Wednesday, June 11, 2008

Nikmat mata


lama benar aku tinggalkan blog ini akibat mataku...... Inilah yang nak kupesankan pd semua yg ada mata...... betapa susahnya bila sedikit saja nikmat yg Allah beri itu ditarik. Baru sikit .... 3 hari mata tak boleh kena air. 3 minggu kena berhati2 tak boleh tunduk, masak, kerja berat sikit tak boleh. Nak membaca pun susah. Tapi masa cucu aku main games aku tumpang semangkuk.... itu pun tak boleh lama , perit. dan yg penting tak boleh terdedah panas atau cahaya. Jadi siang malam kena pakai spek itam.
Jadi pd semua yg ada mata..... jagalah mata tu baik2. Bila Allah tarik sikit nikmat mata , barulah terasa betapa besarnya nikmat anugerah Allah itu. Kita selalu lupa atau tak peduli pun akan nikmat itu sebab kita tak pernah diuji .
Dalam pada aku terbaring sorang di hospital Pantai Melaka tu tiba2 datang satu berita yg betul2 membuat aku hilang sakit dan sengal mata tu. Aku dapat cl dari mila anak sedara aku yg loded tu memberitau berita yg selama ni memang ditunggu2. Dia beritau tentang hajatnya nak bawa aku adik beradik mengerjakan umrah.. wau bestnya. Dia suruh aku sampaikan berita tu pd adik beradik aku yg lain2. Macam tak sabar aku nak tunggu bulan ogos ni. Dah terbayang2 akan masjid Madinah dan Masjidil Haram . Ya Allah sampaikanlah hajat kami utk mengerjakan umrah dan sehatkanlah tubuh badab kami agar kami dapat ber ibadah sepuasnya. Semoga Allah murahkan rezeki mila sekeluarga dan hidup diberkati Allah SWT. Amin...

No comments: