Friday, April 25, 2008

Untuk sesiapa yang bergelar anak,adik ,cucu atau apa2lah...

Setiap pagi selepas solat Subuh biasanya 6.15 aku mesti sudah mengahadap tv melihat dan mendengar rancangan Laman Nurani TV3 atau Al- Raihan A 106. Rancangan keagamaan ini org muda2 tak gemar.
Tapi aku dari muda lagi memang suka rancangan2 atau buku2 motivasi begini. Macam2 ilmu yang boleh ddapati darinya.

Ada satu pagi tu dibicarakan tentang keibubapaan. Bagaimana kita harus menghormati dan melayani kedua ibubapa lebih2 lagi ketika tuanya.

Aku sedih benar kerana bapak meninggak ketika aku baru bekerja dan sedang mengandung anak pertama 4 bulan . Tak sempat nak beri apa2 padanya. Masa itulah hidup kami baru nak senang sikit, baru beli kereta sempatlah bapak naik kereta tu . Yang tinggal mak. Tapi dia suka tinggal di kampung dengan akak aku . Yalah apa2pun memang rumah sendiri yag best. Kami 5 beradik perempuan dapat jaga mak dan dapat hantar aji 2 kali. Tiap2 bulan aku khaskan duit belanjanya , walau sikit tapi mesti....

Sehinggalah suami aku meninggal maklah yang ambil tau hal aku anak beranak. Emak aku ni kuat orangnya, penyabar dan penyayang lebih2 pd cucu2...... Aku rasa aku ada ikut sikit perangai mak aku ni .
Bila mak aku sakit tua, aku tak dapat jaga dia sbb aku masih bkerja. Aku pulak tinggal sorang2 kat rumah. Kalau aku balik ziarah dia kat kampung dia akan menangis sbb nak ikut aku balik.

Sebenarnya masa tu dia dah banyak lupa, umurnya 85 th. Kadang2 aku tidur juga kat kampung rumah akak tu. sambil2 duduk sebelah mak aku selalu berdoa agar apabila sampai masanya biarlah dia kembali menghadap Allah dalam keadaan mulia dan murah rezeki.

Aku bersara pada 23,03.03. Dan emak aku meninggal pd 26.03.03. Tak sampai hajatku untuk menjaganya selepas bersara...

Sebenarnya banyak sejarah suka duka mak dan bapak yang kalau ditulis menjadi sebuah novel yg panjang. Mak & bapak yang banyak berkorban dan terkorban kerana anak2. Memadailah kalau aku katakan bahawa ganjaran bagi mereka berdua adalah Syurga....

Sekarang aku akan tuliskan untuk tatapan semua apa yang aku dapat dari Laman Nurani tu,,
* Sebesar2 dosa ialah derhaka kepada ibu bapa
* Allah turunkan balasan dosa derhaka kepada ibu bapa itu di dunia
* Menjaga ibu bapa yang tua lebih baik drp mati syahid
* Keredaan Allah adalah keredaan ibubapa
* Kemurkaan Allah adalah kemurkaan ibubapa
* Syurga itu dbawah tapak kaki ibu.

Nanti mesti ada yang kata, ah.... ini aku taulah... Yang susahnya orang sekarang ni, tau, tapi buat2 tak tau. Jeling dan masam muka dengan makbapak tu biasa aja.....

Penceramah menyurah kita membaca Alquran surah Lokman . Ada orang tu dah dapat pun Lokman tapi surah Lokman tak baca2 juga.

Kepada yang masih ada mak bapak jagalah dan sayangilah mereka, mana yang ada mak saja tu lagi nak jaga....

No comments: