



Kehidupan ini hanyalah sementara sebelum kita pergi mengadapNYa.. Prinsip hidupku ialah hari ini mestilah lebih baik dari hari semalamku.
Memang pelik bila memikirkan hal ehwal orang2 kita tentang sivik minded ni. Dah disediakan taman2 rekreasi, tempat2 rehat, tandas awam , tong sampah dan lain2 lagilah , masih tak tau diuntung malah merosakkan pulak. Public phone jangan cakaplah ... jahanam semua. Di tempat2 rekreasi pun tak tau nak guna. Aku tengok alat2 rekreasi tu ada yang dah jahanam. Aku dapat rakamkan tulisan2 oleh tangan2 gatal ,baca sendirilah yee..
Sebenarnya ditaman rekreasi tu dah disediakan alat2 rekreasi untuk semua peringkat umur.. Yang susahnya orang kita ni bukan tak tau yang mana utk kanak2 dan mana utk orang dewasa. Kalau yang macam Afif dan E Am main ni digasak oleh orang dewasa memang jahanamlah.
Entahlah yee kesian dengan orang2 kita ni. Satu lagi yang aku dapat rumuskan ialah yang banyak mengunjungi dan berrekreasi di taman ini ialah orang cina. Mereka menggunakan tempat ini utk. berjogging, bertaici, . Orang kita tak ramai.... Dan mereka ini siap berniaga sayur dan buah2an pula..



Iman Danial lahir pada 20 Dis.07, Hari Raya Haji , hari Khamis di Hospital Damai Taman Melawati . Buat masa ini dialah cucu yang paling kecil . Dia ni manja dan comel. Bagi pihak Lokman dia adalah cucu pertama saebab mak Lokman adalah anak yang tua. Tak heranlah Ukman ni jadi buah hati semua orang. Pantang jumpa mesti semua nak keroyok dia.
Inilah Ahmad Ikhwan Najmi atau Adik. Lahir pd . 06.04.08. hari Jumaat di Pantai Melaka. Warna kulit putih ( E Am kalah lah) , tapi dari segi tinggi E Am menang. Tapi sebenarnya banyak hal yang dia ni lebih dari abang dia E Am.
Adik sejak kecil dijaga oleh Mak Pah dia di Merlimau. Mereka sekeluarga sayang pada budak2. Jadi adik ni memang manja sangat lee. Kalau tak dapat sesuatu tu dia akan menangis sambil bergolek2 kat lantai. Lepas tu suruh orang pujuk dia. Tapi dia ni berani , E Am penakut ... ajak naik motor pun takut. Tengok adik naik motor laju aje.... habis kereta atuk calar balar yee.
Adik ni cepat bercakap. Sekarang banyak perkataan yang dia dah boleh sebut. Berzikir pun pandai sebab dia suka tengok ch 106 OASIS. Bagus cucu atuk ni.. nanti atuk ajar mengaji yee. Abang dah mengaji sampai huruf Ha tau. .... Abang kalau suruh mengaji macam semut aje , sunyi senyap, tapi kalau bergurau , ketawa suara dia aje yang kedengaran.
Eh besarnya mata Adik.. peyut buncit pulak tu. Adik ni kawan dia zirafah. Kemana pg berkepit dengan binatang ni aje. Tidur pun nak peluk zirafah. Abang dia pulak ada Bella sampai la ni pun masih berkepit dengan bella lagi.