Saturday, September 27, 2008

Cerita Di Bulan Puasa - 2 - Kes merajuk juga.

Ada sepasang suami isteri tu aku peratikan dah lama macam tak mesra, tak bertegur sapa , cakap bila perlu aje.... tapi aku malaslah nak tegur2 sebab ada orang lain lagi yang lebih berhak tegur mereka. Keluarga mereka ni pulak memang keluarga yang dari segi komunikasi antara satu sama lain sangat kurang. Nak tegur menegur, nasehat menaseht memang jarang bebeno. Jadi si suami ni cerita pd aku isteri dia sejak kerja dah tak pedulikan dia , tak kisah rumah dan apa2 lagi lah. Dan emak bapak mertuanya pulak kata dia nak tinggalkan isteri dia. Bukan baru ini dia cerita dengan aku hal dia , cuma aku ni malas nak sibuk2.

Aku hanya boleh buat tafsiran sendiri bahawa mereka jadi begitu kerana kedudukan kewangan yang lemah. Dalam hidup ni cinta dan kasih sayang tak dapat berdiri teguh kalau memanjang tak ada duit.Duit tu penting sebab nak hidup mesti ada duit. Kata orang tak ada duit semua tak boleh dikuit. Meraka dah kawin lebih kurang 9 tahun. Kalau keadaan ekonomi tak berubah2 maka disitu mulalah terjadi rasa jemu, bosan , lebih2 lagi kalau tanggungan dah bertambah.

Jodoh pertemuan Allah yang tentukan. Tapi sebelum kawin tu mak bapak kene tengok dan fikir2 dululah bakal menantu tu kerja apa,sekolah sampai mana, keluarga macammana , sebab kita tak maulah jadi huru hara bila dah kawin nanti .

Aku kawin dulu pun pilihan aku sendiri, dia cikgu macam aku juga.. Walaupun gaji aku memang lebihbesar dari gajinya , tapi aku tetap hormat dia sebagai seorang suami dan kalau ada apa2 masalah timbul , aku selesaikan sendiri. Tak pernah aku mengadu pd emak bapak aku atau adik beradik aku , sebab aku sentiasa ingat yang dia itu pilihan aku, apa2 terjadi selesaikan sendiri. Alhamdulillah sebenarnya aku bahagia bersamanya , jarang benar bergaduh, bahkan aku dan suamiku macam kawan2 yang boleh bergurau senda di mana saja . Sesekali aku rindukan kemesraan itu yang telah hilang dariku sejak 17 tahun yang lalu. Semoga tuhan mengampuni dosa2nya dan mencucui rahmat ke atas rohnya. Amin.

No comments: