Monday, September 28, 2009

Raya 2009

Cepatnya masa berlalu. Aku rasa penat menguruskan majlis kawin Amat tu belum hilang, tiba2 dah Raya. Dan peristiwa demam dan kemudian duduk hospital 6 hari tu masih segar dalam ingatan, maka tetiba dah Raya.... dah Raya kesembilan ari ni. Cepatnya masa berlalu.....

Macam biasalah bila Raya ni penat duduk dapur aje... Bulan puasa tahun ni aku banyak di rumah Suria. Minggu akhir baru balik rumah. Terawikh buat kat umah aje... Tahun ni Diat balik kedah dan Amat KL. Nasib baik dua anak perempuan aku tak kemama2 , sorang memang suaminya org BP, rumahnya sekangkang kera aje dari rumah aku. Dan sorang lagi memang tak akan balik beraya rumah mertua sebab mereka tak sambut Raya. Itu advantage bagi aku....

Biasalah Raya pertama adik ipar aku dan jiran2 keliling datang rumah. Memang sibuk dan petang baru dapat beraya di rumah akak2 aku di Rengit & Pontian. Raya kedua kami ke JB rumah mak mertua aku dan ipar2 aku di sana. Tahun ni dah bertambah rumah nak diziarah iaitu rumah sedara belah isteri Amat. Bertambahlah silaturahim kami.

Raya ketiga dan keempat anak2 saudara datang ..... memang ramai.... ditambah sepupu2 arwah suami aku dari KL. Memang penat tapi seronok. Orang ziarah kita bermakna orang ingat dan suka kat kita.

Raya keempat Diat sampai dari Kedah, bermakna semua anak2 cucu aku ada di rumah ari tu.
Raya kelima kami bergambar ramai2 di studio gambar.

Hari Sabtu Diat balik Bangi dan aku dan anak2 perempuan ke Melaka menghadiri majlis kawin anak kawan . Sebenarnya dia ni dulu menjaga anak2 aku waktu kecil di Melaka . Setiap kali aku buat kenduri kawin dia mesti datang. Jadi budi baik orang tu mestilah dikenang kan... Rumah dia kat Bertam Hulu Melaka. Ada sebab lain yang aku nak pg juga iaitu dulu arwah suami aku pernah mengajar di Sekolah Bertam Hulu ni... Dulu sekolah tu kecil aje sekarang dah cantik dan bangunan pun dah bertambah. Jadi bila tengok sekolah tu teringat balik waktu dulu2 ... dia pg sekolah naik motor aje ( sebelum beli kereta ) berulang alik dari Klebang ke Bertam Hulu.

Dari Bertam Hulu Intan terus balik ke UK. Aku singgah solat di rumah Suria dan kemudian beraya pulak di rumah babysitter Ikhwan Najmi. Sampai rumah jam 10.00 malam.

Ahad, sebelum balik aku ajak Suria ke kubur suami aku. Lepas maghrib mereka balik ke Melaka.

Aku meneruskan rutin hidup seperti biasa....

Saturday, September 5, 2009

Melatih cucu berpuasa

Dah 15 hari kita berpuasa. Alhamdulillah aku dapat meneruskan puasa tanpa masalah. Aku dapat berpuasa di BP. dan kemudian balik semula ke Melaka. Aku nak ceritalah sikit macammana E Am puasa.....

Malam pertama bangun sahur, makan. Lepas tu terus tak tidur, berlari satu rumah dengan Ikhwan. Aku tidur dikejutnya, bangunlah tok , bangunlah tok. Aku cakap dengan dia makan pukul 11 pg. maklumlah nak latih puasa. Nak sampaikan pukul 11 tu macam apa aje... last2 pukul 10 mumy dia bagi makan.

Aku teringat dulu macammana aku dan arwah latih anak2 aku berpuasa. Bangun pagi bukakan video cerita P. Ramlee, memang mereka seronok, minat. Dan mereka kena puasa ikut jadual. Hari pertama kl 10, esok 11 dan seterusnya hingga penuh satu hari. Sama ada mereka curi2 minum atau makan tu, adatlah budak2. Ada satu ketika aku ingat benar, semua tak bangun sahur, kesiangan. Arwah suami aku kata siapa puasa penuh dapat aiskrim kon. Masa tu inilah yang paling best. Maka semua berpuasa, kesian aku tengok Amat, lembik..

E Am macam mana....? Begitulah seterusnya puasa E Am separuh ari aje, lebih2 lagi minggu lepas cuti sekolah. Aku tinggal berdua dengan dia aje... diam2 dia makan coklat. selalunya lepas dia makan aku suruh dia puasa semula.

Tapi semalam E Am puasa betul !!! Di Tadika dia ada kawan2 dia yang puasa jadi dia puasalah
tau malu pulak tu. Sampai rumah kami berkemas nak balik BP. Dia merengek2 juga nak susu.
Puji2 tahanlah juga. Tapi bila masuk kereta aku tengok mulut dia penuh dengan biskut. Rupa2nya dia ambik biskut adik dia .. Cepat2 mumy dia korek mulut dia dan suruh kumur2. Selamat juga. Kira puasalah tu sebab masuk biskut dalam mulut tadi konon2 lupa..Dalam perjalana puas juga nak pujuk dia supaya sabar, mengamuk jugalah dia . Sampai Muar berhenti belikan dia air dan apa2 yang dia naklah dan kami berbuka dalam kereta. Aku suapkan dia mee hoon yang aku goreng kat rumah tadi. Selamat.....

Alhamdulillah sejak ari tu nampaknya E Am dah mula puasa penoh, adalah juga mengamuk tapi pujuk2 habislah juga puasa tu. Rasanya masuk semalam dah 8 hari dia puasa ..alhamdulillah.

Hari ni dah 20 hari umat Islam berpuasa.. dan malam ni dan seterusnya hingga ke malam raya banyakkanlah amal ibadat untuk mengejar Lailatul Qadar. Manalah tau dengan keikhlasan dan kesungguhan kita beribadat ada rezeki kita tahun ni...Bukan apa ...nak minta supaya amal ibadah kita bertambah dan anak cucu dan diri sendiri juga , Allah masukkan ke dalam golongan orang2 yang soleh dan solehah.

Eh aku asyik cerita E am aje.. Afif macam mana ? Afif dah std. 3 , rasanya sejak tahun lepas dia dah puasa penuh. Dia kata tahun lepas dia puasa 25 hari, oklah tu. Cucu aku yang ni pun kuat mengamuk , tak boleh salah sikit , gembing...

Semalam 090909 adalh ari jadi Aisya Zahra ke 5 dan anivesri Diat kartini ke 10. Selamat ari jadi buat Ecah dan selamat meneruskan kehidupan berkeluarga utk Ata dan Tini. Tahun depan ada rezeki lebih boleh belikan mak rantai besar pulak yee....Tapi nak cari rezeki lebih tu jangan sampai lupa ibadah yee...semoga selamat segala2nya.