Saturday, February 21, 2009

Demi Masa

Demi Masa adalah nama sebuah lagu Raihan. Aku memang minat dengan lagu2 kumpulan ni. Semuanya berunsur nasihat. Aku nak tuliskan lirik lagu ni untuk tatapan semua. Bukan untuk dinyanyikan tapi utk. di hayati liriknya itu. Kalau nak nyanyi pun boleh juga.

Demi masa
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yangberiman dan yang beramal soleh

Demi masa
sesungguhnya manusia kerugian
melainkan nasihat kpd kebenaran dan kesabaran

Gunakan kesempatan yang masih diberi
moga kita tak kan menyesal
masa usia kita jangan disiakan
kerana dia tak kan kembali.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit
hidup sebelum mati.


Dua rangkap dari lirik di atas tu rasanya semua orang tau yang ia adalah maksud dari firman Allah dari surah Wal- Asr. Maksudnya sangat jelas iaitu dalam hidup ni kita kena melengkapkan diri dengan iman dan melakukan amalan2 yang baik yang diredhai Allah. Dan kita juga hendaklah sentiasa memberi nasihat ( ingat mengingati ) tentang perkara2 yang benar dan melakukannya dengan sabar. ( Demikianlah lebih kurang, kalau kurang silalah tambah).

Jadinya aku selalu muhasabah kat diri aku ni adakah aku telah melakukan sedemikian dalam hidup selama ini. Rasa2nya aku termasuk dalam orang yang beruntung juga kerana Tuhan telah melimpahkan taufek dan hidayahnya semasa aku muda . Sakit dan susah adalah ujian untuk kita berubah kepada kebaikan. Demikianlah aku dan suami sama2 bersabar dan genap umur 40 kami dapat menunaikan Haji.

Kepada anak cucu aku selalu ingatkan supaya melakukan perkara2 baik , sempurnakan solat yang 5 itu,mengaji, sedekah walau sedikit pun, buat baik pada semua, hormat suami/isteri, pakaian biar siuman selalu buat puasa sunat, dan ada rezeki lebih simpan sikit2 untuk pg Haji. Pg Haji muda ni memang bagus, badan masih kuat, sehat, yang penting pg bersama pasangan (suami/isteri) kalau sakit ada orang tolong jaga. Yang aku terdaya ialah menasihati anak cucu
mudah2an mereka lembut hati. Aku tak minta anak2 aku bagi aku duit tiap2 bulan , sebab aku puna ada pencen. ( Tapi kalau mereka bagi aku kebaslah sebab duit tu akan pegi pd mereka juga nanti) Pada aku yang menjadikan hati aku sejuk dan roh suami aku tenang ialah kebaikan2 dan amal2 soleh yang dilakukan oleh anakcucu aku.

Jadinya kepada anakcucu ( anak cucu siapa pun tak kisahlah ..) gunakan masa muda ini untuk beribadah. Jangan tunggu 40 tahun ( life begin at 40 ..ye kee ) baru nak solat, baru nak itu ini . Kalau umur panjang tak apa juga . Tapi kalau panjang pun umur tapi tak sihat ..... Sekarang ni macam2 sakit, kencing manis , darah tinggi, jantung, ( macam2 lagilah yang berpunca dari tabiat pemakanan yang tak terkawal , mujur lalu melintang patah ) .

Aku ni pun ada yang rugi, sebab dah bersara baru nak belajar mengaji. Sebenarnya mengaji tu boleh tapi tajwid lintang pukang , makhraj tak betul. Itulah yang nak diperbetulkan. Dulu nak juga belajar tapi macam tak nampak caranya. Lagipun dulu guru mengaji tak banyak seperti la ni. Alhamdulilla ada sorang anak aku tu dah mula belajar mengaji. Sebenarnya semua anak2 aku dari kecil dah khatam. Tapi mengaji ni kalau tak dibuat hari2 lidah akan keras. Orang yang selalu mengaji fikirannya tenang, murah rezeki dan terang hati. Apalagi kalau boleh menghafal surah2 tertentu. Aku baru nak hafal surah Yasiin. Baru sikit....

Maka fikirkan lah yang 5 perkara tu. Dah panjang aku menulis ni. Ingat bila dah tua macam2 lah sakit. Solat pun kadang2 duduk. Yang dah ada anak tu didik anak tu kearah agama , biar dunia dan agama tu seiring. Mudah2 selamat dunia dan akhirat.

1 comment:

Tok Zu said...

betul tu.bila badan sihat,kita dapat buat amal ibadah dengan khusuk.

anak anak ni kena selalu ingatkan tentang sembahyang,mengaji.
dunia dan akhirat mesti sama seiring.