Kanak2 memanglah seperti kain putih yang mudah diwarnai. Hati mereka terang dan mudah mengingati apa2 yang diajar terutama oleh guru2 di seklolah . Kalau Ilham dah boleh ingat ayat2 lazim 3 QUL. (yang nampak mudah tapi sangat besar pahala dan khasiatnya di sisi Allah SWT) agaknya macammana pulak kalau adiknya yang bijak bercakap tu bersekolah nanti.
Mak bapak kenalah hargai kebolehan anak2 ini. Kita pantau dia hari2 barulah dia boleh ingat betul2. Besar ganjarannya anak2 pandai solat ni. Terutama utk mak bapak. Beruntung mak bapak yang anaknya sempurna bersolat, lebih2 lagi bila mereka sudah tiada nanti. Dan kepada diri sendiri , sudah termaklum bahawa solat itu suatu kewajipan yang tidak ada alasan utk kita tidak melakukannya.
Ilham pun sudah tahu membaca Iqra'. Cuma adalah kelemahan2nya yang lain seperti dia kurang tumpuan waktu belajar, dan dia tidak yakin dengan diri dia. Insyaallah lama2 hilanglah kelemahan2 itu.