Saturday, March 6, 2010

Mengisi waktu yang terluang....

Sudah 4 malam berturut2 aku dapat bersolat berjemaah di masjid dan surau yang berdekatan rumah aku. Sebenarnya nak keluar malam2 memang aku tak berani. Maklumlah sekarang ni banyak kisah2 yang menakutkan berlaku. Mujur orang depan rumah aku tu ada. Rupa2nya dia rajin ke surau atau masjid. Maka kesempatan ini aku gunakan. Maklumlah dok rumah sepanjang hari memang bosan.

Aku mula ke masjid Sultan Ibrahim pada malam Rabu. Malam itu ada majlis solat hajat dan doa menggunakan Asma Ul Husna. Malam Khamis aku ke Surau Jalan Omar, ada solat hajat dan doa cara Khaujakan. Malam Jumaat di Surau Ar Ridhuan ada majlis Maulidir Rasul. Dan malam tadi di Surau Taman Bukit Soga ada Maulidir Rasul juga. Memang bagus dapat solat berjemaah dan bersolat hajat ramai2. Dah bertahun diadakah , aku saja yang baru mengikutinya. Dalam pada itu dapat jumpa kawan2 lama.

Yang aku nak sebutkan di sini ialah ceramah yang aku dengar malam tadi oleh seorang penceramah dari UTM Skudai JB, juga bekas pegawai di Jabatan Islam JB. Ceramahnya memang bagus, sesuai didengar oleh semua peringkat umur. Banyak ilmu yang kita dapat.

Beliau mengingatkan kita yang manusia sekarang semakin kejam dan zalim. Banyak peristiwa2 kejam dan zalim dilakukan terhadap sesama manusia terutama kanak2. ..... Aku tak dapat nak gambarkan betapa sedihnya kita bila melihat kejadian kejam itu. Manusia sekarang lebih kejam dari manusia zaman jahiliah. .... Inilah manusia di akhir zaman.

Dan yang paling aku teruja ialah bila beliau mengingatkan kita bahawa banyak peristiwa2 masa kini jatuh pada hari Jumaat. Antaranya ialah Krismis 09 jatuh hari Jumaat ; Awal Muharram, hari Jumaat; awal tahun masihi 2010 hari Jumaat: Hari Raya Aidiladha, pun Jumaat. Dan ada dua kejadian gerhana matahari dan bulan , kedua2nya jatuh pada hari Jumaat juga.

Kita semua sukalah sebab dapat cuti panjang. Tapi sebenarnya tentu ada hikmah dan peringatan yang hendak disampaikan kepada kita. . Bila dah cuti panjang, dapat jalan2 atau balik kampung, langsung lupa solat Jumaat.

Mesti ada sebab musabab maka banyak peristiwa tersebut jatuh pada hari Jumaat. Dan rasanya kita semua tahu bahawa Kiamat juga akan berlaku pada hari Jumaat.

Maka perbanyakkanlah solat dan isikan minda kita dengan banyak mendengar atau membaca apa saja ilmu yang dapat melengkapkan kita dengan persediaan2 utk hari akhir nanti.

Aku sekadar menyampaikan apa yang aku dengar...