Wednesday, January 21, 2009

Mengisi masa lapang

Sejak 2 Jan. 09 aku duduk rumah tak ke mana-mana. Aktiviti seharianku biasa aje, isnin - khamis mengaji , hari jumaat sepatutnya pg belajar bahasa ' arab di surau , tetapi dek lama tak hadir , atau kejap hadir kejap tidak , maka aku jadi malas nak pg. Aku rasa aku nak mentelaah sendiri aje, kerana asasnya aku dah tau, sikit2 aje. Selain dari itu aku belai2 pokok2 aku yang banyak mati / mereket kerana tak dibelai . Cuaca pulak bukan main panas dan kering. Okid2 aku memang banyak yang mati. Kucing2 pun nak dijaga juga. Aku bawa dari Melaka dulu 3 ekor, kini dah jadi 10 ekor..... tak sampai 5 bulan dah membiak begitu banyak. Yang aku geram tu ada yang tau beranak tapi tak tau jaga anak, kurus kering. Pagi tadi aku nak bawa sekor ke kelinik, tapi kucing ni macam tau2 aje, menghilang diri. Selalunya kalau aku buka pintu dapur waktu pagi kucing2 tu akan mengaum2 macam rimau, tapi pagi ni senyap pulak. Lahabau punya kucimg. Tak pe esok aku akan kurung dia dari malam.

Bersendirian ni seronok juga. Tapi kalau dah lama sangat aku jadi rindu pada cucu2 aku. Aku tau Iman dah pandai berjalan, jadi aku nak tengok dia minggu depan. Minggu lalu e am dan ekwan balik, aduh... budak dua ni memang lasak betul. Habis batu2 kat taman aku tu dimasukkannya ke dalam kolam ikan . Tak makan saman punya budak. Nampaknya aku kena cari pagar supaya bebudak tu tak boleh keluar ke taman aku.

Di belakang rumah tu aku dah pasang oning, taklah panas sangat atau basah bila hujan. Tak payahlah nak buru2 angkat kain bila hujan, dan yang penting kucing2 aku ada tempat berteduh bila ari hujan. Tiap2 ari aku kena bersihkan ruang belakang tu sebab aku tak mau tempat tu kotor dan berbau taik kucing ( maklumlah bela kucing) . Ruang belakang rumah aku tu bersempadan dengan 3 buah rumah. Kalaulah aku banyak duit ( duit2 tak pakai ke) macam2 lagi yang nak aku tambahkan di ruang belakang tu. Aku tak suka ada ruang 2 yang terbiar begitu saja.

Wednesday, January 14, 2009

Kata Cikgu Aku ....

Aku masih ingat kata2 cikgu aku waktu aku masih bersekolah di Ting. satu - tiga dulu. Cikgu aku ni memang suka berleter. Ada saja yang nak dileternya. Walaubagaimana pun kadang2 leterannya itu ada yang berguna dan aku mempraktikkannya dalam kehidupan aku hingga sekarang.

Cikgu kata dalam rumah ada 3 tempat yang keadaannya dapat menggambarkan watak keluarga itu, iaitu bilik tidur, bilik air dan dapur. Kalau ketiga2 tempat ini kotor, berselerek, busuk dll keadaan yang tak menyenangkan , maka maknanya keluarga itu memang pemalas. Dan orang tua2 dulu kalau nak meminang anak dara , tempat2 itulah yang akan diperhatikannya dulu. Aku teringat arwah nenek aku dulu tak jadi meminang anak dara pilihan anaknya disebabkan keadaan2 di atas tadi.
Aku bersetuju benar dengan kata2 cikgu aku tu. Kadang2 ada rumah orang tu hall saja yang cantik kemas, yang lain2 berserabut. Ada juga yang dari luar rumah sampai ke dapur memang berserabut. Sepatah kata orang segamat ' tak ada tempat aku nak letak mata aku' maknanya rumah tu berserabutlah. Nasib baik aku ni rajin mengemas , cuma dah tua ni kurang sikit.

Dan aku ingin menambah iaitu kalau kita sidai kain baju yang underware tu janganlah ditebeng2kan . Waktu menyidainya sorokkanlah supaya orang tak nampak .
Ada juga orang kata kasut2 yang ada di depan rumah kita tu kalau keadaannya berselerak juga menggambarkan watak tuan rumah itu. Jadinya kena susun elok2lah supaya kemas.

Banyak lagi agaknya petua yang baik utk kita semua. Kalau nak tambah silalah..

Sunday, January 11, 2009

Tamanku

Ini pokok pakis besar. Senang aje menanamnya. Kalau dah hidup dia cepat merebak . Aku banyak tanam pokok ini. Sebenarnya ada banyak lagi jenis paku pakis ni.Tumbuhnya di hutan. Dulu orang tak pandang pun pokok ini. sekarang berebut orang mencarinya. Tapi ada juga orang takut tanam kat rumah, nanti a n t u datang katanya. Merepek betul.

