Friday, April 17, 2009

Pokok Periuk Kera

Banyak benar ciptaan Allah yang unik. Aku beli pokok ni kat Muar, boleh tahan juga harganya. Tapi kerana cantik dan unuk aku beli juga. Aku gantung dia atas kolam ikan aku. Nampaknya dia membiak subur, Alhamdulillah. Periuk kera itu tumbuh di hujung daun , mula2 kecil kemudian membesar cantik. Lihatlah gambar bawah ni betapa cantiknya periuk kera ni . Dalam perut periuk tu ada air dan binatang2 kecil.
Tadi aku mengikuti rancangan Majalah 3 TV3. Ada pulak rencana mengenai periuk kera ni. Rupanya dia ada macam2 warna. Dan air air dalam perutnya itu katanya boleh dibuat ubat. Di Kedah pula seorang pengusaha makanan telah menggunakan periuk kera ni sebagai tempat mengukus lemang (tak payah guna buluh). Pulut yang telah digaul santan dimasukkan ke dalam periuk tu dan dikukus . Macam sedap aje tengok diaorang makan.
Aku suka benar bila pokok2 yang aku tanam hidup subur. Sebenarnya pokok2 juga memerlukan belaian tangan kita, kena puji2 dan berbual2 dengan mereka. Macam orang jugalah...

2 comments:

ya2 said...

eh, mak ke yg ambik gambar periuk kera ni.cantik gak.

wahh da boleh la beli kamera mcm lukman tuh. hehe

Atuk said...

Ewah , ewah janganlah merperkecil2kan kebolehan mak awak yang memang kecil ni.... Bolehlah nanti belikan mak kamera yang mahal tuuuu