Dalam pada itu ada pula hal lain. Isteri Maman sakit masuk hospital BP. Yang dekat situ akulah. Takkan aku nak biar gitu saja. Kena juga ulang alik ke hospital,ziarah, dan antar adik Sidah ulang alik hospital . Dan aku ajak juga keluarga Sidah tidur rumah aku. Baik juga masa tu masih ada nari (bibikku yang action ...)
Maka 28 julai aku pun brtolak ke Melaka sebelum ke Bangi. Dan 31 julai berangkatlah pagi2 buta ke lapangan terbang. Yang pg ialah suria sekeluarga dan intan sekeluarga.Kami naik Air Asia. Lebihkurang pkul 9.30 dah sampai Langkawi.
Sebenarnya aku rasa dah lima kali aku ke Langkawi ni ( termasuk pg kerana urusan kerja). Rasanya tempat2 yg penting tu aku dan lawatlah. Cuma sekarang banyak yg berubah. Di Langkawi ni sebenarnya hati aku separuh aje.. separuh lagi sudah ada di Mekah....
Dan aku tidak tahu bahawa di sebalik keghairahan aku utk pg Umrah tu ada peristiwa yang tidak diduga berlaku... semua atas kehendak Allah swt.
1 comment:
oi mak!!
da berzaman org letak gambo g langkawi tu kat blog la..
Post a Comment