Monday, January 25, 2010

Alfatehah..

Aku berada di Surau Ar Redzuan semasa menerima sms dpd Lokman mengatakan Sultan Johor kritical .

Malam aku buka berita dan ada disiarkan berita ptg tu baginda dimasukkan ke hospital pakar Puteri JB. Dan Tengku Mahkota Johor , Tengku Ibrahim ( kami biasa sebut Tengku Yim aje )di lantik memangku tahta Johor. Wah ini tentu serius.....

Lepas tu aku tak ikuti lagi perkembangannya.

Esoknya Sabtu aku buka berita jam 8.00... baginda disahkan mangkat pukul 7.15 malam hari Jumaat tu.. dalam usia 77 tahun. Alfatehan utk baginda Sultan yang memerintah Johor dari 1981 - 2010 ...sebaya umur anak aku Intan. Semoga roh baginda dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan roh2 orang2 yang soleh. Rupanya berita kemangkatan baginda disiarkan jam 12 malam tu.

Baginda memanglah seorang raja yang berjiwa rakyat dan selalu mendekati rakyatnya.

Menyaksikan siaran tv mengenai istiadat pemakaman baginda aku teringat masa aku kecik masa sekolah rendah lagi agaknya... aku ikut mak aku ke JB. sama2 duduk kat tepi2 jalan ke makam diraja tu , menunggu perarakan jenazah Sultan Ibrahim ( ninda almarhom Sultan Johor).
Alharhom Sultan Ibrahim mangkat di London dan Jenazahnya dibawa kembali disemadikan dimakam Mahmudiah itu.

Muda2han sultan yang baru ini Tengku Ibrahim dapat meneruskan pemerintahan ayahandanya dengan adil dan saksama.

Aku suka melihat anak Tengku Yim yang handsom dan tak menang tangan membantu menguruskan pemakaman ninda mereka itu...

Monday, January 11, 2010

Sekolah sekarang..

Aku dah cerita pasal Ilham bersekolah pd minggu pertama. Minggu ni apa kisah agaknya. Aku pun dah balik rumah aku kat BP. Nanti kalau dah bosan2 kat rumah aku bjalan lagilah.

Ini aku nak cakap pasal kelengkapan sekolah Ilham. Gambar atas tu ialah buku2 teks dan buku latihan dia. Tengoklah darjah satu dah macam tu banyak bukunya. Mujur dia dapat pinjaman buku teks. Kalau semua pakai beli , parah juga.



Tengoklah adik dia tumpang sibuk, nak pg sekolah juga, nak pakai tie , ada beg sandang, mujur dia tak minta baju putih dan biru macam unifom abang dia.

Utk unifom pulak mak dia belikan 5 helai kemeja dan 3 helai seluar. Taulah budak2 kan , lasak. Tentu tiap2 hari kena salin baju. Kasut ada 3/4 pasang agaknya. Pakaian sekolah agama beli 2 pasang dulu. Lagipun dia sekolah hanya 3 hari seminggu. Cuma masa belajar tu panjang. Beg sekolah aku rasa puluh ringgit jugalah.Siap roda . Budak sekarang yee .. pengaruh luar sangat kuat. Nak2 pengaruh tv.. Beg mesti ada gambar transformer ke, ultramen ke , ben 10 dlllah.



Beg transformer ni aku tak tau berapa lama boleh tahan. Macam2 nak isi dalam tu. Botol air, tempat pensil dan buku2 yang banyak tu.


Mohd Ilham Syukri dengan pakaian sekolah kebangsaan



Mohd Ilham Syukri dengan pakaian sekolah agama

Wah macam masuk pertunjukan pakaian beragam pulak.!!!!




Sunday, January 10, 2010

Piknik d Ulu Yam 3

Akhir tahun 2009 kami isikan dengan berpiknik di Ulu Yam. Ini adalah idea Nani anak saudara aku yg duduk kat Tmn Melawati. Aku sebenarnya tak suka sangat berpiknik2 ni. Yang aku suka ialah kalau tempat tu ada benda2 yang boleh aku cari spt kepah ke, lokan , siput . kalu duduk2 mandi tu tak begitu gemo aku. Tapi orang2 muda memang suka bebeno . Lagi pun nak bawa cucu2 aku tu mandi. Bebudak kan suka mandi laut .

Tempat tu bagus juga , cuma nak turun tu seram sikit, kena turun tangga , jauh jugalah. Ada jembatan gantung pulak. Aku tak kisah tapi ada orang tu takut nak lalu , berpimpin-pimpin macam orang buta ikut gajah jalan.


Tengoklah anak budak dan mak bapak budak berendam. Diat memang tak suka sangat bawak anak2 dia jalan2 macam ni. Sesekali bawak mereka macam ni sukalah mereka. Aisyah tu macam takut aje..

Budak2 ni tak habis2 berendam, macam badak. Ni anak Nani dan kawan2nya. Yang nampak hidung tu tak lain menantu aku Alif.


Mak budak dan anak budak. Nampak tak air terjun kat belakang tu.... Memang cantik dan airnya tentu sejuk.



Iman ni kesejukan.... tapi tak jemu2 berendam.

Ini pun sama juga.


Ai budak kecik ni pun ada juga ya.. Bukan main besar lagi spek tu.

Saya ada lah tuk. .. tapi saya tak mandi takut sejuk. Kan atuk tau kalau mandi mesti saya menangis kuat2. Saya takut jatuh dalam air.Baik saya tidur. Abang dan mak saya tu tak ingat dunia bila nampak air . Baik atuk ada jaga saya.


Badan dah sejuk perut jadi lapar. Apa lagi makanlah. Macam2 yang Nani masak. Nasi lemak, mee goreng, keropok, air teh panas , air oren dll. Dia ni memang suka masak.


Baiklah ada pondok ni dapat juga duduk2.



Dah mandi, dah kenyang , jom balik..

Inilah jambatan gantung tu. cantikkan pemandang sekeliling , hijau.

Tapi sayangnya keadaan yang cantik itu musnah oleh sikap2 orang kita yang tidak bertanggung jawab. Aku tak taulah sapa yang tak bertgjwb tu...adakah pengunjung2 atau penguatkuasa tempat tu. Nampak tu macam ada tong sampah. Tapi kenapa bersipah dan kotor begitu. Mana perginya orang2 yang menjaga tempat tu , sbb masa nak masuk tu kami kena bayar , dewsa rm1 dan bebudak 0.50 sen. Takkan tak nampat keadaan kotor tu ?



Sayang ye... Kat Malaysia ni banyak tempat2 cantik yg boleh dikunjungi. Agaknya keadaan2 inilah yg membuatkan orang Msia tak mau pg tempat sendiri. Balik2 pg Indonesia. Yang kaya raya lagilah .....Eropah, Australia, London, dan lain2 lagilah.

Thursday, January 7, 2010

Kisah Ilham Syukri Bersekolah.

Aku dah lama betul tinggalkan rumah. Aku g Melaka 17 Dis. dng Intan. Hari Ahad Intan balik UK dng Lokman . Aku ikut sekali dng Ilham. Budak ni dah pandai nak jalan kalau cuti. Tahun ni mereka tak balik Sabah bimbang H1N1. Aku dengar Alif menangis , meraung pada 25 Dis. sbb tak dapat raya dengan mak dia ... sampai penuh air laut selat melaka depan rumah dia tu...

Aku ada banyak cerita nak tulis. Tapi tulis kalo tak ada gambar tak syok pulak. Malangnya aku tertinggal kabel hp kat BP. Tapi aku nak tulis juga kisah Ilham ( dah bersekolah ni tak boleh panggil E Am , takut dia terperasan kecik lagi ) bersekolah. Gambar kendian bolehlah.

Hari Sabtu 2 Jan 10 Ilham dah g sekolah dng mak bapak dia sbb ada oriantasi. Amboi budak2 sekarang djh 1 pun ada oriantasi. Pakai baju sekolah siap tie ( tengok tu djh satu pakai tie ...eh eh dahsyat sungguh dunia sekarang ) . Ilham tak ada masalah bangun pagi sbb dah biasa. Yang buat kecoh tu adik dia , apa Ilham pakai dia nak juga . Nak baju sekolah , nak kasut sekolah, nak tie. Menangis kalau tak dapat. Mana nak cari tie. Last2 bapak dia pakaikan tie besar. Mujur nak. dah tu dia kena tinggal dengan aku kat rumah. Menangis lagi , jerit2 . Dia ni memang lain sikit dengan Ilham. Kuat merajuk, kuat menangis, makan sikit.. sbb tu kecik aje.

Hari pertama sekolah tak ada masalah . G sekolah pukul 6.50 mak dia antar, (mak bapak cuti sbb nak urus anak sekolah )kena tunggu sbb Ilham bukan pandai beli makanan , duit pun tak tau lagi berapa jumlah. Tapi mak dia kata bukan main suka lagi sbb jumpa kawan2 sekelas tadika dulu. Huru hara jadinya.

Ptg Ilham kena g sekolah agama pulak , d Merlimau juga. Berlaku lagi huru hara sbb masa balik sekolah tu Adik ada ikut sama ( aku ikut juga sbb ada hal negara ). Mak dia nak belikan Ilham songkok. Adik pun nak, menangis meraung2 kat dalam kereta . Dia ada songkok tapi tinggal kat rumah BP. Susah betul nak pujuk , menangis sampai tiba rumah...

Hari kedua sekolah Ilham ok lagi , bangun pagi. kali ni bapak dia antar pulak. Tak tunggu . Balik sekolah mak dia ambik. Tapi kali ni aku tengok bukan main letih lagi. Terus tidur tak makan. Kejut2 tak boleh bangun . Jawabnya tak g sekolah agama lah hari ni. Agaknya penat betul berteromba dengan kawan2 kelas. Bayangkanlah macam mana nak jagi budak djh satu yg memang tak makan saman tu... Budak Tg satu pun macam tu juga.

Pukul 6 ptg Ilham bangun dan mandi ptg. Dia dah pandai cari baju sendiri. Yang kelakar tu tiba2 keluar dari bilik dah siap pakai baju sekolah agama. Maka kami menjerit2lah ketawakan dia . Dia ingat nak pg sekolah agamalah tu...Apa lagi dah malu mengamuk sakanlah dia. Habis dibuangnya bantal2 atas katil.

Hari ketiga nampaknya semua berjalan baik. Mak dia kata dia dah pandai beli makanan di kantin. Cuma hari pertama sekolah agama tu dia beli makanan tapi orang kantin tak balikkan duit dia. Agaknya bila dah dapat makanan tu dia terus lari (sibuk nak main ) org panggil pun tak dengar.

Hari keempat, pagi tadi , aku tengok dia moodi aje , masam aje muka tu. Tentu letih. Tak nak salam aku. Semua macam terpaksa.Hari ni mak bapak dia dah mula kerja . Aku tinggal sorang kat rumah ni. Apa cerita Ilham seterusnya ..... tunggu ajelah.