Monday, January 25, 2010

Alfatehah..

Aku berada di Surau Ar Redzuan semasa menerima sms dpd Lokman mengatakan Sultan Johor kritical .

Malam aku buka berita dan ada disiarkan berita ptg tu baginda dimasukkan ke hospital pakar Puteri JB. Dan Tengku Mahkota Johor , Tengku Ibrahim ( kami biasa sebut Tengku Yim aje )di lantik memangku tahta Johor. Wah ini tentu serius.....

Lepas tu aku tak ikuti lagi perkembangannya.

Esoknya Sabtu aku buka berita jam 8.00... baginda disahkan mangkat pukul 7.15 malam hari Jumaat tu.. dalam usia 77 tahun. Alfatehan utk baginda Sultan yang memerintah Johor dari 1981 - 2010 ...sebaya umur anak aku Intan. Semoga roh baginda dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan roh2 orang2 yang soleh. Rupanya berita kemangkatan baginda disiarkan jam 12 malam tu.

Baginda memanglah seorang raja yang berjiwa rakyat dan selalu mendekati rakyatnya.

Menyaksikan siaran tv mengenai istiadat pemakaman baginda aku teringat masa aku kecik masa sekolah rendah lagi agaknya... aku ikut mak aku ke JB. sama2 duduk kat tepi2 jalan ke makam diraja tu , menunggu perarakan jenazah Sultan Ibrahim ( ninda almarhom Sultan Johor).
Alharhom Sultan Ibrahim mangkat di London dan Jenazahnya dibawa kembali disemadikan dimakam Mahmudiah itu.

Muda2han sultan yang baru ini Tengku Ibrahim dapat meneruskan pemerintahan ayahandanya dengan adil dan saksama.

Aku suka melihat anak Tengku Yim yang handsom dan tak menang tangan membantu menguruskan pemakaman ninda mereka itu...

No comments: