Friday, April 9, 2010

Mohd Ilham Syukri

Terharu dan sayu aku bila mendengar kalimah2 Allah yang dibaca oleh Ilham Syukri waktu solat Maghrib tadi. Hampir 90% bacaannya itu betul. Sejak dia bersekolah tahun 2010 ni banyak ilmu yang diperolehinya dan dia semakin matang.Aku katakan demikian kerana budak ini lima tahun belum pandai bercakap lagi. Bila masuk Tadika 2 tahun boleh pulak dia bercakap walaupun tak betul ayat2nya. Tahun 2010 ni dia bersekolah pagi dan Agama dan ruang masa antara itu mak dia antar dia ke tadika Islam. Di situlah dia belajar mengaji dan solat.

Kanak2 memanglah seperti kain putih yang mudah diwarnai. Hati mereka terang dan mudah mengingati apa2 yang diajar terutama oleh guru2 di seklolah . Kalau Ilham dah boleh ingat ayat2 lazim 3 QUL. (yang nampak mudah tapi sangat besar pahala dan khasiatnya di sisi Allah SWT) agaknya macammana pulak kalau adiknya yang bijak bercakap tu bersekolah nanti.

Mak bapak kenalah hargai kebolehan anak2 ini. Kita pantau dia hari2 barulah dia boleh ingat betul2. Besar ganjarannya anak2 pandai solat ni. Terutama utk mak bapak. Beruntung mak bapak yang anaknya sempurna bersolat, lebih2 lagi bila mereka sudah tiada nanti. Dan kepada diri sendiri , sudah termaklum bahawa solat itu suatu kewajipan yang tidak ada alasan utk kita tidak melakukannya.

Ilham pun sudah tahu membaca Iqra'. Cuma adalah kelemahan2nya yang lain seperti dia kurang tumpuan waktu belajar, dan dia tidak yakin dengan diri dia. Insyaallah lama2 hilanglah kelemahan2 itu.

2 comments:

missbby said...

Alhamdulillah mak-e..mmg sejuk perut dengar budak2 kecik ni mengaji ke atau baca doa2..zarif pun sekarang kat sekolah dia kata tengah hafal ayat seribu dinar..kadang2 tengah buat kerja, dia baca doa or zikir ke...tiba2 kita rasa cam sayu or terharu sangat..betul lah cam mak e kata budak2 nie mudah dibentuk kalau kita ajar dengan betul...:)

Atuk said...

Amboi dah nak hafal ayat seribu dinnar pulak ? Hebat betul Zarif. Tadi E Am datang umah Toksu nak cari Zarif. Tapi Zarif tak sampai lagi.