Friday, September 26, 2008

Cerita d bulan puasa 1 - Merajuk


Sekejap saja dah 26 hari puasa berlalu. Malam ni malam 27 puasa. Orang dulu kata 27 lekor , pasang pelita keliling rumah, main bunga api , meriam buluh buatan sendiri (bukan keluaraga aku yang main) . Sebenarnya malam2 ganjil begini ialah malam Lailatul Qadar. Disunatkan kita beribadat sebanyak2nya untuk menemui Lailatul Qadar itu.


Aku berhentikan dulu cerita pasal pg umrah sebab nak tulis cerita2 d bulan puasa ni. Baru tadi ni adik aku ( jam 6.00 ptg) balik rumah dia d Pontian. ( gambao dia kat sebelah tuuu ) Dah 3 malam dia bersama aku . Ceritanya dia lari dari rumah sebab merajuk..... banyak yang dirajukkannya. Maklumlah dah tua2 ni memang hati nak merajuk aja kalau salah sikit. Kata dia anak2 dia malas tolong dia d dapur. Yalah dah tua ni memang aku pun dah malas nak masak2 , nak mengemas rumah pun kadang2 aku malas. Jadi anak2 kenalah faham hal mak bapak (kalau bapak masa ada lagi) . Aku terperanjat bila alih2 adik aku tu dah ada di depan rumah aku. Aku dah bersiap2 nak buat kuih di rumah adik aku Zu. Berjurai2 air mata dia bercerita hal sedihnya dia bila anak2 asik tidur sedangkan dia nak berbuat sesuatu utk tambah pendapatan. Maklumlah d bulan puasa ni kalau rajin buat kuih ke memang laku. Adik aku ni pulak pandai masak. Jadi aku ajaklah adik aku ni ke rumah Zu biat kuih , petang buka di situ dan malam terawikh di Masjid Jamik BP. Malam tidur rumah aku.


Hari Rabu kebetulan aku nak pg Melaka , aku ajak dia sekali. boleh relex2 kat rumah anak aku di Alai Perdana. Dan malam itu aku ajak dia pg. beli baju cucu2 di gedung Keluargaku ( bukan gedung keluarga aku lee..) Esoknya Khamis kami keluar lagi ke JJ Air Keroh. Selalunya aku ni waktu nak pg tak niat nak beli apa2 , tapi bila dah berada di dalam perut supermarket tu akulah yang beria2 membeli belah. Maklumlah bulan ni kan aku tak payah keluar duit utk bayar gaji bibik, adalah sikit duit..Dan aku puas hati sebab dah dapat belikan baju cucu2 aku walau pun tak dapat sedondon 6 orang tu.


Petang tu jam 5.00 aku balik ke BP. Niat nak lama sikit kat Melaka , kesian pulak kat adik aku tu. Tentu dia tak mau. Sampai rumah betul2 masa berbuka. Mujur nasi dan lauk dan sedia ada.
Cakap pasal merajuk ni sebenarnya aku pun suka merajuk, tapi zaman muda2 dulu waktu ada tukang pujuk. Dah tua ni merajuk juga tapi buat2 tak merajuk... Dan aku kalau merajuk tak naklah bercerita dengan orang ... buat apa ya nanti macam buka pekong di dada. Aku akan bercerita dan mengadu dengan Tuhan. Dan Tuhanlah yang akan menghakimi segala2nya.

No comments: