Saturday, October 11, 2008

Terlalu pantas masa itu berlalu......

Cepat benar masa berlalu . Dulu aku menanti2 hari utk berangkat ke Tanah Suci Mekah. Dah pegi pun ... Macam2 pengalaman yang aku lalui.. Yang penting aku sangat bersyukur yang aku dapat lagi ke Tanah Suci itu dan kali ini aku rasa bertuah kerana dapat menunaikan apa yang aku rancangkan walaupun tak seperti yang diharap. Alhamdulillah..... siapa sangka aku dapat pergi buat Umrah lagi kerana kalau nak ikutkan budget memang aku macam tak mampu. Adalah duit tu tapi ada rancangan lain ......

Dan cepat benar rasanya bulan Ramadhan itu berlalu. Seperti biasalah aku pg terawikh sorang2 di surau jalan kenangan. Aku berani pg sebab jiran aku Hj Bakar ada di rumah. Bila aku balik rumah dia terang lagi dan belum tutup pintu , rasa konfiden lah ... Minggu pertama anak2 aku balik berpuasa di rumah. Tak sunyilah aku. Dua minggu akhir aku puasa sorang2 di rumah. Tapi itu tidak menjadikan aku rasa apa2 . Kata orang alah bisa tegal dek biasa... Dan malam Hari Raya aku pg masjid berjemaah Isyak , bertakbir dan sembahyang sunat Tasbih. Alhamdulillah.

Dan sekarang dan hari kesebelas Syawal. Cepatnya masa berlalu. .. Macam biasalah raya pertama aku menerima kunjungan adik2 ipar, anak2 buah dan cucu2 sedara. Dan tahun ini juga orang2 yang berkun jung ke rumah aku bertambah kerana mak2 saudara Lokman termasuk mak dia semua datang. Itu yang aku tabik kat saudara2 sebelah Lokman.. Mereka sangat mesra
dengan kami semua.

Kerana ramai tetamu maka kunjungan aku ke Rengit ditunda ke hari kedua. Malam itu anak2 aku buat BBQ, untyuk menyambut sepupu mereka dari Rengit, dan KL. Meriah lah . Sebelum itu malam raya pun kami buat BBQ juga. Jadi tahun ini ada kelainan sikit lah kami menyambut raya.

Jadi hari kedua barulah kami ke Rengat ke rumah kakak2 aku , kemudian ke Benut rumah mak saudara sebelah bapak aku , dan ke Pontian rumah adik aku yang merajuk dulu tuuuuu. Hari ketiga baru dapat pg ke JB menemui mak mertua dan adik beradik sebelah suami aku. Itu pun sebelum pg sempat juga meraikan anak2 saudara dara Rengit dan JB.

Demikianlah masa berlalu dengan pantas. Kini aku kembali sorang tapi masa ada aktiviti yang menanti iaitu menyertai marhaban orang2 perempuan di kawasan rumah aku tu. Seronok juga ..dapat jumpa kawan2 .

No comments: