Sunday, September 21, 2008

Ampang (7 - 9 Ogos)

Duduklah aku di rumah Diat Bangi tu sambil menunggu2 berita bilakah pulak kami yang 16 orang ni nak pg. Kumpulan 10 orang tu berlepas kira2 jam 7.00 malam dan sampai di Madinah jam 3.30pg awaktu Malaysia. Di Madinah kira2 jam 11.30 malam. Aku membayangkan betapa syukurnya mereka yang dapat pg dulu tu, kecuali anak saudara aku Bujang yang terlepas sedangkan isterinya tertinggal. Dia ni badan besar dan selalu isteri yang siapkan semua, ni kena buat sendirilah. Aku dengar kejap2 dia cl isteri dia tanya barang2 dia. Mujurlah isteri dia tu cekap .

Tiap2 hari kami saling bertanya2 dan menunggu2 berita baik itu. Sedih betul bila jadi macam ni.Memanglah penantian itu sanga menyiksakan. Last2 Kata hari Khamis, maka bersiaplah lagi aku ni, bag dah duduk lagi di depan pintu. Diat dan Amat pun dah ada kat rumah. Rupa2nya tak jadi lagi. .....Akhirnya kami ambil keputusan berkumpul di rumah Mila dan buat solat hajat... Maka pglah aku ke rumah Mila dan malam itu kami buatlah solat hajat beramai2

Maka duduk pulak aku di rumah Mila 2 malam. Hati memang tak senang selagi visa tak dapat. Dan akhirnya dapat tau kami akan pg pada 9 Ogos, hari Sabtu. Itu pun masih tak yakin lagi selagi kami tak melangkah masuk ke pintu kapal terbang itu.

No comments: