Friday, April 9, 2010

Bersiar2 di Kpg Morten

Kampong Morten nama yang tak asing lagi bagi org Melaka. Walau pun aku pernah tinggal di Melaka 10 tahun dulu (72-81), tapi tak pernah pun aku ingin nak tengok tempat ni sbb dulu tak ada apa istimewanya tempat ni.

Tapi sekarang dia dah menjadi salah sebuah tempat bersejarah yang dilawati pelancung. Tengoklah begitun cantik dia di waktu malam.Rumah2 di situ seolah2 disaluti lampu2. Terang benderang . Tabik pada kerajaan negeri Melaka kerana bijak mengekspos tempat2 begini.

Malam minggu lepas kami ambil kesempatan berjalan2 di Kpg Morten tu. Memang cantik. Bersih dan terjaga rapi. Dia terletak di pinggiran sungai Melaka yang tak henti2 dilalui oleh bot2 yang membawa penumpang2. Kami pernah melayari bot itu dengan bayaran RM 10 sorang.Best.


Nampak kejauhan tu ialah Hospital Putera yang aku pernah bermalam 5 malam di situ. Pemandangan dari hospital tu pun cantik . Aku boleh nampak sungai Melaka dan Kpg Morten tu dan Eye On Malaysia.

Dah pukul 11 malam pun masih ada lagi bot2 yang membawa penumpang.




Dan cucu2 aku pun tak mengantuk dibawa berjalan2 malam2 begini.
Mailah datang ke Melaka. Banyak tempat yang boleh dikunjungi






No comments: