Thursday, February 5, 2009

Cuti Tahun Baru Cina

Jumaat ; 23 Jan.09.

Pagi: Selepas cek darah di hospital aku ke rumah adik aku di Taman Koperasi. Perut bukan main lapar lagi sebab nak cek darah tu kena puasa dari malam. Mujurlah ada sarapan kat rumah adik aku tu. Dah kenyang aku balik rumah sebab petang aku nak pg Melaka.

Lepas zohor aku bersiap2 . Nak tinggal rumah ni kena kemas juga takut balik nanti penuh pulak dengan lipas dan cicik. Kucing pun nak disediakan makanannya. Aku bertolak + pukul 3.00 ptg.
+ pukul 5 sampai Merlimau rumah bbysiter ikhwan. Tunggu suria. 5.30 suria sampai dan kami ziarah akak ipar Nana, Kiah , yang kematian suami pg tu.

Lepas makan malam aku tidur, penat juga bawa kereta sorang2.

Sabtu ; 24 Jan 09.

Lepas sarapan ikut suria ke pasar beli bahan2 nak buat soto kat umah Intan nanti. Kami bertolak ke KL + 12.00.
Perjalanan dari Melaka - KL , clear . Tapi dari KL ke selatan dah mula jem. Sampai rumah Intan terus masak kuah soto sebab ari tu ada makan2 kat rumah Intan. Kami berkumpul anak beranak di situ dan kami undang sekali Sh. Fatimah dan emaknya.

Ahad ; 25Jan 09

Pukul 12.00 pg Mid. Velly sebab aku nak tengaok pameran perubatan Islam di samping nak beli ubat mata Permata Hijrah. Ramainya orang di situ terutama di gerai Permata Hijrah ni.
Selepas tu kami ke IKEA. Hajat aku nak beli tong sampah macam adik aku beli , tapi tak jumpa pun.

Isnin ; 26 Jan 09.

Tahun Baru Cina. Kami ke rumah Sh.Fatimah. Ada makan2 . Datang kali ini dapatlah aku melihat2 rumah dia. Setelah diubahsuai rumah tu jadi besar dan cantik.....
Petang kami ke Taman Layang2 di Kepong. Sesekali dapat menyedut udara luar best juga. Kalau tidak aku terperap rumah aje .

Selasa; 27Jan.09.

Kami balik Melaka . Sampai dah malam.

Rabu ; 28Jan 09

Ingat nak bali pagi , tak jadi pulak. Aku balik pukul 2.20 ptg.
Malam tu aku demam , selsema. Aku kena pg Hong Kong Kalau nak berubat. Bukan main jauh lagi tu..

Khamis ; 29Jan 09.

Pukul 9 pagi aku dah sampai Hong Kong. Doktor sampai kl 9.30 pulak. Ingat nak pg mengaji . Tapi aku tak larat rasanya . Balik tidur dan tengahari baru pg HK semula.
Maghrib suria sampai.

Jumaat ; 30 Jan 09

Jumaat pukul 2.00 pagi (pagi Sabtu ) Intan sampai.

Bila anakcucu ada di rumah badan yang sakit menjadi sehat.

No comments: