Tuesday, February 17, 2009

Alahai E Am .......

Semalam aku balik ke BP dari Melaka. Hari Rabu aku ke sana sebab Alif masuk hospital. Kesian pulak dengan suria yang nak mengendali dua anak yang memang aktif sangat tuu. Alif di hspital dua ari aje. Ari Jumaat dah balik.
Petang2 aku ajk dua cucu aku tu main basikal kat luar rumah tu. Sebenarnya ramai yang naik basikal petang2 tu termasuk doktor2 jiran anak aku . Ada juga yang main layang2. Alif cuba naikkan layang2 tapi tak mau naik. Adalah yang silap dengan layang2 tu.
Hari Ahad petang E Am dan Adik naik basikal lagi. Aku tukang jaga merekalah . Adik bukan main lagi langsung tak mau dengar cakap atuk ni... Dah lah tak pandai kayuh basikal , ada hati nak pg jauh2. Terpekek2 aku panggil suruh buat U turn... bertuah punya cucu, lagi jauh dia pg. Bila aku tangkap bawa balik dia meraung2 menangis. Masa tu aku nampak E Am panggil aku sambil tunjuk tangan dia yang penuh dengan benda warna hitam... Aku ingat dia terpijak tahi lembu, aku pun ketawakan dia. Lepas tu aku suruh dia basuh tangan dan aku nampak Alif bawa dia masuk mandi. Masa E Am mandi tulah aku teringat jangan2 yang E Am tunjuk tu tahi dia......
Hm ..... betul pun. Rupanya sebelum naik basikal tu dia kata nak b.... Jadi mak dia pakaikan pempes.Dia ni kalau nak buang mesti pakai pempes,( kes melepas dalam pempes , tak berani lagi duduk atas tandas ) Jadinya bayangkanlah bila dia duduk atas basikal mestilah benda tu kemek dan terkeluar. Itulah yang tangan dia penuh dengan tahi sendiri bukan tahi lembu. Hehe E Am ,E Am....Bila nak pandai melepas atas tandas, nanti adik pandai E Am kalahlah..

2 comments:

!Nt4N said...

uwekkk..pengotor eam!!

Atuk said...

latih2 iman berak kat tandas