Thursday, January 7, 2010

Kisah Ilham Syukri Bersekolah.

Aku dah lama betul tinggalkan rumah. Aku g Melaka 17 Dis. dng Intan. Hari Ahad Intan balik UK dng Lokman . Aku ikut sekali dng Ilham. Budak ni dah pandai nak jalan kalau cuti. Tahun ni mereka tak balik Sabah bimbang H1N1. Aku dengar Alif menangis , meraung pada 25 Dis. sbb tak dapat raya dengan mak dia ... sampai penuh air laut selat melaka depan rumah dia tu...

Aku ada banyak cerita nak tulis. Tapi tulis kalo tak ada gambar tak syok pulak. Malangnya aku tertinggal kabel hp kat BP. Tapi aku nak tulis juga kisah Ilham ( dah bersekolah ni tak boleh panggil E Am , takut dia terperasan kecik lagi ) bersekolah. Gambar kendian bolehlah.

Hari Sabtu 2 Jan 10 Ilham dah g sekolah dng mak bapak dia sbb ada oriantasi. Amboi budak2 sekarang djh 1 pun ada oriantasi. Pakai baju sekolah siap tie ( tengok tu djh satu pakai tie ...eh eh dahsyat sungguh dunia sekarang ) . Ilham tak ada masalah bangun pagi sbb dah biasa. Yang buat kecoh tu adik dia , apa Ilham pakai dia nak juga . Nak baju sekolah , nak kasut sekolah, nak tie. Menangis kalau tak dapat. Mana nak cari tie. Last2 bapak dia pakaikan tie besar. Mujur nak. dah tu dia kena tinggal dengan aku kat rumah. Menangis lagi , jerit2 . Dia ni memang lain sikit dengan Ilham. Kuat merajuk, kuat menangis, makan sikit.. sbb tu kecik aje.

Hari pertama sekolah tak ada masalah . G sekolah pukul 6.50 mak dia antar, (mak bapak cuti sbb nak urus anak sekolah )kena tunggu sbb Ilham bukan pandai beli makanan , duit pun tak tau lagi berapa jumlah. Tapi mak dia kata bukan main suka lagi sbb jumpa kawan2 sekelas tadika dulu. Huru hara jadinya.

Ptg Ilham kena g sekolah agama pulak , d Merlimau juga. Berlaku lagi huru hara sbb masa balik sekolah tu Adik ada ikut sama ( aku ikut juga sbb ada hal negara ). Mak dia nak belikan Ilham songkok. Adik pun nak, menangis meraung2 kat dalam kereta . Dia ada songkok tapi tinggal kat rumah BP. Susah betul nak pujuk , menangis sampai tiba rumah...

Hari kedua sekolah Ilham ok lagi , bangun pagi. kali ni bapak dia antar pulak. Tak tunggu . Balik sekolah mak dia ambik. Tapi kali ni aku tengok bukan main letih lagi. Terus tidur tak makan. Kejut2 tak boleh bangun . Jawabnya tak g sekolah agama lah hari ni. Agaknya penat betul berteromba dengan kawan2 kelas. Bayangkanlah macam mana nak jagi budak djh satu yg memang tak makan saman tu... Budak Tg satu pun macam tu juga.

Pukul 6 ptg Ilham bangun dan mandi ptg. Dia dah pandai cari baju sendiri. Yang kelakar tu tiba2 keluar dari bilik dah siap pakai baju sekolah agama. Maka kami menjerit2lah ketawakan dia . Dia ingat nak pg sekolah agamalah tu...Apa lagi dah malu mengamuk sakanlah dia. Habis dibuangnya bantal2 atas katil.

Hari ketiga nampaknya semua berjalan baik. Mak dia kata dia dah pandai beli makanan di kantin. Cuma hari pertama sekolah agama tu dia beli makanan tapi orang kantin tak balikkan duit dia. Agaknya bila dah dapat makanan tu dia terus lari (sibuk nak main ) org panggil pun tak dengar.

Hari keempat, pagi tadi , aku tengok dia moodi aje , masam aje muka tu. Tentu letih. Tak nak salam aku. Semua macam terpaksa.Hari ni mak bapak dia dah mula kerja . Aku tinggal sorang kat rumah ni. Apa cerita Ilham seterusnya ..... tunggu ajelah.

4 comments:

Tok Zu said...

kelakar la dengar cerita Ilham ni.adik nya pun sibuk nak pakai tie!
dengar cite zarif pun kelakar,tengok la gambar dia dengan uniform sekolah taska nya,tembam semacam.ni lah hiburan kita tengok gelagat cucu2.

missbby said...

aahlah mak e..tu zarif lum sekolah betul lagi..baru pra sek..baru hari keempat, dah hilang kotak pensil kaler..yang ada cuma kaler je..mcamana tuh?heheheh..setakat nie mood dia ok lagi,..

Liyana said...

go go eam.eh salah.go go ilham! nape adik kecik pon nak sekolah jugak.anta dia g taskalah pastu pakaikan mcm pegi sekolah.huhuhu

Atuk said...

Uda, Ilham masa tadika teruk juga macam2 hilang. Ni macam2 warning mak dia beri. Lebih2 lagi dah bawak duit g sekolah . Takut kawan dia rembat duit dia.
Adik dia tu yana lebih manja. Apa yg abang dia ada mesti dia nak.