Friday, April 24, 2009

Cabaran2 Di Tempat Kerja 1

Aku berkhidmat lebihkurang 32 tahun ( 1971 - 2003 )di dua buah negeri Jey dan Mim. Jadi macam2 pengalaman suka duka yang aku alami dan macam2 cabaran yang aku kena hadap.Ini pengalaman aku, lain orang lainlah pengalaman mereka. Dalam kerja memang ada cabaran , tahan atau tidak kena hadap juga. 20 tahun pertama aku rasa selamat sikit sebab ada orang tempat mengadu dan minta nasehat. Tapi 12 tahun akhir aku terpaksa hadapi sendiri kerana orang yang selamat ini menjaga dan menasehati aku sudah tiada .....Jadi anak2 cubalah baca pengalaman mak awak ni, pahit manis yang mak adap selama 32 tahun tuu. Hidup ini tak semudah yang kita harapkan ...


Tempat Kerja 1


Inilah sekolah yang aku mula2 berkhidmat ( dan yang terakhir )Semua penghuni tempat ni sejenis dengan aku dan mejoriti M. Dari rumah aku di R jauhnya kira2 35 minit perjalanan taxi.Mula2 bekerja tentulah aku suka.Dan memang aku suka tempat kerja ni walaupun pagi2 buta dah naik texi utk ke tempat tu.Selalulah aku buat kelas2 tambahan. Budak2 pun sayang kat aku.Tengah seronok bekerja(6bulan) tiba2 aku dapat surat tukar ke tempat yang lagi jauh (yang menyebabkan aku terpaksa pindah rumah) Bayangkan aku baru kerja, nak kawin, nak bantu keluarga.... Macammana merayu pun aku kena tukar juga.Aku tau ini permainan orang2 atas. Aku belum kawin, dan ada kawan tu dah kawin mengandung pulak, maka aku jadi mangsa utk ambil tempat dia dan dia ambil tempat aku. Maka dengan hati yang marah, sedih,geram,berangkatlah aku pindah randah ke tempat baru tu. .. bekerja separuh hati dan akhir tahun terus kawin dan tukar ke negeri M.

Sebenarnya tempat kerja yang baru ni adalah sebuah sekolah yang ternama di negeri Jay.Dek kerana marah tulah aku jadi tak begitu kerasan kat sini lebih2 lagi di sini standard of livingnya tinggi.Lagi satu yang aku tak sanggup ialah nak mengajar anak DYMMSJ ..... susuh loo. Kawan2 pesan baik2 cakap tu jangan sebarang cakap, nanti....

Tempat Kerja 3

Kat sini penghuninya mejoriti C ( dari bos sampai kuli). Taulah kerja dengan bangsa ni, memang masa aku penuh dengan kerja tak ada masa nak rehat2 curi tulang.Kerja sekolah pun kena bawak balik rumah, sampai tertidur2 atas meja nak habiskan kerja tu.Tapi yang aku tak suka tu ialah bos aku amalkan diskriminasi, kat bangsa dia bukan main lagi, kat kita kalau boleh diperahnya tenaga kita cukup2.Yang peliknya tu aku nak pindah tak dibenarkan pulak. Aku penah memohon jadi L di sebuah Maktab , permohonan aku tu berjaya sebab kawan2 di maktab tu beritau nama aku dah ada kat situ. Jadi aku tunggulah surat,tak dapat2 Rupa2nya surat aku tu dipenyapnya.

Satu lagi yang aku ingat ialah bab cuti raya dia tak nak ambil cuti tambahan. Maka aku dan M yang lain2 ambil mc ramai2 . Padan muka dia.Dan bila aku nak pindah rumah dan mohon tukar sekolah,pun susah benar, siap tanya pemaju rumah betul ke rumah yang aku beli tu dah siap.. Dan bila aku dan kawan aku keluar dari sekolah tu, apa bijik pua kami tak dapat, pada hal aku tengok masa bangsa dia pindah siap dapat hadiah cincin.Berbakul2lah sumpah kami, dan agaknya sumpah tu menjadi sebab last2 aku dengar laki dia buat hal , mereka gaduh dalam kereta, accident, dan anak dia mati.

Itu masalah dengan bos,sesama staff pun ada juga tapi tak banyaklah. Ada sorang kawan tu selalu memuji2 diri, tak cantik tapi perasan, suami memang hnsom,. selalu puji suami. Dia selalu perli2 aku .. bila kami beli rumah dia beli semi-D aku beli teres aje.Bukan apa, aku nak beli kat BP sebab aku nak menetap diBP.Aku bukan kesah orang nak perli ke, apa ke, biarkan aje. Aleh2 aku dengan kawan aku ni suami dia kawin lain, .. terkezut aku, sebab suami dia ni kata orang pijak,semut tak matilah.. diam2 kawin lagi. Lepas tu aku tak tau apa cerita mereka sebab aku dah balik BP

Tempat kerja 4
Tempat kerja ni sama seperti tempat kerja kedua tadi. Bezanya kat sini majoriti lelaki , yang tadi perempuan.Diskriminasi tetap sama.Yang paling teruk aku rasa kat sini ialah bab naik pangkat. Bos terang2 cakap dengan aku yang aku orang J maka keutamaan hanya akan diberi pada orang M aja. Dan paling aku marah bila aku lahirkan anak keempat, habis gaji aku dipotongnya sebab anak keempat masa tu cuti tanpa gaji.Mujur aku ada KGMMB maka dapatlah aku gaji bulan tu. Mereka adalah orang2 yang tak ada ati perut...
Dan bila aku pindah dari sini balik kampung , samalah tanpa apa2 buah tangan yang aku dapat....

Demikianlah aku menghabiskan 10 tahun di tempat kerja ni.Kerja tetap kerja,sebab upah yang kita dapat tu adalah hasil kerja, jangan sampai upah tu menjadi haram sebab malas kerja.

Itu pengalaman bekerja dengan orang lain, macam mana pulak bekerja dengan orang sendiri ??? Tunggu....

No comments: