Wednesday, April 22, 2009

Akhirnya.......

Setelah berhempas pulas membaca, menderas, menghafal dan apa2 meng lagi maka akhirnya aku dapat juga menamatkan pengajian mengaji aku ( apa bahasa ni..) . Aku kira2 dalam 3 tahun jugalah nak menghabiskan 30 juzuk tu. Bukan apa , mula2 seminggu sekali satu muka surat, lepas tu seminggu 2 kali dua muka surat. Baru tahun lepas dapat seminggu 4 kali , 3 muka surat. Belum tolak cuti berjalan, on call. demam batok dll.

Apa yang nak aku katakan di sini ialah betapa tenangnya hati bila kita mengaji tiap2 hari, bila tak pg mengaji ( Jumaat - Ahad ) rasa rindu ... Itulah kebesaran dan mukjizat AlQuran ini. Alhamdulilllah dari tak tau tajwid, kini dah tau, dari salah sebutan kepada betul, dan yang penting tidaklah berdosa apabila mengaji dengan sebutan dan tajwid yang betul. Padanlah mak mertua aku marah betul kalau mengaji tak betul ... " berdosa tuuu.... " ( kena ikut loghat orang Segamat bercakap ) .

Banyak penawar dalam ayat2 AlQuran itu. Oleh itu yang masih muda pelajarilah AlQuran dari sekarang, dan praktikkanlah ayat2 Alquran dalam kehidupan sehari2.Ajarlah anak2 kecil alQuran
di samping pelajaran akademiknya.

1 comment:

Tok Zu said...

syukur alhamdullah.
kau dah tamat belajar mengaji.
mudah2an diberkati allah usaha kau itu. amin.