Friday, November 21, 2008

Aktiviti Cuti Sekolah

Hari ini Jumaat 21 Nov. Semalam aku bawa cucu aku berjogging kat Tasik Y. Ini kali kedua sejak mereka di sini aku bawa berjogging. Kalau tidak mereka jemu terperap di rumah aje. Kami berjalan keliling tasik itu , pusingan pertama ok lah . Masuk pusingan kedua E am dah mula bising dah mula buat muka toye dan jalan bongkok2. " E am panat lah Tok " Maksudnya dia dah penatlah tu. Jadi kami tamatkan dua pusingan aje dan balik rumah. Lagi pun semalam aku ada kelas mengaji dan Afif dah mula belajar Bahasa Arab di rumah ustazah tu.

Hari ni pukul 9.00 aku antar Afif ke rumah ustazah tu lagi . Sepatutnya aku ada juga kelas Bahasa Arab di Surau Jalan Kenangan tu dari 8.30 ke 10.30 pg. Tapi aku takut E am boring jadi aku pontinglah kelas tu . Afif berminat nampaknya belajar bahasa Arab tu dan dia ni terang ati juga. Sejak dia d sini solatnya cukup 5 waktu , tiap2 ari dia cl mak dia beritau dia cukup solat 5 waktu tu. Aku kena kejutkan dia 6.30 pg utk solat Subuh. E am ikut juga solat ,tapi taulee dia ni orang belum habis solat dia dah siap dulu. Bila aku suruh dia baca doa teruslah bisu mulut dia. Tak apa lah dia masih kecil lagi , dan kitalah kena lentur dia perlahan2.......

Aku ni tak pandai nak masukkan images dalam tulisan aku ni, tapi nak cuba juga . Aku nak masukkan gambar Afif dan E Am dan gambar cucu2 aku yang lain tuu... Kalau jadi adalee nanti, kalau tak jadi Intanlah yang tolong buatkan nanti. Tunggu ye....

2 comments:

!Nt4N said...

hehehehe..kelakar la eam ni!

HABIHA69 said...

Hmm..mmg betol lah cikgu sya bila bawak anak-anak joging semua muka jadi basi dan masam tapi bila tang makan...semua tergedik-gedik..termasyuk lah saya cikgu...hik..hik...saya singgah ke sini tengok-tengok En3 cikgu tak marah kanss...