Friday, October 23, 2009

Kasih Sayang

Dah tiga malam aku berada di rumah. Minggu lalu aku di rumah anak aku Melaka. Sebelum tu kami ke Bangi , Diat buat makan2 utk adik beradik dan sepupu2. Makan satey dan mee goreng. Dapatlah aku jumpa abang aku yg dekat Seremban tu yang aku panggil dia ngah, dan jumpa anak2 saudara yang lain. Bila jumpa2 begitu hilanglah rasa sunyi , kami kalau jumpa memang suka cerita2, mengenang nasib ( ngumpat lagi senang ) lawak2 dlllah. Bukan senang nak jumpa bila dah masing2 bertugas dan duduk pun jauh2. Rasanya aku lebih banyak jumpa adik2 ipar aku dpd jumpa abang2 aku sendiri. Abang2 aku tu masing2 dengan cerita merekalah.. banyak pantang larang bila nak ziarah rumah adik2 agaknya.... biarlah ....

Sebelum balik Suria buat juga makan2 ajak kawan2 sePoli dia . Aku pun ajak kawan aku yg kat Melaka tu yg dah macam adik beradik dng aku. Dulu kami mengajar sama sekolah dan suami dia pun sama dengan suami aku satu sekolah. Mereka bertemu jodoh pun kami yg jadi orang tengahnya. Itu yang menjadikan kami rapat bagai saudara sendiri. Sekarang masing2 dah tiada dan kami tinggal jadi ibu tunggal. Kami redha dengan ketentuan Allah ini.

Kisah2 lama memang seronok utk dikenang. Yang sedih pun ada. Aku teringat kepada bapak saudara aku yang aku panggil Lek Amat. Lek tu bahasa jawa maknanya pak cik atau mak cik. Isterinya aku panggil Lek Siti. Dia adik bapak aku. Aku nak ceritakan bagaimana patuh dan baiknya mereka berdua ini. Bapak aku Mohd Noh , kadang2 orang panggil Lek Noh ada juga panggil Pak Long Noh. Bapak aku spoting orangnya , tapi Lek Amat ni lain sikit. Agaknya sebab pendidikan yang berbeza. Bapak aku speaking, tapi Lek Amat speaking juga...speking Jawa.

Bapak aku tak ada masalah dalam menghantar anak2nya ke sekolah. Sebab itu abang aku yg tua belajar sampai SITC ( sekarang UPSI ) dan jadi guru. Wah tahun itu , tahun 50han jadi cikgu memang hebat, ramai anak2 dara ngintai2 kat abang aku tu. Jadinya semua adik beradik aku bersekolah, paling tidak sampai darjah 6. Dan aku bernasib baik dapat terus ke U. Tapi Lek Amat ni pulak tak gitu pemikirannya. Anaknya yang tua baya aku, perempuan, dapat menyambung ke sekolah menengah. Masa tu mana ada SM di kampung, jadi kena g BP, bertambanglah jawabnya. Inilah yang jadi masalah bapak saudara aku tu... Last2 sepupu aku tu berhenti sekolah . Walaubgmana pun adik2nya ada juga sorang tu sampai U dan ada 2 orang jadi guru maktab.

Dan aku teringat bagaimana rapatnya mereka adik beradik ni. Setiap Jumaat Lek Amat akan datang ke rumah aku dengan beca roda tiganya utk ambil bapak aku solat Jumaat. Dan dalam bulan2 puasa setiap malam dia akan bawa bapak aku solat terawih. Nak ikutkan adalah 1 km jarak rumah aku dengan rumahnya dan mesjid tu letaknya antara rumah kami. Dulu manalah ada kereta, paling kaya orang ada basikal..

Bila aku inga2 kisah dulu memang seronok, hidup aman walau tak kaya. Persaudaraan sangat rapat. Kini dua2 beradik tu dah tak ada lagi, emak aku pun dah meninggal. Yang ada ialah Lek Siti , tinggal di Benut dengan anak2. Itulah saja saudara rapat dari sebelah bapak aku yang masih ada. Sebab itu setiap raya aku mesti menziarahi mereka.

Kehidupan dahulu dengan sekarang amat berbeza . Banyak kenangan2 lama yang membuatkan aku rindu dan sayu....

No comments: