...

Dalam tempoh setahun ni iaitu dari Raya 2008 membawa Raya 2009 ada beberapa peristiwa yang berlaku. Ada yang baik dan ada juga sebaliknya. Ada orang tu bertemu jodoh dengan orang yang ditunggu2nya bertahun2. Kalau jodoh tak kemana kan.... Orang ni patut bersyukur kehadrat ASW dengan seribu kesyukuran kerana penantian yang mungkin melebihi 10 tahun itu berakhir dengan kemenangan. Sekarang ni pandai2lah mengendalikan kehidupan berumahtangga. Kena sabar dalam segala hal. Cuma cepat2lah dapat anak sebab umur dah banyak tu....

Raya tahun lepas aku ziarah rumah anak buah yang kehidupan mereka aku lihat bertambah baik, nampak mewah. Aku tumpang suka. Yalah kalau anak2 buah senang kan kita tumpang senang juga. Kalau mereka susah takut2 kita kena tempiasnya, manalah tau alih2 dia call kita...
.... faham kan. Aku pernah kena gitu... tapi aku buat macam2 alasanlah. Aku sendiri pun bukan ada simpan RM ribu2 macam RK...Aku cuma pesan pd anak buah tu ..,' kalau kita nak senang memang mudah, tapi kalau nak susah pun mudah juga, jadi kena hati2lah..'
Tapi tahun ni alih2 aku dengan cerita lain pulak.... cerita yang aku memang tak mau dengar..tapi aku dah dapat agak sebab masa aku buat kenduri kawin ogos lalu dia tak datang dan ada lagilah yang aku dengar dari mulut lain cerita2 mereka..

Ada sorang anak buah aku tu sanggup tinggal keluarga sebab nak perbaiki ekonomi keluarga. Aku yang sedih .. yalah sebab aku ni kan dah kena tinggal suami jadi aku tau benar macammana rasa berjauhan orang yang kita sayangi. Aku tabik pd anak buah ni dan aku doakan supaya rezekinya murah dan ditetapkan iman semoga berjaya dalam cita2. Masuk tahun ni dah setahun dia ke Libya...Ada setahun lagi ...

Cerita yang paling hot sekarang ialah kisah pasangan yang tak ada ujan tak ada ribut alih2 b.....
Yang aku dengar beria2 nak b.... tu pasangan lain. Aku tak taulah apa yang berlaku antara mereka. Cuma aku terkilan kerana dah begitu lama berdua2 dah ada anak , sanggup b.... Besar sangat ke masalah mereka hingga mengambil keputusan begitu. Sanggup ke hidup bersendirian lepas ni dengan nak jaga dua anak yang sedang membesar. Masalah anak nanti satu bab juga..

Aku hanya pandai berkata, berfikir dan utk menasihat kalau diminta tu bolehlah juga. Tapi dalam bab2 begini mereka tak cerita pun pada aku, segan agaknya. Yalah mak bapak mereka lebih layak menasihat daripada aku.

Aku cuma boleh buat kesimpulan iaitu dalam hidup ni kita kena banyak berfikir berfikr dan berfikir sebelum melakukan sesuatu. Dalam pada itu musibah selalu menimpa kerana kita lalai dengan perintah ASW. Dalam senang kita lupakan Allah, dah susah baru ingat. Anak2 sekarang memang banyak yang lalai, mementingkan dunia , kalau solat tu dah ujung2 waktu baru nak solat. Sibuk memanjang. Ya Allah aku sentiasa berdoa semoga hati anak2 ni akan lembut dan terbuka dalam mentaati perintah ASW. Susah dan senang dalam kehidupan ini adalah ujian dari Allah.
Hanya orang yang sabar aje yang akan berjaya ...

Kepada anak2 aku sendiri aku harap mereka akan sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan selama ini....tanda kita bersyukur itu ialah dengan mengerjakan segala perintah AllahSW...