Ini pulak pokok peria katak. Buahnya buat sayur atau dimakan mentah2 sebab dia boleh menurunkan kadar kencing manis dan darah tinggi. Aku ada tanam pokok ni, mula2 hudup subur, kendian dia mereket mati. Mana tak mati aku asyik berjalan aje

Yang macam kobis ni ialah pokok rumpai air . Senang hidup. Dah banyak memang cantik. Aku letakkan pokok ni dalam kolam ikan aku.


Ini pulak jenis pokok keladi. Ada size besar dan yang aku ada ni jenis kecil. Bunganya begitulah cantik. Ada polak orang kata ni keladi mencarut. Entah apa2.



Wah cantik kan bunga dezi ni. Aku suka pokok ni, Ada macam2 warna bunganya, putih, kuning, pink.


Inilah kolam ikan aku. Yang membuatnya ialah guru2 di sekolah SMSM dulu. Tiap2 petang mereka tang bawa empat lima orang murid. Aku suruh buat kecik , tapi jadinya besar. Mula2 dulu aku bela ikan talapia bila banyak aku bagikan pd sesiapa yang nak makan . Lepas tu aku beli ikan koi . Mula2 banyak tapi asyik kena tinggal aje, banyak yang mati. Sekaran adalah 4 ekor yang tinggai. Melihat ikan2 yang berenang tu boleh mengurangkan sakit darah tinggi.


Pokok cili kecil ni pun ada dalam taman aku. Sebenarnya aku tak tanam pun . Tau2 ada pokok ni hidup celah2 pokok lain. Ini tentu kerja burung. Pokok cili ni pulak kalau dah hidup janganlah dialih2 , mati lepas tu. Menantu aku Alif memang suka makan cili ni. Jadi kalau dia balik tinggal ambil makan. Potong2 cili ni , potong2 bawang besar dan curah kicap. Memang terbuka selera makan.
Pokok orkid ni susah betul nak berbunga. Satu hari aku dapat ilmu dari majallah, iaitu kisarkan kepala ikan bilis dan taburkan pada akarnya. Memang betul .... lepas tu banyak pokok2 okid aku berbunga. Dulu aku banya pokok orkid tapi asyik berjalan aje, banyak yang mati . Menjaga pokok okid ni cerewet sikit. Nak jaga kulat dan serangga. Kena bubuh baja - baja gemuk dan baja bunga. Kena sembur racun serangga dan racun kulat. Jadi kalau dah selalu berjalan atau on call
terbiarlah okid2 tu. Sekaran aku nak mula balik tanam okid.


Aku suka juga dng kektus. Rajin jugalah membelinya. Tapi aku heran kektus aku tak menjadi. Yang jadi jenis dalam gambar tu. Yang lain2 bukan makin besar , makin kecik pulak.


Itulah gambar kolam ikan aku. Kadang2 nampak macam batu belah batu bertangkup. Selain dari aku yang suka tengok ikan2 tu berenang , ada lagi yang suka mengendap dan minum air kolam tu.... iaitu kucing2ku. Kadang2 siap tidur malam di situ. Dan ada lagi yang gemar menjerit melolong waktu malam beramai2 iaitu sang katak . Aku geli dan seram dengan katak ni.



Cantiknya bungan kertas ni . Aku tanam banyak jenis juga. Aku sukakan warnanya yang terang dan menarik. Pokok ni senang bela, dapat cukup air , matahari dan baja bunga hiduplah .unga kertas ni ada macam2 warna dan kita boleh kawinkan untuk dapat satu pokok macam2 warna.Orang yang pandai boleh kawinkan pokok2 ni dalam berbagai2 bentuk. Kalau nak beli harganya memang mahal.

Saturday, January 10, 2009

Jiran2ku




Jiran yang paling dekat dengan aku tak salah ada 5 , yalah yang rumah mereka dekat disekeliling rumah aku. Yang lain jauh sikit lagipun ramai cina. Nasib baik jiran sebelah kiri aku melayu, sebelah kanan cina. Ialah hidup berjiran kena banyak sabar dan bertolak ansur, tak bolehlah nak untung kita aje. Ati jiran nak juga dijaga barulah kita ni dihormati. Sejak dulu lagi ( aku pindah ke rumah ini th 82 ) suami aku pesan jangan sekali2 pinjam memimjam apa2 dari jiran. Memanglah. Itulah prinsip hidup yang aku pegang hingga sekarang. Alhamdulillah aku tak pernah pun bergaduh dengan jiran2 aku. Kalau marah pun simpan2 aje...

Banyak cerita tentang jiran2ku. Tapi siang2 aku dah siapkan diri dengan prinsip ' kalau baik dengan seseorang jangan melampau2 , jangan sampai bertunggu bertangga di rumah mereka ' . Dan itu memang dah jadi darah daging aku sejak dulu. Jadi aku selamat. Kini dah hampir 30 tahun aku duduk di sini, nampaknya semua berjalan baik. Lagi satu prinsip aku ialah kalau jiran nak beli apa pun aku tak peduli, itu duit dia. Kalau aku ada duit aku pulak beli, dan aku tak kisah jiran2 tu nak masam ke jeling ke .... biarkan aje. Sifat iri hati jangan ada dalam hidup berjiran ni.

Tapi kadang2 ada masa juga kita lupa tentang hak jiran. Misalnya kalau kita nak renovet rumah kena hati2lah jangan sampai ambil kawasan orang. Jangan sampai kita buka tingkap rumah terus masuk kawasan rumah jiran . Ini tak patut. Ada orang nak sambung rumah tak runding pun dng jiran. Dinding rumah dia jadi pagar rumah kita.Tak baiklah macam tuu.

Ada juga jiran aku tu kerana rumah dia baru maka garaj kereta aku yang buruk tu disuruhnya rubuh. Marah betul aku. Tapi akhirnya aku rubuhkan juga dan aku buat baru. (duit sendirilah)
Rumah jiran aku tu memang besar banglo 2 tingkat yuu... Banyaknya duit dia ya. Kadang2 aku jelous juga denga rumah orang besar dan cantik. Tapi itu bisikan syaitan. Tak ada rumah padan muka .... Syukur alhamdulillah aku dapat juga beli rumah semi-d .

Apa pun aku bahagia tinggal di Taman Bahagia ni... tidak bising, dan tidak jauh dari bandar. Dekat sekolah dan mesjid.

Friday, January 9, 2009

Tahun Baru 2008 / 1430


Selamat tinggal 2008 dan 1429. ...... Sekejap benar rasanya setahun itu berlalu. Apapun mudah2an setiap hari yang pergi akan membawa bersama kenangan suka duka kita. Mpga setiap tahun ibadah kita akan terus bertambah baik bersama umur yang semakin tua.


Sudah lama aku tidak meneroka blogku ini. Ini bermakna aku tak ada di rumahlah tu. Ke mana lagi kalau tidak di rumah cucu2 yang semakin hari semakin aktif dan cerdik. Afif sudah naik ke darjah 3. E Am sudah masuk Tadika Betul (bukan main2 lagi ) . Yang lain2 tu belum ada perubahan kecuali Iman agaknya sudah pandai berjalan sekarang. Satu perkara lagi yang rasanya boleh kucatatkan di sini ialah anak bujangku Ahmad Nazman sudah pun mencapai hajat dan cita2nya untuk memiliki anak tuan arab tu.... Utusan meminang diterima dengan baik. Tarikh keramat bagi anak bujang aku tu ialah 29Dis2008 /1 muharram 1430. Mudah2an tercapailah hajat kami itu.

Bercakap tentang bulan Muharram ni sebenarnya banyak perkara sunat yang dituntut kita melakukannya. Antaranya ialah berpuasa selama 10 hari dari 1-10 mhram, berdoa, dan pada hari 10 atau hari 'asura tu disunatkan mengunjungi orang2 yang sakit, bersedekah, menyapu kepala anak yatim, melebihkan perbelanjaan keluarga dan membaca zikir2 yang ditentukan. Kadang2 aku terfikir orang2 muda macam anak2 aku tau tak semua ni. ( aku sempat sms anak2 aku utk berpuasa ari tu) . Benda2 ni kena cari dan baca atau dengar ceramah2 . Kalau tidak hidup kita ni hari2 sama saja. Aku sentiasa mendoakan agar2 anak2menantu dan cucu2 aku menjadi anak2 yang soleh dan solehah, sebab merekalah yang akan mendoakan aku apabila aku sudah mati nanti. Mudah2an....
Aku ke surau pada malam 1o Muharam tu dan mendengan ceramah mengenai kekejaman orang Israel yahudi tu. Melihat kekejaman demi kekejaman yang dilakukan , ya Allah .... hanya tuhan saja akan membalas keganasan bangsa yang tidak berhati perut itu. Cuba bayangkan kalau kanak2 yang tidak bedosa itu adalah anak/cucu kita... Ya Allah berikanlah ganjaran yang setingginya kepada mereka yang terkorban itu. Maka marilah kita berdoa untuk kesejahteraan umat Islam sejagat. Renongilah kesusahan dan penderitaan mereka dan bersyukur di atas apa yang kita ada.