Sunday, September 21, 2008

Bangi - (4 - 7 0gos)

Manusia merancang dan Allah lah yang menentukannya.

Balik dari Langkawi singgah rumah Diat dan malam tu aku tidur rumah Intan di UK Pdna.Esoknya ke rumah Milah kerana ada doa selamat untuk ke Umrah. Siap bagi bag dan telekong dan bergambaran aku balik semula ke Bangi. Dati Bangi ke KLIA kan dekat.

Malam tu aku bangun awal. Maklumlah nak jalan jauh ni buatlah persediaan yang sebaik-baiknya dan sebanyak-banyaknya. 4 ogos adalah hari Isnin jadi pagi tu aku tinggal dengan Afif saja kerana Afif sekolah sebelah petang. Dapatlah aku masakkan cucu aku tu sop . Pukul 12 aku dah siap sebab pukul 2.00 mesti ada d KLIA. Bag2 dah siap sedia di depan pintu. Aku kalau nak jalan memang suka siap awal2. Itulah yang aku amalkan sejak dulu lagi. Dalam siap awal2 tu kadang2 ada juga benda yang lupa.....

Dalam ketidaksabaran nak pi ke KLIA tu.... maka aku dapat cl dari anak saudara aku Akah ( dari rumah Milah ) mengatakan ba..ha..wa.. dari 26 orang yang akan berangkat ke Umrah tu hanya 10 orang saja yang lepas. Teperanjat betul aku dan aku termasuklah yang tak dapat pg pd ari tu. Ya Allah ... dah tiga kali aku pg Umrah . Tak pernah terlintas pun masa nak pg dulu akan masalah2 gendala begini. Semua berjalan lancar. Tiba2 kali ini ada masalah pula. Macam2 andaian yang keluar akan sebab musabab terjadinya gendala ini.... macam2.. Yang betulnya ialah ini semua kerja Allah dan Dialah saja yang mengetahui akan rahsia di sebalik semuanya itu.

Maka tak jadilah aku pg ke KLIA ari tu. Rupanya yang lain semua dah berkumpul di sana sebab dapat maklumat lambat. Mereka berkampunglah di KLIA tu sampai 6.30 ptg. Dan aku dengar Mila kopak +RM 1000 kerana belanja makan mereka.

Aku duduk relax di Bangi sehingga 7 Ogos.Yang lain2 ada kat rumah Mila , ada kat Syah Alam dan mana yang memang rumah kat KL tu balik rumah lee.

No comments: